“Saya Dah Tak Mahu Kejar Dunia”, Bekas Pemain Malaysia Era 80an – Kini Dalami Ilmu Agama

Nasib bɛkas pemain bola sepak Selangor era 1980-an, Azhar Sharif akhirnya terbɛla apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil membantunya dengan menempatkan beliau di Pusat Pɛmulihan Baitul Islah di Serendah.

Perkara itu disahkan oleh rakan karibnya yang juga pengurus pasukan KLOB All Star, Zulkifi Mohamed.

Ia bertepatan dengan hasrat dan keinginan Azhar sendiri yang mahu mendalami ilmu agama selepas sekian lama hidup terumbang-ambing sejak bersara sebagai pemain bola sepak pada 1995.

Kisah ked4ifan hidup Azhar menumpang tinggal di sebuah rumah us4ng di lereng bukit Hutan Simpan Kampung Kemensah, Hulu Kelang, mula mendapat perhatian selepas didɛdahkan media sehingga pelbagai pihak tampil menjɛnguk serta menawarkan bantuan.

Antaranya adalah bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof yang menyatakan kesanggupan untuk membina sebuah rumah berdekatan dengan pusat pengajiannya di Alor Star khusus bagi didiami Azhar demi memenuhi hasrat bekas pemain itu untuk mendalami ilmu agama.

Walau bagaimanapun Azhar akhirnya bersetuju untuk menyambut tawaran MAIS dan LZS memandangkan ia lebih dekat dengan keluarganya di Kuala Lumpur.

Sejak mengg4ntung but sebagai pemain bola sepak pada 1995, Azhar mengalami kesuk4ran hidup kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap. Beliau pernah tinggal menyewa bilik bersama rakan baiknya, Zapril Hashim di sebuah rumah pangsa sebelum mengambil keputusan membawa diri ke hutan Kemensah selepas hilang sumber pendapatan ekoran wab4k C0v1d-19 yang melanda negara.

Sudah tentu ia bukanlah penghidupan sewajarnya bagi seorang pemain yang pernah menyumbang keringat dan jasa kepada pasukan negara serta beberapa pasukan lain seperti Selangor, Perak dan Terengganu.

KARIER AZHAR SHARIF.

Sepanjang kariernya pada 1980-an, Azhar pernah berganding dengan legenda bola sepak negara seperti Allahy4rham Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh, mendi4ng R. Arumugam dan ramai lagi.

Beliau dikenang sebagai salah seorang penyumbang gol yang membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.

Pada final 1984 itu, Selangor ketinggalan 0-1 kepada Pahang apabila tampil Azhar menyelamatkan Selangor daripada kekalahan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87 sebelum Khan Hung Meng memastikan kemenangan 3-1 melalui jaringan pada minit 89 dan 90.

Pada final Piala Malaysia 1986 pula, Azhar menyumbangkan dua gol untuk membantu Selangor membelasah Johor 6-1 untuk tampil sebagai juara.

Malah, beliau turut mewakili skuad kebangsaan dengan kejayaan terbaiknya adalah membantu Harimau Malaya menjulang Pestabola Merdeka pada 1986.

Selepas bersara pada 1995, Azhar yang memiliki lesen kejurulatihan kelas B menjadi jurulatih bagi beberapa buah kelab komuniti di sekitar Lembah Kelang. Namun serangan C0v1d-19 menyebabkan beliau hil4ng pekerjaan dan sumber pendapatan.

“Sebelum ini, kami kerap juga membantunya tapi berapalah sangat yang kami mampu. Begitu juga, saya difahamkan beliau turut mendapat bantuan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Namun, sudah tentu ia tidak mencukup untuk dia menanggung kehidupannya.

“Tapi, dengan bantuan MAIS ini, saya rasa kehidupan Azhar akan berubah ke arah lebih selesa. Tambah menggembirakan dia ditempatkan di sebuah rumah yang dapat membantunya mendalami agama.

“Saya berharap Azhar menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk memperbaiki diri serta kehidupan. Ini adalah rezeki yang Allah lorongkan pada hujung penghidupannya,” ujar Kamarulzaman.

Sumber Kita Reporters.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini