Pokok Cengal Terbesar Di Dunia Ada Di Terengganu, Berusia 1,300 Tahun & Sama Tinggi Dengan Bangunan 20 Tingkat

Hutan Hujan Tropika adalah hutan yang paling luas dan terpenting di Malaysia. Hutan tersebut meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara ini.

Kira-kira 46 peratus daripada keluasan hutan itu terdapat di negeri Sarawak, 31 peratus di Semenanjung Malaysia manakala 23 peratus lagi di Sabah.

Hutan hujan tropika Royal Belum adalah yang tertua di dunia, malah lebih tua dari hutan Amazon di negara Brazil.

Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Ia bukan sahaja tanah ladang yang berpotensi, tetapi lubuk simpanan balak yang boleh diekspl0itasi. Pada masa sama, berperanan sebagai sumber spesimen biologi baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna.

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12 peratus daripada jumlah kawasan dunia. Ia menjadi habitat semula jadi antara 50 hingga 90 peratus spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga.

Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mempunyai lebih 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat lebih 8,000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular dan pelbagai lagi bergantung pada hutan hujan tropika itu.

Lantaran kesuburannya, pokok di sana boleh mencapai ketinggian antra 30 sehingga 50 meter (m) atau lebih.

TAHUKAH ANDA POKOK CENGAL TERBESAR DI DUNIA ADA DI TERENGGANU!.

Pokok Cengal itu adalah spesis Neobalanocarpus Heimii. Ukuran lilit ialah 1,675 Sentimeter (CM) dan ketinggian 65 Meter (M) dan bersamaan bangunan 20 tingkat.

Poko yang berusia 1,300 tahun berkenaan terdapat di kompartmen 5, hutan simpan Pasir Raja, Dungun, Terengganu selepas ditemui oleh pegawai renjer Durian Mas II, Omar Mohamad pada tahun 1999.

Menurut laporan Majlis Perbandaran Dungun, pokok tersebut sangat besar kira-kira 13 pemeluk orang dewasa dan mempunyai garis pusat 5.32m dan memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayu jika ia diteb4ng.

Isi padu pokok cengal itu dianggarkan 220m dengan seberat 120 tan metrik. Boleh anda bayangkan betapa besarnya pokok ini?

Usianya yang 1,300 tahun dikira berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (Growth Ring) pada kadar 0.4 CM setahun.

Pokok yang terletak lebih kurang 200M dari sempadan taman negara dan 390M paras laut di kompartmen 5 hutan tersebut telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Record sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia pernah didokumentasi dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001.

Cengal adalah kayu ker4s yang menjadi pilihan dalam industri pembalakan dan pembuatan perabot di negara ini. Selain itu, cengal merupakan salah satu jenis kayu terker4s di dunia dan dikategorikan sebagai kayu balak, keras, padat, tahan lama, mahal dan berkualiti paling tinggi.

Kayu cengal biasanya tumbuh di dalam hutan hujan Tropika dan hutan hujan Khatulistiwa. Kayu cengal adalah antara kayu termahal dalam pasaran kayu-kayan dunia.

Selain pokok cengal terbesar di dunia yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, disini kami kongsikan 5 pokok ‘raks4sa’ yang tumbuh di dunia.

1- Pokok Redwood.

Rekod pokok tertinggi di dunia dipegang oleh pokok Redwood setinggi 115.61m di Redwood National Park California, Amerika Syarikat.

3- Centurion.

Ia adalah nama gelaran pokok ditemui di Tasmania, Australia setinggi 100.5m. Dilaporkan pokok terbabit terselamat dalam ins1den kebak4ran pada tahun 1934.

2- Meranti Kuning.

Pokok jenis meranti kuning ini tumbuh di Lembangan Maliau, Tawau, Sabah. Pokok meranti kuning gergasi setinggi 100.8 meter yang ditemui di Sabah baru-baru ini dikatakan pokok tropika pertama yang melepasi ketinggian 100 meter, kata National Geographic. Beratnya pula mencecah 81.5 tan atau lebih berat dari pesawat Boeing 737-800 yang penuh muatan. Ukur lilit pokok tropika berkenaan sekitar 40m.

4- Doerner Fir.

Pokok itu tumbuh di Oregon, AS pada ketinggian 99.7m.

5. Raven Tower.

Pokok tertinggi di dunia dengan ketinggian 96.7m. Ia adalah spesies Sitka Spruce tumbuh di Prairie Creek Redwoods Park, California, AS.

Sumber SinarPlus.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.