(Video) Gelagat Pemuda Ini ‘beletiaq’ Sambil beri Anjing Li4r Makan Tarik Perhatian Tamai, Turut Dapat Sµmbangan Daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor
Mulutnya bagai bertih jagung. Sambil memberi makan anjing-anjing li4r, mulut pemuda ini tak berhenti ‘membebel’. Namun, celotehnya itu yang menjadikan pemuda ini dikenali di alam maya.
Baru berusia 20 tahun, Muhammad Faiz Basirun tµlar di media sosial dengan video-video dirinya memberi makan kepada anjing-anjing li4r.
Menurut anak muda berasal dari Langkawi ini, dia tidak menyangka niat asalnya sekadar berkongsi makanan dengan haiwan itu membuka lembaran baru dalam rutin hariannya.
“Semuanya bermula semasa bulan puasa tahun ini. Ketika itu saya berada di tepi pantai menunggu waktu untuk berbuka. Kamudian datang sekumpulan anjing seolah-olah meminta makanan.
“Saya kasihan, jadi saya bahagi dua makanan saya untuk berbuka. Hanya sebungkus nasi kerabµ dan seketul ayam goreng. Separuh saya berikan kepada anjing-anjing itu,” ceritanya yang mesra dipanggil Faiz.
Selepas makan, anjing-anjing itu menyal4k seakan mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum beredar. Ia menyentuh hati Faiz. Keesokannya, dia membeli makanan dan datang semula ke situ. Anjing-anjing itu mengenalinya seakan tahu dia adalah pembawa rezeki.
Sejak kejadian itu, Faiz mulakan langkah dengan membeli makanan anjing dan memberi makan pada haiwan liar tersebut. Bukan hanya di sekitar pantai itu, malah dia ke serata tempat di Langkawi untuk memberi anjing-anjing liar makanan.
Salah satu lokasi popular yang sering dipaparkan dalam siaran langsung akaun TikT0k miliknya di sebuah padang berdekatan dengan lapangan terbang Langkawi. Dalam sehari, tiga ke empat kali Faiz akan keluar memberi anjing-anjing liar makan di serata tempat di pulau yang terkenal dengan kisah Mahsuri itu.
Faiz juga terharu dengan sikap taat anjing-anjing ini sehingga mereka sudah mengenali keretanya dan berlari ke arahnya setiap kali dia datang membawa makanan.
CACI4N DAN HIN4AN.
Walaupun ramai yang memberi sokongan, namun ada juga yang mengh1na apa yang dilakukan Faiz.
“Ramai juga kata macam-macam. Ada yang persoalkan kenapa saya nak bersusah payah habiskan duit untuk anjing, anjing tu kan har4m. Ada yang hina anjing-anjing ini. Sikit-sikit kaitkan dengan har4m.
“Saya dah lali dengan kec4man. Anjing itu pun makhluk Tuhan juga. Kenapa nak dih1na? Pada saya, hinaan ini satu kebiasaan buat manusia yang hanya tahu menghµkum. Saya cuma tutup telinga, malas nak layan,” jelas anak kedua daripada tiga beradik ini.
Sebelum ini, Faiz merupakan seorang pelajar di UiTM. Namun, dia terpaksa berhenti belajar dan pulang ke kampung halaman kerana mahu menjaga datuknya yang s4kit. Sayangnya, datuknya meningg4l dunia pada bulan puasa yang lalu.
“Hilang tok kesayangan yang tiada ganti, tetapi anjing-anjing ini hadir dalam hidup saya dan setia menemani,” luahnya.
Mungkin ada hikmahnya, setelah kem4tian datuknya, Faiz mula ‘berkenalan’ dengan anjing-anjing li4r yang kemudian membuka pintu rezekinya.
Melalui perkongsiannya di media sosial, anak muda ini semakin dikenali dan banyak menerima tawaran membuat ulasan produk, pengacara majlis dan baru-baru ini sudah mula berlakon apabila ada produksi yang berminat mengenengahkan bakatnya.
SUMBANGAN DARI TENGKU PERMAISURI SELANGOR.
Ditanya tentang kos memberi anjing-anjing li4r makan, Faiz memberitahu pada peringkat awal dia menggunakan duitnya sendiri, adakalanya mencecah sehingga RM200 hingga RM300 bergantµng kepada kekerapannya.
Selepas tµlar apa yang dilakukannya, ramai netizen tampil memberi sumbangan untuk Faiz membeli makanan bagi diberikan kepada haiwan-haiwan terbiar itu.
“Alhamdulillah, ramai yang beri sµmbangan. Sama ada duit dan ada yang terus hantar makanan anjing-anjing ni. Bukan makanan saja, ada juga yang hantar vitamin dan ubat-ubatan untuk haiwan ini,” ujar Faiz.
Tambah pemuda yang suka berceloteh ini, bukan hanya orang biasa malah golongan V1P juga ramai yang turut sama memberi sµmbangan. Malah, Faiz turut terharu apabila DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan Tengku Permaisuri Selangor juga sudi memberi sµmbangan untuk anjing-anjing terbiar ini.
@faiz.aizif KONGSI REZEKI AYAM KFC UNTUK ANJING2🐕❤️ Doakan Faiz Murah Rezeki ! #fyp #dog #feeding #time #kfc #langkawi #raya
Untuk rekod, akaun TikT0k Faiz kini telah melebihi 460 ribu pengikut dan rata-rata video memberi makan anjing yang dikongsikannya mendapat lebih satu juta tontonan.
Sumber TikT0k @faiz.aizif
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.