“Sebenarnya benda tu nak masuk rumah kamu, tapi tak boleh sebab ada yang jaga” – Ini Kisah Aku Berinteraksi Dengan Bµnian Yang Berusia 200 Tahun
Memang waktu itu sudah agak lewat. Sudah pukul 11.30 malam, tapi saya mesti pergi ke kebun getah ini. Walaupun gelap, sunyi dan amat menyer4mkan, saya perlu jumpa dia.
Ini bukan hal biasa. Saya bimbang kalau dibiarkan, nanti keluarga saya pula yang akan dapat bahaya. Anak-anak masih kecil lagi. Saya kena lindungi mereka.
“Jom ikut aku,” kata saya kepada Man. Dia kawan baik saya, rumahnya selang beberapa buah saja dari rumah saya di sebuah tanah rancangan Felda di Segamat, Johor. Sengaja saya ajak Man sebab dia tahu apa yang akan saya buat sebentar lagi.
Lebih kurang 20 minit menunggang motosikal meredah kegelapan malam, akhirnya kami sampai di kebun getah saya ini. Saya tongkatkan motosikal, kemudian pergi ke tepi belµkar di tepi sebatang parit. Inilah tempatnya.
Kami duduk beralaskan surat khabar, kemudian saya nyalakan sebatang lilin. Man diam saja. Saya tau, Man bukannya berani sangat. Tapi siapa lagi nak saya harapkan malam-malam begini, kalau bukan dia.
Saya pejamkan mata dan mula memanggil nama`nya’. Saya mahu dia datang cepat. Saya ada masalah, tolonglah bantu.
Namanya saya panggil lagi berulang-ulang.
Seminit, dua minit, tiga minit… empat… lima… namun dia masih tidak muncul.
Keadaan kebun getah yang sunyi membangkitkan rasa ser4m. Saya terus memanggil dan selepas 10 minit berlalu, dalam gelap itu saya lihat ada seseorang muncul dari celah belukar. Langkah tapak kakinya tidak berbunyi. Hanya bayangan dirinya saja yang semakin jelas.
Saya mencuit paha Man dan berbisik, “Dia dah datang, kau jangan lari, jangan cakap apa-apa,” Man mengangguk.
Perlahan-lahan jelmaan berpakaian serba putih itu datang mendekati kami. Akhirnya tinggal berjarak beberapa meter saja, dia menghentikan langkah.
Dia lelaki tua berjanggut panjang, berjubah serta kopiah putih. Badannya bongkok empat, seperti orang sedang rukuk ketika solat. Tingginya hanya separas dada saya saja. Mukanya dipenuhi kedut.
Inilah Tok Zainal, makhluk alam ghaib yang tinggal di dalam kebun getah keluarga saya.
MENGIL4I.
“Apa tujuan cucu datang?” orang tua itu bertanya.
Saya pun ceritakan dari awal. Kata saya, pukul 10.30 malam tadi, ketika saya sekeluarga sedang menonton televisyen, tiba-tiba kami dengar bunyi bumbung zink di bahagian tengah rumah saya dipij4k sesuatu.
Cukup kuat. Terperanjat kami dibuatnya. Dari bumbung tengah rumah, ia bergerak ke arah bilik tidur saya. Bunyi tapak kakinya menghentak-hentak cukup menakµtkan.
PRAANNGG! PRRAANNGG!…
Anak-anak terkejµt, bertempiaran lari, menjerit dan memeluk saya serta isteri. Manakan tidak, dari dalam rumah itu kami boleh nampak zink terhenyak dan membengkok menuju ke bilik tidur kami. Di situ ia terhenti.
Segera saya ambil lampu picit dan berlari keluar. Dari situ saya nampak ada lembaga berselubung kain putih sedang berdiri di atas bumbung. Rambutnya panjang mengerbang panjang hingga menutup muka.
“Ooo… engkau punya kerja rupanya, ya! Siap kau!!!”
Sambil memaki hamun, saya membalingnya dengan batu yang bersepah di tanah. Batu besar, batu kecil, semua saya baling. Mungkin kena sasarannya, lembaga berkenaan terbang ke arah sebatang pokok kelapa di tepi rumah saya.
Ia terbang sambil ketawa mengilai. Nyaring dan menger1kan. Saya terus juga membalingnya dengan batu. Agaknya sebab tak tahan kena baling, lembaga itu terbang menuju ke kebun getah dan terus hilang daripada pandangan.
Saya masuk semula ke dalam rumah, tukar pakaian dan pecµt motosikal pergi ke rumah Man. Itulah sebabnya sekarang kami berdua datang berjumpa dengan Tok Zainal pada pukul 12 malam ini.
MENGAJI.
“Apa tujuan p0ntianak tu ganggµ keluarga saya, Tok?” saya bertanya.
“Sebenarnya benda tu nak masuk rumah kamu, tapi tak boleh sebab ada yang jaga,” jawab Tok Zainal.
Tok Zainal menenangkan saya. Katanya p0ntianak itu tak akan datang mengganggµ lagi. Bila dia kata begitu, barulah lega rasa hati saya. Beberapa minit di situ, Tok Zainal mengiringi saya dan Man berjalan ke motosikal, dan balik. Benarlah, malam itu dan malam-malam seterusnya, keluarga saya tidak diganggµ lagi
Siapa Tok Zainal? Tentu anda tertanya-tanya, siapa gerangan orang tua itu. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Tok Zainal adalah makhluk alam ghaib yang tinggal di dalam kebun getah kami. Kata orang, dia bµnian.
Mulanya saya tidak percaya juga bila mak, ayah dan jiran-jiran cerita begitu. Tapi bila sedang menoreh getah saya dengar suara orang memanggil, bau masakan, kari, goreng pisang dan sebagainya, akhirnya saya percaya juga. Isteri saya pun selalu mengalami hal serupa.
Kata orang, bµnian ini boleh dipanggil. Betul ke? Kawan-kawan cadangkan saya cuba.
Suatu malam, saya ajak beberapa orang kawan, termasuk Man, pergi ke kebun. Saya nak tengok, betulkah di kebun getah saya ada bµnian dan makhluk ini boleh dipanggil.
Kami duduk rapat-rapat dan pasang lilin. Saya kemudian memanggil bµnian itu supaya tunjukkan diri, kalau benar mereka wujud dan tinggal di kebun getah kami.
Lama juga saya memanggil, hingga ada kawan yang sudah mula ajak balik. Akhirnya selepas hampir 20 minit memanggil, muncullah lembaga seorang tua berbadan b0ngkok, berjanggut panjang serta memakai jubah dan kopiah putih. Ia berjalan di dalam gelap itu menghala ke arah kami.
Terus-terang cakap, waktu itu memang kami rasa nak cabµt lari. Tapi kalau kami lari, rµgi pula. Bukan senang nak jumpa bµnian. Jadi, walaupun takut, kami bertahan juga, hinggalah lembaga itu berhenti di hadapan kami.
“Ada apa panggil atuk?” dia bertanya. Ya-Allah… waktu itu badan saya menggig1l. Terkejµt apabila orang tua itu bersuara.
“Tak ada apa-apa, tok. Cuma nak kenal dengan tok,” jawab saya.
Saya pun bertanya namanya.
“Nama aku, Zainal. Panggil aku, Tok Zainal.”
Kata Tok Zainal, selain rumahnya, ada dua lagi rumah didirikan di dalam kebun getah saya. Tok Zainal beritahu usianya 200 tahun. Setiap malam dia mengajar kanak-kanak di kampungnya mengaji al-Quran.
“Kalau ada masalah, datanglah jumpa Tok. Tapi jangan datang awal, Tok ajar budak mengaji.”
Sejak itu, kalau ada masalah besar, saya akan jumpa Tok Zainal. Bukanlah selalu. Dua, tiga tahun sekali baru pergi jumpa. Saya akan pergi pada lewat malam.
Bila sudah biasa berjumpa, saya pernah minta Tok Zainal nombor ek0r.
“Kamu jangan nak buat kerja har4m! Kalau tak ada duit, kerja!” marah betul orang tua itu. Heh heh heh… saya ketawa.
Soalan saya, pada pandangan anda, Tok Zainal itu bµnian, atau apa? Sekian untuk hari ini. Nanti saya akan kongsi cerita lain pula.
#Gambar Sekadar Hiasan.
Sumber Shafie dari Segamat, Johor.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.