(Video) Cara Cuci Perµt Lembu, Tidak Perlu Kikis Sampai Putih – Nak Mudah Ikut Tip Ini

Cuci perut lembu memakan masa yang lama. Ia yang asalnya berona kehitam-hitaman perlu dikikis dan dibersihkan sehingga putih sebelum dimasak. Kini anda tidak perlu bersµsah payah lagi, berikut tip mudah yang boleh digunakan.

Perut lembu atau babat antara hidangan yang menjadi menu setiap kali menjelang Aidiladha.

Pelbagai sajian boleh dihasilkan daripada perµt lembu. Antaranya kerabu, masak lemak cili padi, air asam dan sup.

Rasanya enak namun apabila memikirkan perlu membersihkan perut, mungkin ramai yang rasa ‘lemah semangat’. Sementara perut lembu yang segar, mencucinya agak rµmit.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Cara pertama yang dikongsikan pengguna TikTok @ismi.shahirah yang menggunakan cuka sebagai ‘bahan pencuci’.

MENARIKNYA, IA TIDAK PERLU DIKIKIS. HANYA PERLU DIRENDAM DAN DIGOSOK SEHINGGA KOT0RAN TERTANGGAL SAHAJA.

Menurutnya cara tersebut dikongsikan saudaranya yang dipelajari daripada orang Arab. Berikut adalah langkah demi langkah mencuci organ dalaman itu.

1.Basuh terlebih dahulu perut lembu dengan air biasa.

2.Kemudian rendam perut lembu dalam cuka selama kira-kira satu hingga dua jam.

3.Rendaman hendaklah menggunakan cuka sahaja, tidak dicampurkan dengan air.

4.Setelah dua jam, gosok perut tersebut sehingga putih dan bersih.

5.Kini ia bolehlah dimasak dengan apa jua resipi kegemaran.

@ismi.shahirah

Jom tengok cara2 basuh perut lembu hitam berkulat 😩 #fyp #fypviral #fypシ #fypppppppppppppp

♬ original sound – ismi.shahirah – ismi.shahirah

Mudah bukan? Tidak perlu lagi penat mengikis kek0toran pada permukaan perut lembu.

Selamat mencuba…

Sumber TikTok @ismi.shahirah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.