[VIDEO] Remaja 14 Tahun Berjalan Kaki Sejauh 2 KM Ke Sekolah Walaupun Mempunyai Satu Kaki

Pernahkah anda melihat seorang pelajar sanggup berjalan ke sekolah sejauh 2 kilometer (km) walau miliki satu kaki?

Mungkin di Malaysia, belum ada sebarang cerita mengenainya, tetapi di Handwara, India, seorang pelajar kurang upaya, Parvaiz 14 tahun, berbuat demikian hampir setiap hari.

Menurut laporan ANI, kebak4ran besar yang berlaku menyebabkan Parvaiz kehilangan kaki kirinya pada usia yang sangat muda.

Keadaannya itu tidak langsung mematahkan semangat beliau untuk meneruskan pembelajaran akademik dan aktiviti kokurikulumnya di Sekolah Menengah Kerajaan di Nowgam.

Parvaiz dikatakan menempuh kira-kira 2km perjalanan ke sekolah. Beliau terpaksa mengimbangi sebelah kaki kerana jalan raya yang tidak elok.

Sebelum itu, Plarvaiz tular di media sos1al selepas dilihat memakai uniform sekolah, lengkap dengan menyandang beg pada bahunya.

Video berkenaan telah mendapat perhatian Pengerusi Jaipur Foot USA, Prem Bhandari yang berhasrat untuk memberi kaki palsµ percuma kepada Parvaiz.

Difahamkan, walaupun telah menerima bantuan kerusi roda dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi keadaan jalan kampungnya yang agak terµk menyebabkan ia tidak pernah digunakan.

Meskipun keadaannya yang serba kekµrangan, beliau gemar dengan permainan kriket, bola tampar dan kabaddi.

“Walaupun saya berasa sedikit rendah diri melihat rakan-rakan boleh berjalan dengan normal, tetapi saya bersyukur kerana Allah SWT memberikan saya kekµatan.

“Saya berharap kerajaan dapat memberi kaki palsµ yang sesuai atau apa jua pengangkµtan yang memudahkan saya untuk ke sekolah dan tempat lain,” luahnya yang berhasrat untuk menjadi seorang doktor.

Dengan nada sayu, remaja tabah itu memberitahu, ayahnya terpaksa membayar sejumlah wang yang besar di hospital untuk membiayai kos pembed4han pemot0ngan kakinya. Malah, ayah beliau juga terpaksa menjual harta untuk kos rawatan beliau.

Media ANI turut menemu bual guru sekolah Parvaiz iaitu Ghulam Mohd.

Ghulam mengatakan, anak didiknya seorang yang rajin, pandai dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

“Saya sangat memuji usahanya dan beliau sememangnya sangat berbakat,” katanya.

Diharapkan kegigihan dan ketabahan Parvaiz menimba ilmu menyuntik semangat buat semua. Apa yang penting, sentiasa berusaha sehingga penghujungnya supaya segala usaha membuahkan hasil.

Sumber SinarPlus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.