SeIuar Jeans Pertama & Tertua Di Dunia Kini Berada Di Malaysia – Tawar Harga RM1 Juta Pun Tak Jual

Siapa sangka seluar jean pertama dan tertua di dunia kini berada di Malaysia yang dibeli seorang lelaki daripada pelel0ng di Amerika Syarikat (AS).

Seluar jean Levis keluaran pertama 1890 itu dibeli seorang pemilik bundle Tok0r Amerika, Ahmad Baihaki Hussin, 40, selepas melihat satu dokumentari di YouTµbe. Sejak itu dia mula menjadi ‘pemburu’ jean berusia 130 tahun itu dan mencarinya di sekitar AS. Bukan saja itu, dia pernah ditawarkan RM1 juta oleh pengumpul koleksi dari Jepun dan Thailand untuk membeli jean koleksinya namun dit0lak mentah-mentah.

“Jean poket satu ataupun yang dikenali sebagai First Blue Jeans ini dibeli daripada seorang pelelong di AS pada 2018. “Saya mengetahui mengenai kewujudan seluar ini selepas melihat satu dokumentari di YouTube menyebabkan tergerak hati ke AS. “Pertama sekali saya ke Maine, Portland sebelum diberitahu pemilik sebenar jeans berkenaan berada di Tucson,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia kemudian menemui tapak rumah asal pemilik jean itu dan diberitahu rumah berkenaan sudah dijual.

“Saya dapat nombor telefon individu yang memegang seluar itu dan cuba menghubungi dan e-mel setiap hari sepanjang berada di sana namun tiada sebarang jawapan.

“Kemudian, saya pulang semula ke Ibu Pejabat Levis terletak di San Francisco sebelum dihubungi individu yang juga pelel0ng jeans berkenaan. “Saya menawarkan untuk membeli jean itu dengan harga yang berpatutan bagi sehelai jeans yang berusia lebih daripada 100 tahun dan akhirnya dia bersetuju untuk menjualnya.

“Maksud harga yang bepatutan adalah harga yang diketahui umum bagi pengumpul barangan vintage seluruh dunia,” katanya.

Ahmad Baihaki berkata, dia diberitahu jean pertama Levis itu dengan kondisi terbaik milik seorang lelaki berasal dari Jerman dengan saiz 44.

“Seluar ini dipercayai ditemui cucunya dalam satu bekas kayu dan disebabkan itu kondisinya masih elok. “Saya kira jean yang saya miliki ini adalah yang tertua di dunia dengan kondisi terbaik,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakannya turut memiliki jean model tahun 1922 yang dibeli di Jepun pada 2018.

“Jean Nevada ini adalah model pertama Levis berusia 1873 juga dibeli di Amerika,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Ahmad Baihaki berkata, mereka ditawarkan RM1 juta untuk menjual dua jean miliknya namun menolaknya berikutan pakaian itu susah untuk diperoleh.

“Bukan tidak pentingkan duit, tetapi koleksi yang kami ada sangat unik, kemungkinan kalau jumpa koleksi sama saya akan lepaskan yang ini, siapa tahu,” katanya.

Akuinya, perniagaan bundle juga satu pelaburan, tetapi membabitkan pakaian yang unik saja.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada lokaliti juga contohnya sehelai baju T band rock seperti Nirvana kadang-kadang boleh mencecah harga RM3,000 hingga belasan ribu. “Bergantung kepada permintaan di lokaliti dan juga trend semasa,” katanya.

BERI PULANGAN 100 PERATUS.

Margin keuntungan sehingga 100 peratus menjadikan perniagaan pakaian terpakai atau bundle terus menjadi pilihan peniaga.

Pelbagai pakaian import dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jepun dan Korea menjadi pilihan peminat bundle sejak puluhan tahun lalu.

Imej berpakaian bundle sudah diterima masyarakat sebagai satu cabang fesyen yang dianggap klasik kerana rekaan dan material pakaian yang seasoned.

Perkara itu diakui pemilik Save and Save Bundle, Muhd Firdaus Mohamad yang memaklumkan perniagaan bundle ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang kerana permintaan yang terus stabil.

Beliau berkata, walaupun dijual pada harga serendah RM5 sehelai namun peniaga masih mampu meraih keuntungan.

“Pakaian bundle dijual secara pukal dengan anggaran harga bermula RM500 hingga RM1,800 mengikut gred pakaian. “Satu pukal dianggarkan berat 45 kilogram dengan 200 hingga 300 baju-T untuk setiap pukal manakala seluar jean sebanyak 100 helai,” katanya ketika ditemui.

Katanya, harga pula akan ditentukan peniaga berdasarkan kondisi, corak dan material pakaian berkenaan.

Tambahnya, baju-T bercorak selain seluar jean dengan kain yang tebal dan warna yang baik akan dijual pada harga yang tinggi.

“Pakaian bundle boleh dijual dengan pelbagai variasi harga membolehkan peniaga meraih keuntungan bagi setiap pukal. “Permintaan pula terus kekal baik dan peniaga tidak perlu memiliki kedai kerana boleh mempromosikan barangan jualan mereka menerusi laman sosial,” katanya.

Beliau yang juga pengedar pakaian bundle untuk pasaran tempatan mempunyai beberapa pembekal di luar negara untuk membekalkan stok setiap bulan.

Katanya, kebersihan terus menjadi keutamaan dan pakaian yang dijual akan dibasuh dan digosok supaya nampak lebih kemas.

SELUAR TERSAYANG BERHARGA RM180,000.

Minat terhadap denim mendorong pengumpul dan peniaga, Ahmad Baihaki Hussin membeli sehelai seluar jenama Levi’s de4dstock (edisi terhad) yang harga pasarannya dianggarkan RM180,000.

Ahmad Baihaki berkata, seluar model 502 keluaran 1922 itu dibeli di Jepun, empat bulan lalu.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, seluar berkenaan dibeli menggunakan wang simpanannya dan kini menjadi koleksi termahal dimilikinya sejak mengumpul denim 20 tahun lalu.

“Sebenarnya, saya mula mengumpul seluar denim sejak dari bangku sekolah lagi dan minat itu berterusan sampai ke hari ini.

“Setakat ini, saya menyimpan lebih 20 helai seluar denim pelbagai jenama. Seluar ini dibeli daripada penjual di Thailand, United Kingdom (UK) dan Jepun serta peniaga tempatan.

“Apa yang menarik harga seluar berkenaan ketika dibeli agak murah, tapi sekarang nilainya meningkat berkali ganda sampai puluhan ribu ringgit,” katanya.

Menurut Ahmad Baihaki, apa yang dilakukan bukan sekadar memenuhi minat sebaliknya dianggap sebagai pelaburan jangka panjang.

Jelasnya, seluar edisi terhad atau lebih popular dengan panggilan vintaj atau de4dstock menjadi buruan ramai hingga ada yang sanggup membayar harga tinggi untuk mendapatkannya.

“Tak dinafikan ada yang kata apa saya buat ini membazir, tapi saya puas hati. Luarannya mungkin kelihatan lusuh, tetapi ramai tidak tahu itulah yang menjadikan seluar ini lebih bernilai dan mahal sekiranya dijual semula.

“Jadi, tiada apa yang merugikan kerana sejak kebelakangan ini, saya lihat harga seluar denim berjenama boleh meningkat antara 100 hingga 400 peratus,” katanya yang memiliki koleksi denim tahun 1922 hingga 1960.

Katanya, sebagai pengumpul, dia amat menitikberatkan soal penjagaan seluar bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.

“Seluar denim vintaj ini memerlukan penjagaan yang teliti jadi saya ambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpannya di dalam beg plastik.

“Memang kena elak daripada terdedah kalau tak, seluar akan berhabuk. Jika ada lembapan ia menyebabkan seluar kot0r.

“Setakat ini, saya puas dan belum terfikir untuk menjual koleksi peribadi dalam simpanan, kerana bukan mudah untuk mendapatkannya,” katanya.

Sementara itu carian di portal List25 pula Guiness World Records, merekodkan sepasang seluar jeans dilelong pada harga AS$60,000 (RM251,000).

Jeans jenama Levi’s itu adalah satu-satunya seluar keluaran tahun 1900 masih elok untuk dipakai dan dilelong pada 2005.

Maklumat daripada portal sama memaklumkan Secret Circµs, menjual sehelai seluar jeans bertatahkan berlian bernilai AS$1.25 juta (RM5.2 juta).

Harga sehelai jeans itu adalah 22 kali ganda lebih tinggi berbanding pendapatan purata keluarga di Amerika Syarikat pada 2016.

Sumber hmetro via media p0rtal

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.