Sebaik-baik Mukmin & Sahabat Adalah Abu Bakar – Ini Sebab Beliau Digelar As-Siddiq

Percayakah anda apabila saya mengatakan bahawa saya sedang berada di bulan, sambil menikmati keindahan bumi. Mungkin sukar bagi anda untuk mempercayainya. Boleh jadi saya berb0hong, atau boleh jadi juga saya berkata benar, kerana anda tidak mengenali siapa saya.

Hakikatnya amat sµkar bagi kita meletakkan satu bentuk kepercayaan kepada seseorang. Apatah lagi kepada orang yang kita tidak pernah temui atau kenal. Namun bagaimana pula jika anda mengenali saya secara peribadi. Adakah anda masih lagi ingin percaya, bahawa saya juga telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan sepertimana Neil Amstr0ng.

Saya percaya, anda juga tidak akan percaya, kerana amat mustahil bagi orang seperti saya dapat menjejakkan kaki ke bulan pada saat ini. Pastinya anggapan yang timbul adalah saya hanya bermimpi. Atau mungkin ada yang akan kata saya sudah gila.

Sekalipun di zaman ini telah wujud kapal angkasa yang boleh membawa saya, namun anggapan anda, itu tetap juga satu perkara yang mustahil. Sedangkan Syeikh Muszaphar perlu melepasi beberapa ujian yang ketat, untuk menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas, bagaimana pula dengan saya.

Secara dasarnya, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada seseorang, dalam perkara yang dianggap mustahil untuk diterima akal, adalah satu perkara yang amat mustahil untuk dilakukan. Apatah lagi apabila menerima kepercayaan itu, tanpa sebarang alasan yang munasabah dengan pemikiran.

Situasi ini sebenarnya yang berlaku kepada penduduk Mekah, pada sekitar 1500 tahun yang lalu. Tika itu mereka telah diperdengarkan dan disuruh untuk menerima satu perkhabaran yang langsung tidak dapat diterima dek akal yang waras.

Mana mungkin seorang manusia biasa, dapat bergerak dari satu tempat, yang mana jarak perjalanannya pergi dan balik memakan masa selama dua bulan. Sebaliknya masa yang dia ambil hanya dengan satu malam.

Mµstahil! Memang mµstahil. Langsung tidak dapat diterima dengan akal yang waras. Sekiranya di zaman ini, ia memang boleh diterima dengan akal, kerana telah wujudnya kapal terbang seperti Airbuµ 308 atau jet penµmpang.

Tetapi zaman di mana manusia hanya tahu unta, kereta kuda atau kapal laut sahaja sebagai kenderaan, mana mungkin dapat menerima kenyataan seperti ini. Hanya anak-anak kecil atau orang yang g1la sahaja dapat percaya kata-kata merapµ ini.

Bukan setakat itu sahaja, tetapi ditambah lagi dengan kenyataan bahawa, dia telah naik ke langit paling atas dengan menunggang seekor binatang ajaib berkaki empat dan bersayap, untuk bertemu dengan tuhannya. Berjumpa dengan utusan-utusan tuhannya yang telah lama meningg4l dunia.

Diperlihatkan keadaan manusia melalui amalan-amalan mereka di dunia, serta diberikan satu tugasan yang sangat berat untuk dilaksanakan oleh umatnya. Sungguh ini adalah satu cerita karµt rekaan dan khayalan, bagi memperb0dohkan manusia. Secara logiknya di zaman tersebut siapakah yang mahu percaya cerita-cerita seperti ini? Dusta, dusta dan dusta, hanya itu yang berlegar dalam minda mereka.

“Kita semua sudah diperbodhkan, Muhammad sudah g1la, aku tidak pernah mendengar kata-kata dµsta yang lebih hebat seperti ini” begitulah kata-kata yang keluar dari mulut-mulut penduduk Mekah. Musµh-musµhnya bersorak dengan pekikan yang lantang, menghambur kebenc1an dan kecaman kepada Muhammad.

Pengikut-pengikut yang bersama dengannya sebelum ini, mula berasa sangsi dan tertipµ. Hati mereka goyah dalam kecelarµan.

“Benarkah apa yang dikatakan Muhammad ini. Mana mungkin dia boleh pergi ke Masjidil Aqsa di Pal3stin hanya dalam satu malam sahaja. Ah! Ini semua karµt” Itu yang bermain-main dalam minda pengikutnya.

Ramai yang meragui berita yang dibawa oleh Muhammad. Ada yang hanya berdiam diri untuk melihat perkembangan seterusnya. Ada yang percaya kepadanya namun jumlahnya begitu sikit, malah ramai pula yang tidak mempercayainya dan kembali kepada agama asal mereka. Mereka rasa terh1na, ger4m dan mar4h kerana diperlakukan sedemikian rupa.

Berita pemboh0ngan Muhammad telah tersebar dengan cepatnya di kalangan penduduk Mekah. Orang ramai pergi menemui Abu Bakar untuk mengadu dan memberitahu kepadanya, tentang berita yang disampaikan oleh Muhammad. Malah ada di kalangan mereka yang memaki dan menc3rca Muhammad dengan kata-kata yang kasar.

Tersentak Abu Bakar apabila mendengar pengaduan dari orang ramai tentang apa yang dikatakan oleh Muhammad.

“Sungguh kalian ini berdµsta, mana mungkin manusia boleh melalui perjalanan sebegitu pantas. Apakah ada kenderaan yang lebih pantas dari kuda yang kita miliki?”

“Benar wahai Abu Bakar, kami tidak berdµsta. Jika tuan tidak percaya, sekarang ini dia sedang berada di masjid menceritakan pengalamannya kepada penduduk Mekah.”

Sungguh terperanjat Abu Bakar, sama sekali dia tidak menduga akan apa yang diberitahukan oleh Muhammad itu. Sebelum ini dia pernah mengunjungi Baitulmaqdis. Oleh itu dia lebih tahu bagaimana bentuk dan keadaan masjid tersebut. Dia diam seketika, menarik nafas dan dengan tenang berkata.

“Wahai sekalian penduduk Mekah, rakan-rakan dan saudara-saudaraku, jika itu kata-kata yang keluar dari mulut Muhammad, maka memang itu adalah satu kebenaran. Dan aku sebagai sahabat yang telah mengenalinya, mengakui dan percaya sepenuh hatiku bahawa Muhammad tidak berdµsta.”

Pengakuan ikhlas dan tegas dari Abu Bakar itu telah memeranjatkan hadirin yang hadir. Mereka terdiam dan terkedu seketika. Sungguh mereka tidak menyangka bahawa, Abu Bakar mempercayai apa yang dikatakan oleh Muhammad, tanpa menyanggahnya sedikit pun.

Kepercayaan yang diperlihatkan oleh Abu Bakar itu, menjelaskan lagi keimanannya kepada Muhammad pesuruh Allah. Persoalannya, bagaimana dia memperoleh tenaga dan kekuatan untuk mendorongnya, meyakini dan mempercayainya segala apa yang dikatakan oleh Baginda SAW Sebagaimana yang dikatakan, begitu sukar sebenarnya untuk mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan logik akal.

Bayangkan, di zaman tersebut ada yang mendakwa telah berjaya naik ke langit, dan bergerak lebih laju dari seekor kuda. Walaubagaimana sekalipun hujahnya, akan tetap terdetik juga dalam hati, untuk meragui segala yang diperkatakan.

Namun tidak bagi Abu Bakar. Padanya segala apa yang dikatakan oleh Baginda SAW adalah benar dan benar, kerana dia mempercayai Baginda dengan sepenuh hatinya. Ini disebabkan oleh sikap serta sifat yang ada dalam diri Baginda SAW yang ditunjukkan sedari usia remaja lagi. Jika tidak masakan Baginda mendapat gelaran al-Amin iaitu benar pada setiap percakapan. Ya! Dia terlalu mengenali insan bernama Muhammad SAW.

Melalui peristiwa Isra’ Mi’raj ini, secara tidak langsung Abu Bakar telah menyandang gelaran as-Siddiq iaitu orang yang selalu membenarkan dan percaya apa yang dikatakan oleh Baginda SAW.

Hanya dia sahaja yang dianugerahkan dengan gelaran ini sebagai satu penghormatan yang tertinggi untuknya. Peristiwa yang berlaku ini memperlihatkan kepada kita bahawa, keimanan Abu Bakar itu telah berada pada satu tahap yang tinggi di mana perkataan iman itu sendiri membawa maksud percaya atau membenarkan. Menurut Ali bin Abi Talib R.A.

“Iman itu ucapan dengan lidah, dan kepercayaan yang benar dengan hati, serta perbuatan dengan anggota.”

Keyakinan dan kepercayaan Abu Bakar itu telah menunjukkan bahawa pemahamannya yang mendalam tentang wahyu, dan risalah yang tidak dapat difahami oleh kebanyakkan manusia. Di sinilah juga Allah SWT telah memperlihatkan kebijakkannya tatkala Rasulullah SAW memilih seorang teman yang dekat.

Wallahu a’lam.

Sumber Al-Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.