“Saya bercadang nak pindah rumah, tetapi tak sempat” – Bapa Kepada 2 Beradik Yang Rentµng
“Saya bercadang nak pindah rumah, tetapi tak sempat,” kata Muhammad Fikri Abdul Mubian, 28, bapa kepada dua beradik yang rentung dalam kebak4ran bilik tidur rumah mereka di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri di sini, petang semalam.
Muhammad Fikri yang berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan berkata, dia baru menyewa di rumah berkenaan kira-kira empat bulan lalu kerana bekerja di kawasan berhampiran, Kampung Melayu di sini.
Dia berkata, ini adalah penghijrahan pertamanya demi mencari rezeki, namun nekad mencari rumah lain selepas kejadian menimpa dua anaknya itu di rumah sewa terbabit.
“Ini kali pertama saya berhijrah, tetapi berlaku pula perkara burµk, kami akan pindah rumah lain, tetapi masih di Johor.
“Ini rumah sewa, sebelum ini cadang pindah rumah, tetapi tidak sempat, memang tak nak duduk sini (rumah) lagi, akan pindah dalam masa terdekat, cuma akan uruskan anak-anak dulu,” katanya yang kini menµmpang di rumah jiran yang juga kawannya.
Dia berkata, kali terakhir dia melihat dua anaknya itu sedang tidur ketika dia hendak keluar bekerja kira-kira jam 8 pagi semalam.
“Malam sebelum, saya ada buatkan susu untuk kedua-dua mereka. Selalu mereka kalau menangis nak susu malam, memang saya yang buatkan.
“Saya ini luar nampak macam tak ada apa, tetapi dalaman saya pun belum kµat, masih sedih, sebab saya pun rapat dengan anak-anak, masih teringat mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
Muhammad Fikri berkata, dia mendapat panggilan daripada ibu saudaranya semalam yang memaklumkan tentang kebakaran itu, kerana telefon bimbit isterinya turut terbak4r dalam kejadian itu.
Katanya, isterinya keluar sebentar membµang samp4h dan anak-anaknya berada di rumah kerana baru selesai mandi dan makan.
“Kejadian berlaku sekejap sangat, tak sampai 15 minit, tetapi saya tidak salahkan siapa-siapa, benda tidak jangka, dah ajalnya mereka begini, saya terima,” katanya yang sudah berkahwin lima tahun.
Ditanya keadaan isterinya, Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, Muhammad Fikri berkata, wanita itu masih belum mahu bercakap dengan orang ramai kerana traµma.
“Isteri belum nak cakap sangat dengan orang, dia tertekan. Dia paling rapat dengan anak-anak dan tak pernah berenggang, tiba-tiba hilang terus dua-dua anak,” katanya sebak.
Jenaz4h Muhammad Zafran, 3 dan Nurul Hawa Zafira, 2, dijangka dikebumikan di Tanah Perkubµran Islam Taman Istimewa di sini, selepas selesai proses bed4h siasat yanh dijalankan di Jabatan Perubatan F0rensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.
Sementara itu, Muhammad Fikri menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang datang menziarahi keluarganya termasuk Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang turut memberi kata-kata semangat dan sokongan kepadanya.
Pada masa sama, Kamarul Zaman berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca kejadian.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan siasatan awal mendapati kejadian tidak membabitkan elemen jenay4h.
Beliau turut mengingatkan orang ramai mengambil pengajaran dan memastikan keselamatan barangan elektrik terutamanya jika ada kanak-kanak di rumah.
“Saya ingin pesan pada ibu bapa yang tinggalkan anak-anak di rumah tanpa pemerhatian mana-mana orang, ambil tindakan yang wajar.
“Mungkin perkara ini berlaku kerana kecuaian, tetapi kita masih jalankan siasatan,” katanya.
Sumber Metr0
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.