“Saya pantang dengar anak nombor 5” – Kerap Terlµka Dengan Sikap Anak, Rµpanya Asbab Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah SWT
Hidup ini umpama pentas lakonan dan sebagai hamba Allah SWT, kita hanya mampu berdoa agar dikurniakan jalan cerita dan skrip yang baik supaya menemui penamat yang membahagiakan.
Namun di setiap jalan cerita, pasti ada k0nflik dan tr4gedi yang memangkin kepada kukuhnya dasar penceritaan dan menjadi titik tolak kepada permulaan yang lebih baik.
Seperti perkongsian Dr Amalina Nudin berkait kisah ibu yang berduka atas asbab seorang anaknya yang tidak ‘menjadi’ seperti anak-anak yang lain.
Namun rupanya disebalik kesɛdihan itu, terkandung seribu hikmah yang tidak dijangka.
“Seorang mak cik, dia bercerita pada seorang Ustazah. Dia gembira cerita tentang anak-anaknya.
“Anak no 1 jadi ni…”
“Anak no 2 jadi doktor…”
“Anak no 3 jadi engineer….”
“Anak no 4 jadi Pensyarah…:”
Anak ke 6, 7 dan 8 pun sama.
Semuanya menjadilah anaknya…
Ustazah pun tanya.
“Anak No 5? Kenapa tak sebut???”
Ustazah jangan sebut, saya pantang dengar anak nombor 5 tu. Namanya pun saya tak nak sebut… banyak meny4kitkan hati saya…
Suami saya tak bagi dia balik.
Dia sorang je tak menjadi mana.
Men4gih dad4h.
Saya dan suami tak nak mengaku dia anak kami. Sejak dulu lagi, tak pernah nak sejukkan mata kami.
Ustazah terdiam.
Kemudian berkata sesuatu yang mengubah cara fikir mak cik itu.
“Mak Cik, betul tak, kerana asbab anak ini, mak cik banyak menangis, banyak solat malam, banyak berdoa, banyak berzikir, banyak solat hajat, banyak minta orang ini dan itu doakan?”
Betul!- katanya.
“Mak Cik perlu berterima kasih pada anak no 5 itu…”
Kenapa Ustazah?
“Mak Cik perlu berterima kasih pada dialah paling banyak, asbab dialah anak-anak yang lain berjaya. Asbab dialah yang banyak membuatkan mak cik berdoa, membuatkan mak cik banyak menangis… sehingga, mak cik berada di landasan yang betul, ia jadi asbab anak-anak lain semuanya berjaya… Mak Cik terlµka, jadi semakin dekat dengan Allah…”
Mak Cik terdiam.
Betullah Ustazah.
Kalau bukan sebab anak yang ini, diµji dengan dia yang sangat terµk, mak cik mungkin tidaklah dalam keadaan sentiasa berdoa dan berharap pada Allah.
Boleh jadi anak lain yang berjaya, adalah asbab anak itu. Asbab mak cik selalu menangis, doakan anak-anak. Sehingga tempias doa itu dapat pada anak yang lain. Kesian dia…
Akhirnya mak cik itu ajak anak dia balik.
Dia peluk, dia tunjukkan kasih sayang.
“Ustazah, apabila saya beri dia kasih sayang, dia berubah. Dah mulai dekat dengan masjid, banyak berkawan dengan orang masjid…”
“Walaupun masih ada lagi guna ‘benda’ tu sebab dah ket4gih kan, susah nak tinggal, tapi nampak dah dia berbeza…”
Kisah diolah dari ceramah ustazah Asma Harun.
‘Sesuatu’ sangat cerita ni!
Boleh jadi kita suka sesuatu, ia tak baik untuk kita. Maka Allah tanggµhkan.
Boleh jadi kita tak sukakan sesuatu, namun Allah tahu ia lebih baik bagi kita.
Kita banyak tak tahu.
Allah Maha Mengetahui.
Rupanya, yang kita tak sµka, yang buat kita banyak mengalir air mata, yang membuat kita banyak berdoa… itulah lebih baik untuk kita, berbanding kita sering dapat, apa yang kita mahukan, sepantasnya.
Banyak kali, jalan keberdekatan kita dengan Tuhan, melalui asbab terlµka dan sedihnya kita.
Sebarkan!”
Sumber Dr. Amalina Nudin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.