(Video) Dua Beradik Ini Tidak Sangka Menjadi Penyelamat Kepada Kanak-Kanak Yang Ses4t Di Dalam Pasar Raya

Baru-baru ini seorang pengguna TikT0k, @sharifah.azhar memuat naik video tentang dia dan adiknya membantu seorang kanak-kanak perempuan yang sesat di dalam pasar raya mencari keluarganya.

Pada hari kejadian, selepas pulang daripada kerja, sharifah.azhar mengajak adik lelakinya pergi ke I0I Mall hanya untuk membeli pelitup muka. Namun, selepas sahaja selesai membuat pembayaran dan keluar dari iCaring, mereka ternampak seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari-lari sambil menangis.

Mereka berdua lantas mengej4r kanak-kanak perempuan yang sedang menangis dan berpat4h semula ke tempat pertama mereka terlihat kanak-kanak perempuan itu.

Menurut @sharifah.azhar, adiknya itulah yang pertama berlari mendapatkan kanak-kanak perempuan itu dan yakin bahawa dia kehil4ngan keluarganya. Adik lelaki sharifah.azhar terus mendukung kanak-kanak itu untuk menenangkannya. Mereka memutµskan untuk mencari ibu kanak-kanak perempuan tersebut.

Kanak-kanak malang itu berterusan menangis kerana telah kehilangan keluarganya. Pasangan adik-beradik ini cuba mencari ibu kanak-kanak perempuan tersebut namun belum menjumpainya.

Mereka cuba memujuk kanak-kanak perempuan itu dengan membelikan air yang dia mahukan. Kanak-kanak perempuan itu berhenti menangis.

@sharifah.azhar

Replying to @mummychimmy THINK POSITIVE BE POSITIVE 😌 #rakyatprihatin #budakhilang #shoppingmall #ioicitymall #fyp #fypシ #malaysiatiktok #fypage #thinkpositive_bepositive🥰

♬ original sound – sharifah.azhar – sharifah.azhar

Selepas membuat pembayaran, mereka keluar dan meneruskan usaha mencari ibu kanak-kanak itu. Dan tiba-tiba seorang ibu yang kelihatan sedang mencari sesuatu terpandang dan mendekati adik-beradik ini. Dia terus mendapatkan anak perempuannya yang didukung oleh adik lelaki sharifah.azhar. Wanita tersebut kelihatan begitu lega setelah menjumpai anaknya.

Menurut si ibu, mereka sekeluarga bersama-sama ketika berada di satu kedai. Namun, tidak menyedari akan kehilangan anak perempuannya yang secara tiba-tiba itu. Selepas menyedari anak perempuannya itu hilang, si ibu cuba mencarinya namun tidak terjumpa.

Si ibu tidak dapat menahan sebak kerana terlalu bersyukur yang anaknya itu terjumpa dengan adik-beradik yang baik dan bukannya penculik. Dia mengucapkan terima kasih kepada sharifah.azhar dan adik lelakinya kerana telah membantu menyelamatkan anaknya yang hilang itu.

Syukurlah semuanya sudah selamat. Netizen yang menonton video penuh emosi itu mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada dua beradik itu kerana telah sama-sama membantu mencari ibu kanak-kanak yang hilang itu.

Kejadian anak hilang di tempat awam dan sesak seperti taman permainan, pasar raya, kedai, pasar malam dan lain-lain merupakan mimpi ngeri buat ibu bapa. Manakala bagi kanak-kanak yang menghadapinya pula, dia boleh menjadi trauma dan kejadian tersebut meninggalkan memori burµk dalam hidupnya.

Kebiasaannya setelah sedar akan kehilangan anak, ibu bapa akan menjerit nama anaknya itu. Namun, menurut bekas peguam, Reina Lum, menjer1t nama anak bukanlah idea yang tepat apabila hendak mencari anak yang hilang.

Katanya, jika menjerit nama anak, orang ramai di tempat kejadian tidak dapat membantu banyak. Oleh itu, jeritlah dengan menerangkan sebanyak mungkin identiti anak tersebut seperti umurnya, pakaian yang dipakainya, rupanya atau pun bentuk fizikalnya. Ini kerana, keutamaan sekarang adalah mencari anak yang hil4ng.

Oleh yang demikian, cara ini akan lebih memudahkan orang ramai untuk turut sama membantu mencari anak yang hilang itu. Semakin ramai yang membantu, semakin mudah ibu bapa mendapatkan anaknya semula sebelum orang lain membawa anak itu keluar dari premis tersebut.

Tambah Reina Lum lagi, jika ibu bapa yang kehilangan anak menjerit, “saya sedang mencari budak kecil, lima tahun, lelaki, pakai baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau,” setiap orang akan mencari kanak-kanak tersebut. Tambahan pula, jika anak itu betul-betul diculik, penculik akan melepaskan anak tersebut kerana dia tahu banyak mata yang sedang memerhatikannya.

Tiada siapa yang mahu anaknya hilang ketika berada di tempat awam. Kadang-kadang ibu bapa terlepas pandang akan keberadaan anak mereka ketika leka memilih barang.

Anak-anak pula ada yang terlalu aktif berlari ke sana, sini dan tidak kurang juga yang suka meny0rok dicelah-celah pakaian bergantµng. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan anak-anak hil4ng namun menunding jari pada satu-satu pihak bukanlah penyelesaiannya.

Semoga kita semua terpelihara daripada kejadian burµk seperti kehil4ngan anak di tempat awam yang sesak khususnya. Ibu bapa juga perlulah lebih cakna akan keadaan anak masing-masing. Jika perlu keluar beramai-ramai, pastikan ada orang dewasa yang mengawasi anak-anak kecil agar tidak berlaku kejadiaan yang tidak diingini.

Komen netizen:

@💕..EykA90..💕:allah ..nasib jmpe org yg prihatin..n baik …😭😭

@user6767207996578:tindakan yang betul pada waktu kecem4san 👍

Kredit TikT0k @sharifah.azhar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.