(Video) Lepas Menonton Filem Mat Kilau, Auto Bersilat Masa Makan – Gelagat Remaja Lelaki Tarik Tumpµan Ramai

Dalam minggu ini, filem Mat Kilau sememangnya menjadi buah mulut orang ramai. Masakan tidak, daripada cerita realiti sejarah diangkat ke layar perak, filem Mat Kilaµ – Kebangkitan Pahlawan yang sudah ditayangkan di pawagam sejak 23 Jun memang mendapat sambµtan hangat di seluruh lapisan masyarakat.

Filem yang menelan belanja kira-kira RM8 juta itu mampu menaikkan rasa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Antara aksi yang ditunjukkan adalah budaya Melayu, silat Melayu, perjµangan Melayu dan pendekar Melayu.

Terbaru, satu video di TikT0k yang dikongsikan oleh @hazimhussin tular di laman tersebut apabila dia dan rakannya bersilat ala-ala Mat Kilaµ ketika mereka makan di kedai Mamak. Menurutnya, rakaman video itu dibuat seusai mereka menonton wayang filem Mat Kilau.

Masih berkobar-kobar semangat kepahlawanan yang ditonton, sekumpulan remaja lelaki berkenaan mencµrahkan aksi masing-masing sebelum menjamah makanan. Ada yang menggunakan garfu dan sudu serta aksi tangan yang memang menggelikan hati jika ditonton.

Berlatarbelakangkan lagu Mentera Semerah Padi oleh M Nasir, aksi yang ditunjukkan semakin padu dan mantap. Gerak geri sebelum menjamah roti canai yang terhidang memang menamppakan watak yang diangkat oleh filem Mat Kilau itu berjaya.

“Kami keris yang menyilau, nama kami Mat Kilau”, tulisnya untuk keterangan video.

Lebih mengejutkan, akaun rasmi TikT0k untuk pemasaran filem Mat Kilau @filem_matkilau juga turut memberi komen oleh kerana tularnya video tersebut.

“Kalau kami keluarkan sequel, adik-adik boleh jadi extra ke?”, tulisnya dalam ruangan komen.

@En_Pecinta_Muvee: yang garfu tu buka portal pengaruh dr. strange bukan mat kilau😂😂

@zyylaaa: BAHAHAHAHA yg ambik air tu paling gempakkk ahhhhhhh 😂🔥

Sumber TikT0k hazimhussin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.