“RM20 Juta Masih Tak Cukµp” – Malbatt Misi Bakara Catat Sejarah Filem Termahal Di Malaysia

Pengarah, Adrian Teh mendedahkan filem terbaru arahannya yang berjudul Malbatt Misi Bakara telah menelan belanja sebanyak RM20 juta sekali gus mencatatkan sejarah sebagai filem termahal negara setakat ini.

Menurut Adrian, meskipun bajetnya kedengaran agak besar, namun dia merasakan jumlah tersebut adalah wajar lebih-lebih lagi untuk menghasilkan filem bergenre seperti ini.

“Filem ini mendapat dana berjumlah RM20 juta. Terima kasih saya ucapkan buat Tan Sri Vincent Tan dan para pelabur lain. Namun, ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Kalau buat filem mahal tapi tidak mencapai tahap b0x office tak guna juga.

“Ia memang agak mencabar tapi pada pendapat saya, kalau nak menghasilkan filem sebegini, inilah bajetnya. Kalau anda tanya saya, RM20 juta itu masih tak cukµp.

“Kami kena menempah khas bagi peralatan tentera termasuk uniform. Pakaian sahaja dah mencecah ratusan ribu. Kami juga kena bina aset-aset tentera,” katanya.

Adrian berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Malbatt Misi Bakara yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Adrian turut mengakui dia agak tertekan lebih-lebih selepas mendengar ucapan daripada penerbit Berjaya Pictures, Tan Sri Vincent Tan yang berseloroh mengharapkan filem ini bakal mendapat pµlangan yang baik.

“Sudah tentu saya agak tertekan. Walaupun saya tahu niatnya hanya bergurau tapi dia ada hak untuk berbuat sedemikian dan pastikan filem ini mendapatkan untung.

“Buat masa sekarang, tiada apa yang boleh saya buat untuk meyakinkan dia kerana saya pun baru sahaja memula proses p0st-production. Saya harap proses post-production ini dapat berjalan dengan lancar.

“Harapnya bila filem ini siap tahun hadapan, dengan teknik pemasaran yang betul dan sokongan daripada pihak penerbit, saya percaya filem ini mampu mencapai jumlah kutipan b0x-office yang bagus,” ujarnya lagi.

Malbatt Misi Bakara mendapat sokongan penuh daripada pihak Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astr0 Shaw.

Selain Tan Sri Vincent Tan, antara yang turut sama hadir ke majlis ini termasuklah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain.

Filem ini mengangkat kisah benar tentang operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam peperangan saudara di S0malia.

Malbatt Misi Bakara menjalani penggambaran di tiga buah lokasi utama iaitu Turki, Johor dan Lembah Klang.

Kisah ini juga pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk D0wn.

Namun, kali ini para penonton berpeluang untuk mengetahui naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali siapakah wira yang sebenar.

Filem ini menghimpun pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen dan ramai lagi.

Sumber MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.