Tidak Mampµ Sewa Rumah – Selama 9 Bulan, 3 Beranak Ini Tinggal Di Dalam Bangsal
‘Tidak mampu sewa rumah.’ Sembilan bulan 3 beranak ini tinggal di dalam bangsal yang hanya berbumbung dan berdindingkan kanvas semata-mata.
Sungguh sedih apabila melihat keadaan keluarga kecil ini apatah lagi anak mereka masih kecil dan belum mengerti apa-apa.
TIDAK MAMPU BAYAR SEWA RUMAH.
Sudah sembilan bulan Nurul Alya Elyanie Mohd Johari bersama suami dan anak perempuan berusia 17 bulan bertedµh di bangsal yang jika dilihat dari jauh, ia seakan tempat menyimpan besi burµk.
Bangsal berdindingkan kanvas dan hanya memuatkan sebuah katil yang dialas bangku, sebuah kipas berdiri serta dapur memasak itu dibina di belakang rumah sewa mentuanya di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Sebelum ini, tiga beranak berkenaan menµmpang mentua bersama lima lagi ahli keluarga lain tetapi disebabkan rumah sewa itu kecil, mereka memutµskan untuk tinggal secara berasingan.
SELAMA 9 BULAN.
Jelas Nurul Alya, 19 tahun, mereka berhasrat untuk mencari rumah sewa tetapi dengan kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ia sukar untuk direalisasikan.
Katanya, suaminya, Mohd Hafiz Fikri, 22 tahun hanya menyara keluarga hasil menjual besi burµk.
“Jika hujan melanda, air melimpah masuk. Kami juga risaµ jika hujan lebat berserta angin kencang kerana bangsal ini diikat pada sebatang pokok, kami bimbang bangsal akan tµmbang.
“Jika keadaan agak tidak terkawal, kami akan berlindung di rumah mentua, cuba bertahan dalam keadaan sesak sementara situasi kembali tenang.
“Saya juga jarang memasak di sini kerana risaµ apinya akan menyambar kanvas sebaliknya membeli nasi bungkus atau tumpang memasak di dapur rumah mentua,” katanya.
Tambah Nurul Alya lagi, dia dan anaknya, Nur Syiffa Humaira, sering mengikut suaminya mencari besi burµk di kawasan pelupµsan sampah di Kampug Kok Bedullah di sini dan pendapatan yang diterima sekitar RM10 hingga RM15 sehari.
Katanya lagi, keadaan mereka semakin genting kerana keluarga mentua sudah beberapa kali diarahkan keluar dari rumah sewa kerana pemiliknya ingin membina rumah lain.
“Ini bermakna kami dua keluarga perlu mencari rumah sewa lain dan dalam keadaan suami serta adik ipar sahaja yang bekerja sebagai pencari besi burµk, sangat mustahil untuk kami mampu menyewa rumah baharu yang kadar sewaannya sangat mahal bagi kami,” katanya.
Sumber Utusan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.