Shuib Teringat Memori Ramadan Bersama Siti Sarah, Berbuka Puasa Ramai-Ramai

Ketibaan Ramadan pada tahun ini memberi suasana berbeza buat pelawak Shuib apabila buat pertama kalinya dia menyambut bulan suci itu tanpa kehadiran isteri cinta, Allahyarhamah Siti Sarah.

Shuib atau Shahmira Muhmad 38 tahun, perlu menguruskan keperluan anak-anak seorang diri yang dianggap sedikit mencabar dan perlu membiasakan keadaan seperti beberapa bulan ketiadan arw4h isteri.

“Bulan puasa pada tahun ini agak mencabar untuk saya tapi saya cukup bersyukur sebab anak-anak dah faham dan mereka sangat mudah diurus.

“Anak-anak teruja nak berpuasa dan langsung tak tunjuk perangai merɛngek atau menangis nak berbuka puasa.

“Malah, nak bangun bersahur sama-sama pun sangat senang. Mereka juga nak ikut saya pergi pasar walaupun berpuasa,” katanya kepada URTV.

Shuib berkongsi rutin harian menguruskan anak-anak sepanjang bulan Ramadan pada sidang media program Diari Daddy yang diadakan secara virtual sebentar tadi.

Disoal kenangan paling tidak dilupakan ketika menyambut Ramadan bersama Siti Sarah, ahli kumpulan Sepahtu itu merindui momen berbuka puasa beramai-ramai di rumahnya.

Kata Shuib, Siti Sarah antara ‘mastɛrmind’ yang akan menyediakan juadah masakan dan menjemput tetamu untuk berbuka puasa bersama-sama.

“Di tingkat paling atas rumah saya ada ruang barbeku. Disitulah, Sarah tanpa g4gal akan anjurkan majlis berbuka puasa setiap tahun.

“Dia yang akan tentukan menu-menu berbuka dan akan masak untuk tetamu yang dia sendiri undang.

“Memang kami suka berbuka puasa dengan ramai orang di rumah. Itulah pengalaman paling indah yang tak boleh saya lupa,” ujarnya.

Ujar Shuib, dilahirkan sebagai anak tunggal, antara faktor mengapa dia menyukai majlis berbuka puasa yang dihadiri ramai tetamu.

“Saya anak tunggal yang dilahirkan dalam keluarga yang kecil. Dahulu masa bujang, berbuka puasa dan sahur tak seronok sebab saya seorang diri.

“Bila berkahwin dengan Sarah, dari situlah saya belajar rupanya seronok makan dan bersahur ramai-ramai. Dialah yang masukkan tradisi itu dalam keluarga, kadangkala buka puasa dah macam kenduri.

“Untuk tahun ini, alhamdulillah, masih ada ramai lagi ahli keluarga yang lain,” jelasnya.

Pasangan Shuib dan Siti Sarah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7 dan Ayash yang kini berumur tujuh bulan.

SEKADAR INFO, SITI SARAH MENINGG4L DUNIA.

Penyanyi Siti Sarah, 37 tahun disahkan meningg4l dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

“Dengan berat hati dan berduk4cita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meningg4l dunia jam 5.13 pagi.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu,” katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembɛdahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif C0v1d-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber URTV.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.