Tiram atau Oyster sangat menjadi fenomena, hukµm memakan tiram mentah yang diperah lemon – Ini Ulasan Dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Tiram atau Oyster sangat menjadi fenomena musim sekarang. Lihat sahaja di media sosi4l, ramai yang berkongsi menikmati menu tiram mentah dicicah bersama sos mahupun diperah lemon.

Tiram memiliki peminatnya tersendiri, bahkan ramai yang sanggup beratur panjang demi membeli dan menikmatinya terutamanya bagi kaum wanita.

Lebih menariknya, selain dinikmati mentah, makanan laut itu kini divariasikan dengan pelbagai kaedah masakan seperti bak4r, pelbagai sos, tiram keju dan sebagainya.

Dalam Ensiklopedia Dunia dinyatakan, tiram ialah sejenis kerang-kerangan yang terdapat di lautan dan serokan pantai di kawasan beriklim sederhana hingga iklim tr0pika.

Tiram mempunyai badan yang lembut dan boleh dimakan yang terletak di sebelah dalam dua keping cangkerang keras.

Cangkerang ini biasanya bertepi taj4m dan tidak sekata bentuknya. Tiram hidup di dasar laut berdekatan dengan pantai yang airnya tenang dan tidak dalam.

Tiram di Teluk Parsi dan Lautan Pasifik membentuk mutiara yang digunakan sebagai permata. Manusia memakan tiram sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi. Namun begitu, ramai yang masih was-was apakah hukµmnya makan tiram yang masih mentah dalam Islam?

Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan perkara tersebut dengan begitu terperinci dalam siri Maktabah al-Bakri.

“Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang burµan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”

“Syeikh al-Sa‘di menyebutkan, tatkala haiwan burµan itu merangkumi haiwan burµan darat dan lautan, Allah SWT telah mengecualikan bagi kamu dalam keadaan kamu sedang berihram haiwan burµan laut iaitu haiwan laut yang hidup dan makanan yang didapati dari laut iaitu haiwan laut yang sudah m4ti.

“Justeru, perkara itu menunjukkan bahawa bangkai haiwan laut adalah halal. Selain itu, faedah kehalalannya itu adalah bertujuan supaya kamu memanfaatkannya dan begitu juga temanmu yang bersama kamu dalam perjalanan turut memanfaatkannya,” kongsinya.

HUKUM MAKAN TIRAM MENTAH.

Pada asasnya tiram termasuk dalam hidupan air yang halal dimakan tanpa perlu kepada sembel1han. Hal ini kerana ia termasuk dalam keumuman firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang burµan laut, dan makanan yang didapati dari laut.”

Begitu juga, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ

Maksudnya: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal b4ngkainya.”

Terlebih dahulu Imam al-Nawawi ada menyebutkan bahawa sekiranya ditelan ikan yang masih hidup atau ikan yang masih hidup itu dipotong separuh daripadanya, kemudian dimakan. Maka dalam perkara ini, terdapat dua pendapat. Pendapat yang paling sahih ialah makrµh dan bukannya har4m.

Justeru, kemakrµhan tersebut berkemungkinan kembali kepada dua sebab iaitu perbuatan memakannya secara hidup-hidup berkemungkinan meny4kiti dan menyeks4nya, atau kerana memakannya secara mentah-mentah tanpa dimasak.

Ulas beliau, memakan daging secara mentah telah menjadi khilaf di antara para ulama kepada dua pendapat.

“Pertama, mereka yang berpendapat bahawa hukµmnya adalah harus. Kedua, mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah makrµh.

“Pendapat yang memakrµhkan ini, di antaranya merupakan pendapat sebahagian ulama Hanbali seperti yang dinukilkan oleh Ibn Muflih dalam kitabnya, al-Adab al-Sya‘riyyah yang menyatakan bahawa makrµh makan daging mentah atau yang tidak dimasak.

“Sedangkan pendapat yang kedua yang menyatakan harus pula adalah berdasarkan pendapat al-Mardawi dalam kitabnya al-Insaf yang menukilkan pendapat Imam Ahmad yang mengatakan, tidak mengapa memakan daging yang mentah.

“Pendapat ini adalah pendapat yang rajih kerana tiada nas yang mengharamkannya dan merupakan pendapat yang muktamad dalam mazhab Hanbali. Maka ia menepati kaedah:

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةُ

Maksudnya: “Hukum asal pada sesuatu itu adalah harus.”

Selain itu, Imam al-Nawawi juga pernah ditanya mengenai hukµm memakan daging mentah dan beliau menjawab dengan menyatakan bahawa hukµmnya adalah harus.

KESIMPULAN.

Sekalipun begitu, perkara ini juga perlu dilihat berdasarkan kesihatan. Dari segi perubatan, pakar kesihatan menyarankan agar makanan mentah hendaklah dimasak bagi mengelakkan keracµnan makanan.

Hal ini kerana daging mentah mengandungi bakteria seperti E c0li, Listeria monocytogenes dan Campylobacer yang mungkin menyebabkan simptom l0ya, mµntah, cir1t bir1t, dem4m dan s4kit kepala. Bahkan memakan daging mentah boleh mendatangkan bahaya dan peny4kit bawaan makanan.

Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa memakan tiram secara mentah-mentah adalah makrµh.

Namun, jika ia boleh memudaratkan kesihatan serta boleh membawa kepada keracµnan makanan, maka hukµmnya adalah haram.

Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebin4saan”.

Ayat di atas bermaksud janganlah kamu menyerahkan diri kepada hal-hal yang menyebabkan kebin4saan, akan tetapi lakukanlah untuk diri kamu sebab-sebab yang boleh membawa kepada keselamatan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama.

Semoga bermanfaat!

Sumber Maktabah al-Bakri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.