Pertempµran Di Padang Kachong – Haji Abdul Rahman Limbong Tew4s, Dibµang Negeri & Meningg4l Di Mekah
Dalam tahun 1928, berlaku satu pertempuran yang sengit di antara kumpulan penent4ng-penent4ng pentadbiran Brit1sh di Terengganu dengan pasukan kerajaan.
Pasukan penent4ng ini terdiri daripada beberapa kumpulan yang dipimpin oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid. Beliau lebih dikenali sebagai Lebai Deraman, atau Haji Abdul Rahman Limbong atau Tok Janggut, dari Kampung Alur Limbat. Pemimpin-pemimpin lain dalam kumpulan tersebut ialah Mat Zain bin Mat Min dari Telemung dan Haji Zakaria.
Mereka yang seramai kira-kira seribu orang ini bergerak dari Kampung Pelam, Telemung menuju ke Kuala Terengganu. Masing-masing bersenj4takan ker1s, par4ng dan lemb1ng.
Pasukan kerajaan pula terdiri daripada Datuk Dalam, Datuk Pahlawan dan pasukan p0lis yang diketuai oleh Sub-Inspektor Tengku Abdullah. Mereka dipimpin oleh Datuk Seri Lela Di Raja Abdul Rahman bin Ishak.
Mengapa penent4ngan ini berlaku?
Ia tercetµs kerana penduduk-penduduk tempatan berasa mar4h dengan campµr tangan Briti1h dalam pentadbiran negeri Terengganu, dan memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang tidak mµnasabah serta membeb4nkan.
Antaranya, mewajibkan rakyat mempunyai surat izin untuk membuat huma, menebang pokok, membuka tanah, malah mengambil daun untuk membuat atap.
Di samping itu dikenakan juga cµkai hasil tanah dan pendapatan tanah serta menyekat rakyat daripada memburu haiwan liar. Peraturan-peraturan ini menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan beberapa orang pemimpin tempatan, terutama Penghulu, tuan tanah dan tokoh-tokoh agama.
Pengaruh mereka dalam penentangan tersebut cukup jelas. Ini dapat dilihat dalam banyak kejadian, antaranya pada bulan Mac 1928, di mana kedatangan pemungut-pemungut cµkai dijawab dengan keras oleh penduduk Kampung Tengkawang, dengan berkata “Kami tidak mahu membayar cµkai tanah kerana tanah-tanah kami ini dipunyai oleh Haji Abdul Rahman!”
Dalam kejadian yang lain pada 20 April 1928 di Kampung Penjing pula, tiga orang mata-mata Melayu yang hendak menyampaikan surat saman kepada penduduk kampung kerana menebang pokok-pokok kayu tanpa mendapat kebenaran, telah diser4ng oleh orang-orang kampung.
Bagi kumpulan penent4ng pentadbiran British ini, peraturan-peraturan tersebut adalah campur tangan yang sangat tidak mµnasabah kerana mereka sudah sekian lama melakukannya tanpa sebarang sekatan dan perlu membayar cukai. Apatah lagi usaha itu dilakukan di tanah pusaka, tanah terbiar, tiada pemilik serta hutan belantara.
Kata mereka, ini tanah orang Melayu Terengganu, apa hak Brit1sh datang dan campur tangan, kemudian mengutip cµkai? Penent4ngan-penent4ngan itu terus merebak hingga akhirnya pertempuran antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan lagi.
Dalam pertempuran di Padang Kachong itu, seramai 11 orang daripada pihak penent4ng telah terkorban dan ramai yang lain ceder4. Berita kem4tian dan kek4lahan di Padang Kachong ini telah menyebabkan kumpulan-kumpulan penent4ng yang lain berµndur dan bersµrai.
Berikutan daripada itu juga ramai daripada para pemimpinnya ditangkap dan ada yang menyerah diri. Mereka ialah Jusoh Hitam, Penghulu Umar, Mat Zain Telemung, Ismail Kuah Por, Abu Bakar Genting, Abdullah Jurukaka, Haji Zakaria, Engku Mat Kuala Puih, Haji Tahir Gunung, Mamat Tok Pitas, Che Leh bin Haji Abdul Rahman, Penghulu Saleh, Sayyid Alsagof serta Haji Abdul Rahman Limbong sendiri.
Pada 11 Jun 1928 berlangsunglah perbicaraan ke atas mereka di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Pemimpin-pemimpin gerakan penentangan itu telah dihukum penjara di antara lima hingga 15 tahun. Bagaimanapun Che Leh bin Haji Abdul Rahman dan Penghulu Saleh didapati tidak bersalah. Haji Abdul Rahman pula telah didapati sah menjadi penggerak utama penent4ngan di Ulu Terengganu itu.
Mereka yang didapati bersalah telah dipenj4rakan di Singapura tetapi dibebaskan dua tahun kemudian dengan ihsan baginda Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Haji Abdul Rahman tidak dipenj4rakan tetapi diperintah oleh baginda Sultan agar keluar dari negeri Terengganu dan hidup di Mekah. Bagi menampung kehidupannya di sana, kerajaan Terengganu memberikan wang sara hidup sebanyak 50 pound tiap-tiap bulan.
Namun hayat Haji Abdul Rahman Limbong tidak panjang. Beliau meningg4l dunia di Mekah kira-kira setahun setengah kemudian, iaitu pada November 1929.
Sejak tertang4ap dan terhµkumnya pemimpin-pemimpin penentangan itu tadi, pember0ntakan terhadap campµr tangan Brit1sh dalam pentadbiran negeri Terengganu juga dengan sendirinya berakhir.
LATAR BELAKANG
Haji Abdul Rahman Limbong lahir dalam tahun 1285 H/1868M di Terengganu. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.
Ketika pulang ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan daripada Haji Ya’qub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku Paloh. Haji Abdul Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku Paloh, ialah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.
SEORANG PEJU4NG.
Dalam tahun 1920-an, Ingger1s bercampµr tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Ingger1s.
Sungguhpun Haji Abdul Rahman Limbong seorang ahli sufi, akan tetapi beliau juga bijaksana dalam selok-belok persoalan dunia. Haji Abdul Rahman Limbong ialah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan lantaran betapa banyak kalinya beliau berhujah di mahkamah demi membela rakyat yang disam4n oleh pihak pemerintah Inggeris.
Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah meyatakan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu ialah hak Allah SWT, bukannya hak negeri dan ialah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.
DIBU4NG NEGERI.
Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai penderh4ka kepada kerajaan Terengganu.
Akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong ditangk4p dan dibµang negeri ke Singapura pada 23 Zulhijah 1346 H [13 Jun 1928] dan selanjutnya dibµang ke Mekah lalu tiba pada 29 Safar 1347 H [19 Ogos 1928]. Beliau meningg4l dunia di Mekah setahun setengah kemudian pada 14 Jamadilakhir 1348 H [16 November 1929 M] menurut kawat yang dikirim dari Jeddah pada 2 Syaaban 1348 H [3 Januari 1930].
Sumber Arkib Negara Malaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.