(Video) Lelaki Ini Terselamat Dari Maµt Semasa Merakam ‘Tsµnami’ Lalu Di Celah Gunung

Sesiapa yang pernah merasai pengalaman berdepan bencana tsµnami sahaja yang mengetahui betapa bahay4nya ombak gerg4si itu sekiranya ‘menyapu’ manusia.

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki ini membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya berasa gerµn dan khuatir akan keselamatan si perakam.

Kelihatan sebuah ‘tsµnami’ telah melalui kawasan celah gunung dan sempat dirakam oleh seorang pendaki yang bernama Harry Shimmin.

Ombak gergasi tersebut melalui kawasan celah gunung dan melimpah ke bahagian dataran berbatu. Jarak di antara ombak tersebut dan Harry juga boleh dikatakan agak dekat.

Bercerita lanjut tentang pengalaman tersebut, Harry pada ketika itu sedang dalam perjalanan mendaki Gunung Tian Shan di Kyrgyztan. Mereka terdiri daripada 9 orang warga Britain dan seorang warga Amerika serta seorang pemandu arah.

Menurut Harry, sebelum kejadian, mereka sudah tiba di puncak tertinggi di gunung tersebut. Harry mengambil keputusan untuk pergi mengambil foto di pinggir bukit. Semasa sedang asyik mengambil gambar, beliau terdengar bunyi retakan ais di belakangnya dan segera merakam kejadian yang berlaku.

Tambahnya lagi, kedudukannya pada ketika itu sememangnya berada di tepi kawasan teduhan di pinggir bukit. Beliau juga menyedari bahawa dirinya mengambil risik0 dengan meneruskan rakaman dan tidak terus bersembunyi di sebalik batu teduhan.

Meskipun kelihatan jauh pada asalnya, namun ‘tsµnami’ kecil ini sampai jua kepada Harry. Lelaki ini bernasib baik kerana sempat bersembunyi namun mengalami kesµkaran bernafas akibat ‘tsµnami’ ais batu yang terlampau sejuk.

Setelah ‘tsµnami’ salji itu berakhir, beliau yang berada dalam keadaan menggigil segera kembali kepada kumpulan rakannya yang semuanya terselamat.

Mengimbas semula kejadian mencemaskan itu, Harry rasa bertuah kerana mereka pasti akan meningg4l dunia terkena ‘tsµnami’ ais itu sekiranya meneruskan perjalanan trekking 5 minit lebih jauh.

Sambil menerangkan bahawa terdapat trail kelabu samar di dataran hijau bawah kaki gunung itu, Harry juga sempat membayangkan bahawa mereka tidak akan sempat lari menyelamatkan diri. Apatah lagi, di kawasan rendah itu, pemandangan keseluruhan gunung tidak dapat disaksikan.

Nasib malang pasti menyergah di saat akhir kerana mereka hanya mampu mendengar bunyi dentuman sebelum ‘tsunami’ menyerang sekelip mata.

“Awak orang g1la tapi itu adalah rakaman yang cantik sekali!” – Netizen.

Rata-rata netizen di laman komen Harry memuji rakaman ‘g1la’ tetapi sangat menakjubkan yang berjaya dirakam oleh beliau sambil mengucapkan rasa syukur kerana masih diberikan nafas untuk hidup.

Lelaki ini sememangnya memiliki nasib yang begitu baik. Inilah yang dinamakan belum tiba aj4lnya. Apa-apa pun, sekiranya anda berada dalam situasi ini, pilihlah untuk menyelamatkan nyawa anda berbanding rakaman detik mencemaskan di hadapan anda.

Sumber iloveborneo.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.