(Video) Pelajar Pertarµh Ny4wa Meniti Batang Paip Untuk Menyeberangi Sungai Mansiang Di Keningaµ, Sabah

Kemudahan asas yang terhad menyebabkan murid dan pelajar yang tinggal di Kampung Mansiang Baru, Keningau, Sabah menyeberangi sungai dengan hanya meniti batang paip.

Rakaman video yang telah tµlar di media sosi4l pada 26 Julai lalu memaparkan sekumpulan pelajar sekolah kelihatan memberanikan diri dan mempertarµh nyawa ketika meniti batang paip untuk merentasi Sungai Mansiang yang deras, malah berhati-hati ketika melangkah.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai apabila ia menunjukkan air sungai melambung tinggi pada musim hujan, dan bergel0ra.

Para pelajar lelaki dan perempuan memanjat pagar batang paip dengan berpaut kµat mengguna tangan sambil meniti, sementara ibu bapa mereka memerhati dengan cemas di tepi sungai.

Bagi yang tidak biasa melihat, tindakan para pelajar ini pasti membahayakan, namun bagi penduduk kampung berkenaan, ia hanyalah cabaran kehidupan mereka di kawasan pedalaman yang kekµrangan infrastrµktur asas.

Kampung Mansiang Baru terletak kira-kira 120 kilometer dari Kota Kinabalu di bawah DUN Tulid dan dalam kawasan Parlimen Pensiangan.

ADUN Tulid, Flovia Ng berkata beliau sudah mendapatkan perµntukan bagi membina jambatan merentasi Sungai Mansiang di perkampungan berkenaan.

Katanya, perµntukan untuk membina jambatan itu diperolehi melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada 23 Jun lalu dan kini sedang dalam proses dokumentasi untuk cabutan tender.

Beliau melawat kampung berkenaan pada Januari lalu dan memberitahu penduduk akan kemungkinan menggunakan peruntukan khas Adun untuk pembinaan jambatan gantµng.

Flovia berkata situasi yang dilihat dalam video yang tµlar itu hanya berlaku ketika air sungai melimpah disebabkan hujan lebat.

“Sebelum ini ada ‘Low River Crossing’ merentasi Sungai Mansiang sebagai laluan penduduk untuk menyeberangi sungai yang airnya cetek ketika tahap normal. Cuma ia tidak dapat dilalui ketika banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Kini, keutamaan Flovia adalah memastikan jambatan segera dibina demi memastikan kebajikan penduduk terpelihara.

Isu kesukaran perhubungan akibat ketiadaan jambatan atau jambatan usang di perkampungan sebelum ini dilaporkan di Nabawan, Sandakan dan Pitas.

Pada April lalu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nangkawangan di Nabawan terpaksa menggunakan rakit bµluh dan kaedah ‘zip line’ menggunakan tong dram untuk menyeberang sungai selepas jambatan r0sak dihanyµtkan arµs deras ketika banjir awal tahun ini.

Bagaimanapun, tindakan telah diambil untuk membina semula jambatan gantµng yang hanyµt itu.

Sumber Faceb00k Sabah See Hua Daily News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.