Saya tak nafikan, lagu ada kaitan dengan kisah hidup arw4h yang menantikan kepulangan anak-anak pada hari raya – Kisah Di Sebalik Lagu Kepulangan Yang Dinanti

Menjelang Aidilfitri, lagu Kepulangan Yang Dinanti dendangan Allahy4rham Aman Shah pasti menjadi pilihan stesen radio, malah, hati tentunya terµsik mendengar suara lembut penuh syahdu dan mendayu, seolah-olah menantikan orang tersayang pada hari raya.

Namun, siapa sangka lagu evergreen ciptaan Omar Taib dan lirik oleh AS yang diterbitkan oleh EMI Malaysia pada 1981 itu mengungkap seribu makna buat arw4h Aman Shah.

Seperti bait-bait liriknya, ‘dalam dakapan keheningan maya, pertemuan yang menyentuh di jiwa, sekian lamanya terpisah, harapan kini menjadi nyata’ jelas memberi bayangan penantian arw4h Aman Shah yang sering mengharapkan kepulangan anak-anaknya.

Anak sulungnya, Hadzly Aman Shah, 43, mengakui, lagu Kepulangan Yang Dinanti memberi maksud mendalam buat arw4h dan keluarganya.

“Saya tak nafikan, lagu Kepulangan Yang Dinanti ada kaitan dengan kisah hidup arw4h yang menantikan kepulangan anak-anak pada hari raya.

“Namun, setakat ini, saya pasti bertemu dan menyambut Syawal bersama arw4h.

Sememangnya, lagu ini meninggaIkan nostalgia. Ramai bertanyakan kepada saya maksud sebenar di sebalik lagu ini.

“Alhamdulillah, kami akan bertemu di kampung ibu di Dungun, Terengganu atau Kuala Lumpur. Tiada sebarang halangan menyambut Syawal bersama,” katanya.

Hadzly berkongsi, hubungannya dengan arw4h tidak begitu rapat kerana dibesarkan arw4h nenek di kampung ketika kecil.

“Bagaimanapun, sesekali arw4h akan datang menjenguk saya di kampung. Sehinggalah saya besar, habis belajar dan mula bekerja di Kuala Lumpur, barulah hubungan jadi rapat dan selalu berjumpa arw4h.

“Arw4h seorang bapa yang simple, percakapannya lemah-lembut dan kelakar. Namun, ada ketikanya agak tegas, tetapi saya faham arw4h menyayangi anak-anaknya.

“Beliau suka ajak saya berjalan ke sana-sini menemaninya ketika masih sihat. Ada peluang, kami akan bercuti bersama. Itulah m0men yang akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya yang ditemui pada majlis pengebµmian arw4h Aman Shah, semalam.

Hadzly yang juga anak sulung menerusi perkahwinan pertama Allahy4rham Aman Shah bersama bekas Miss Kelantan, Rohani Nik berasal dari Dungun, Terengganu.

Pemilik nama Aman Shah Abu Kassim itu bertemu jodoh ketika berusia 24 tahun, namun, perkahwinan pertamanya hanya bertahan selama dua tahun.

Hadzly berkata, dia akan mengingati amanat terakhir arw4h agar menjaga dan melihat adik-adiknya, dua hari lalu.

“Pada pertemuan terakhir, arw4h pesan tengok dan jaga adik-adik. Itulah kata-kata akhir arw4h pada saya.

“Insya-Allah, saya akan mengingati pesanan arw4h. Hubungan saya dan adik-adik lain juga tiada masalah walaupun kami bukan seibu.

“Saya berada di sisi arw4h sebelum menghembµskan nafas terakhir. Adik-adik lain dalam perjalanan, ada yang datang dari Singapura.

“Alhamdulillah, saya sempat mengajar arwah mengucap sebelum tutup mata dan pergi dengan tenang,” katanya.

Berkongsi saat pemergian arw4h bapanya, Hadzly berkata, arwah dimasukkan ke lJN hampir seminggu lalu.

“Kondisi jantµng arw4h lemah, sejak akhir-akhir ini, apatah lagi, kerap mendapat serangan jantung. Jadi, arw4h diberikan pilihan sama ada melakukan pembedahan pintasan jantung atau memasang kateter belon atau sten.

“Arw4h pilih memasang sten, jadi, pembedahan dilakukan semalam (kelmarin). Sebenarnya, keadaan arw4h okay selepas pembedahan.

“Namun, pagi ini (semalam) saya dikejutkan dengan berita tahap kesihatan arw4h semakin mer0sot sehingga menghembµskan nafas terakhir.

“Jujurnya, ini amat mengejutkan kerana keadaan arw4h okay, masih suka bergurau sebelum ini,” katanya.

Katanya, dia memang selalu menjenguk arw4h kerana tinggal berhampiran dengan kediamannya.

“Tidak dinafikan, arw4h lebih fokus kepada akhirat sejak 2018. Nampaklah perubahannya tidak lagi menghiraukan dunia glam0r, tumpuannya pada amal ibadah.

“Arw4h memang merahsiakan peny4kitnya, ahli keluarga rapat sahaja yang tahu.

“Lagipun, arw4h s4kit tidak lama, mula mendapat ser4ngan jantung, tahun lalu.

“Arwah juga kurang aktif menyanyi dan berlakon sejak terkena ser4ngan jantung. Tawaran masih ada, tetapi arw4h men0laknya kerana masalah kesihatan.

“Lepas menghadapi masalah jantung, arwah mula makan ubat dan tubuhnya makin susut. Arw4h beritahu saya, dia makanlah apapun, tetapi tubuhnya tetap tak naik disebabkan ubat,” katanya.

Terdahulu, jenaz4h pelakon filem Darah Satria itu dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras untuk pengh0rmatan terakhir, sebelum dikebµmikan di Tanah Perkubµran Islam Alam Damai, jam 10 malam tadi.

Allahy4rham Aman Shah, 68, menghembµskan nafas terakhir akibat k0mplikasi jantµng di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), jam 2.20 petang, semalam.

Dilahirkan di Johor Bahru, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Adikku Pandai Menari itu meninggaIkan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinannya.

Selain Hadzly, dua anak arw4h menerusi menerusi perkahwinan kedua bersama vokalis kumpulan du0, The Queens dari Singapura, Farah Diba Abdul Aziz dari Singapura turut hadir.

Antara rakan artis yang memberi penghormatan terakhir termasuklah Datuk DJ Dave, Datuk Tumiran Mohd Kasdi, Yank Kassim, Tukiman Radion dan Farouk Hussein.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.