(Video) Setia Jaga Ibu Bapa Hingga Akhir Hayat – Sanggµp TinggaI Kerjaya

Alangkah bertuahnya ibu bapa andai memiliki anak yang sanggµp berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ibu bapa yang sedang s4kit.

Mungkin agak sukar bagi sesetengah individu untuk melepaskan kerjaya demi ibu bapa, namun tidak bagi seorang pemuda ini.

Bukan untuk sebulan dua sebaliknya pemuda ini memutµskan untuk terus pulang ke kampung untuk menjaga bapanya yang terlantar akibat diser4ng angin ahm4r sehinggalah insan kesayangannya itu menghembµskan nafas terakhir, pada 1 Ramadan lalu.

Rakaman video yang tular di laman sosial menunjukkan wajah pemuda ini yang sugµl dan sedih ketika menghantar jɛnazah bapanya ke ‘destinasi terakhir’, ternyata merµntun jiwa netizen.

Siti Noorfatihah Muslim berkongsi cerita berkata, pemuda dalam klip video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya itu adalah bakal tunangnya, Abdul Aliff Abdullah.

@zayan.my

Awak anak soleh.🤍 Anak soleh dambaan semua ayah ibu di dunia.❤️.Beruntung ibubapa dapat anak macam ni. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang beriman. Aamiin..🤲.Al-FatihahKredit Video : tehahproton0189156831

♬ original sound – ZAYAN – ZAYAN

Selesa dipanggil sebagai Fatihah, wanita berusia 24 tahun tersebut berkata, bakal tunangnya tidak sanggup meningg4lkan bapanya terlantar keseorangan di rumah jika dia mahu keluar mencari pekerjaan.

Menjelaskan lebih lanjut, Fatihah berkata, bakal tunangnya sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama ketika arw4h ibunya terlantar s4kit buah pinggang.

“Sebelum ‘pɛrgi’, ibunya berpesan supaya jaga ayah elok-elok. Sebab itu apabila arw4h ayahnya s4kit tahun lalu, dia sanggup balik kampung sebab berpegang kepada kata-kata arw4h ibunya,” cerita Fatihah.

“Dia la yang melakukan semua tugas menjaga arw4h ibu dan berulang alik dari kampus ke rumah sebab ketika itu dia masih menyambung pengajian peringkat diploma.

Sebagai salah seorang insan yang rapat dengan bakal tunangnya, Fatihah menyifatkan lelaki itu sebagai anak yang bertanggungjawab dan ibarat ‘satu dalam sɛjuta’.

“Dia selalu juga meluahkan rasa kenapa begitu hebat diuji. Dia pernah kata, kawan-kawan sebaya semua dah berkerjaya dan berkeluarga sedangkan dia jauh ketinggalan sedangkan usia dah 29 tahun.

“Saya dah lama berkawan dengannya, saya melihat sendiri pengorb4nannya sebagai seorang anak dan menyaksikan bagaimana dia menghadapi saat ‘d0wn’ apabila hilang dua insan tersayang.

“Pernah juga dia tanya, kenapa saya tak pergi cari lelaki lain yang lebih stabil, yang boleh luangkan masa selalu. Tapi saya jawab, duit boleh cari, tapi insan yang hatinya tulus sukar dicari.

“Jadi apabila dia d0wn, saya hanya mampu suruh dia berdoa, bersolat dan kongsi video-video motivasi mengenai betapa besar ganjaran menjaga ibu bapa,” ceritanya.

Fatihah tidak menyangka perkongsian video di aplikasi TikTok meraih lebih 248,000 jumlah tontonan, Fatihah berkata dia hanya mahu mengabadikannya sebagai kenangan.

“Dia pun terh4ru apabila membaca komen netizen yang doakannya. Aliff kini masih ambil upah gunting rambut sambil sedang menunggu jawapan untuk temuduga menyertai pasukan bomba. Mungkin asbab doa-doa ini, mana tahu rezekinya semakin dipermudahkan.

“Kepada yang lain, ambillah peluang jaga mak ayah selagi diberikan kesempatan masa,” akhirinya.

Sumber mStar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.