Perut Bµncit Disangkakan Masalah Cacing, Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Derita K4nser Hati

Hati Siti Famiza Bahari bagaikan dipukµl gelombang setiap kali melihat perut anaknya yang kerap menger4s pada bahagian sebelah kanan, ditambah berat badan putera bongsunya yang semakin menyusut.

Meskipun aktif bermain, namun kondisi Muhammad Faris Naufal Mohd Fairul Ridzuan, 2, membuatkan perasaan si ibu sentiasa gµndah-gulana.

Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, pada awalnya beliau menganggap keadaan perut Muhammad Faris Naufal yang manja dipanggil Adik membµncit disebabkan masalah cacing.

“Namun, naluri saya kuat mengatakan bahawa keadaan perut Adik bukan biasa-biasa.

“Walaupun dia makan berselera seperti biasa, tetapi beratnya tak normal. Dalam hati terdetik, kenapalah anak aku ini?,” soalnya yang kemudian merujuk masalah tersebut di sebuah klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan kepastian pada Mac lalu.

Saranan doktor supaya merujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah membuatkan ibu anak dua itu sudah berfikir bukan-bukan, lebih-lebih lagi pemeriksaan awal mendapati Adik berdepan masalah hati.

Ujar Siti Famiza dengan nada sebak, dirinya bagaikan hilang kata-kata akibat terlalu terkejµt selepas doktor pakar mengesahkan si anak menghidap k4nser hati.

“Saat itu, hanya Allah sahaja apa yang bermain di dalam benak saya. Terlalu sukar untuk saya menerima kenyataan sebaik sahaja doktor menerangkan keputusan imbasan CT (Computed Tom0graphy).

“Ketumbuhan pada bahagian hati memerlukan Adik menjalani rawatan kemoterapi terlebih dahulu sebelum pembed4han dapat dijalankan,” ceritanya yang menetap di rumah sewa di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah.

Pada awal prosedur kem0terapi, suaminya, Mohd Fairul Ridzuan Ramli, 34, pernah membantah kerana tidak sanggup melihat anak kesayangan mereka kesakitan disebabkan kesan rawatan tersebut.

“Namun atas nasihat doktor, suami reda kerana tidak mahu risiko lebih buruk berlaku seperti hati membengkak, saluran darah bertambah sempit, hempedu pecah dan kanser merebak ke organ-organ lain,” ungkapnya.

Demi mahu melihat Adik kembali ceria dan sihat, pasangan tersebut akur dengan keputusan doktor dan mula menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Besar Pulau Pinang sebanyak lapan kitaran bermula 1 April lalu.

Pun begitu, keadaan Adik yang semakin lemah, hilang selera makan dan tidak seaktif dahulu selepas menjalani kitaran keenam membuatkan Siti Famiza semakin kecewa.

“Berat Adik daripada 11 kilogram (kg) kini turun mendadak hingga 8kg. Tidak sanggup rasanya hati ini melihat anak yang masih kecil menanggung sakit.

“Namun, saya tidak mengalah dan menyerahkan semuanya kepada Allah supaya permudahkan urusan Adik.

“Setiap malam saya solat hajat dan tahajud untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT,” luahnya penuh sayµ.

TIDAK CUKUP WANG.

Tarikh 6 Julai lalu menjadi detik mendebarkan buat pasangan tersebut apabila pembed4han dijalankan seperti dijadualkan selepas rawatan kem0terapi berakhir.

“Saya percaya dengan kuasa doa, terdapat perubahan positif dan doktor pun terkejµt melihat sel k4nser Adik mengecil. Jika sebelum ini doktor perlu membuang separuh daripada hatinya, namun kali ini hanya satu perempat bahagian sahaja dibµang.

“Jadi, kami masih berulang-alik ke hospital untuk memastikan rawatan tersebut berjalan lancar. Saya sentiasa berdoa segalanya berjalan dengan baik,” ujar bekas pengasuh itu.

Saat bercerita mengenai kos yang ditanggung, suri hati kepada pekerja bengkel itu memberitahu, pendapatan suaminya tidak menentu. Kadangkala hanya ‘cukup-cukup makan’ sahaja.

“Selain menanggung kos sewa, sara hidup dan rawatan anak, suami juga seorang diri membanting tulang selepas saya tidak dapat lagi mengambil upah menjaga anak orang.

“Namun, kami sentiasa bersyukur apabila ada pihak yang sudi membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya yang memerlukan susu khas buat anak bongsunya itu.

Selain Adik, pasangan tersebut memiliki seorang lagi anak, Nur Fariza Najla berusia lima tahun.

Kepada anda yang prihatin dengan nasib keluarga tersebut dan bagi memastikan Adik dapat meneruskan kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak lain, bantuan daripada pelbagai bentuk amat dialu-alukan.

Sumber Kisah Masyarakat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini