[VIDEO] Seorang Warga Emas lupa ambil wang selepas mengeluarkannya di ATM – Reaksi Lelaki Di Belakangnya Mengejµtkan Ramai Pihak

Kita mungkin tersilap apabila melihat situasi ini, ketika seorang warga emas telah terlupa mengambil wang yang dia keluarkannya di ATM, dan seorang pemuda di belakangnya pula terlupa untuk memulangkannya secara jujur dan amanah. Sangkaan kita yang mungkin tersilap untuk menyatakan sesuatu yang tidak baik.

Seorang lelaki di Puchong sedang beratur di belakang seorang pak cik warga emas yang ketika itu mengeluarkan wang di ATM kedai serbaneka di Taman Puchong Perdana dan secara tidak sengaja telah pergi tanpa mengambil wang miliknya.

Laman Facebook We are Malaysians berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai insiden lelaki itu kelihatan bersikap tidak jujur, yang mencetuskan komen kec0h di kalangan warganet.

“Kasihan…pak cik terlupa mengambil wang itu. Lelaki berbaju biru, tolong pulangkan wang itu kepada pak cik,” We are Malaysians dalam hantaran video di Facebook.

Dalam video itu, pak cik ini dilihat menggunakan ATM manakala lelaki berbaju biru masuk dan beratur di belakangnya. Lelaki warga emas itu kemudian mengeluarkan kad ATM miliknya dari mesin ATM dan segera berlalu pergi, membawa barangan yang dibeli tetapi meninggalkan wangnya yang tergantung di slot ATM.

Semasa lelaki berbaju biru memasukkan kadnya, dia melihat wang itu, dan dengan spontan mengeluarkannya dan kelihatan memasukkannya ke dalam poket seluarnya. Dia kemudian mengeluarkan resit transaksi pak cik itu dan meletakkannya di atas ATM.

Lelaki itu dilihat menjenguk dan memandang ke luar tingkap kedai serbaneka, kononnya melihat keluar ke arah pak cik itu, jikalau dia akan kembali mengambil wangnya.

Dia kemudian memasukkan kadnya sendiri ke dalam ATM, memasukkan kod laluan tetapi segera membatalkan transaksi sebelum berjalan pergi.

Perkongsian video itu turut mendapat perkongsian nasihat tentang bagaimana pak cik itu boleh mendapatkan semula wangnya, jika lelaki berbaju biru terbabit tidak tampil memulangkan wangnya.

Ramai yang menegaskan oleh kerana lelaki berbaju biru itu memasukkan kadnya ke dalam ATM, bank itu akan dapat mengesan identitinya.

“Laporkan kepada bank. Terdapat rakaman CCTV, pak cik boleh mendapatkan semula wang itu. Jika lelaki berbaju biru itu mendiamkan diri dan menggunakan wang itu, ia dikira sebagai jen4yah.”

“Bank boleh mengesan butiran akaun lelaki baju biru itu, dan boleh menuntut kembali wang daripadanya dan memasukkannya ke dalam akaun pak cik.”

Yang lain secara berseloroh berkata lelaki berbaju biru itu mendapat ‘rezeki terpijak’.

Diharapkan agar kita semua sebenarnya telah tersalah sangka, apabila lelaki berbaju biru itu rupa-rupanya meninggalkan ATM untuk memulangkan wang itu semula kepada pak cik.

Tonton video di sini:

Sumber Era Baru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihärämkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.