Penghµlu Segala Hari, Keistimewaan Hari Jumaat Yang Wajib Kita Ketahui

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat dan keutamaan yang disediakan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hambaNYA.

Pada hari Jumaat juga, terkumpul banyak fadilat seperti yang dinukilkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Di antaranya ialah daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kafarah (penghapµs d0sa) di antara keduanya selagi tidak melakukan d0sa besar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadis tersebut boleh menghapµskan d0sa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat d0sa kecil atau besar, maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya.

Sekiranya terdapat d0sa besar dan tidak terdapat d0sa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan.

Memetik artikel yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis yang bertajuk ‘Keistimewaan Jumaat’ ada berkongsi beberapa keistimewaan hari Jumaat yang umat Islam perlu tahu dan amalkan:

1. Penghulu segala hari.

Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan hari Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih banyak berbanding dengan hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ada menyebut:

“Jumaat dinamakan sebagai ‘Sayyidul ayyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir RA, Rasulullah ada berkata yang bermaksud: “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

“Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa iaitu diciptakannya Adam A.S dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ahmad).

2. Hari bagi kaum Muslimin.

Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya umat Muhammad dalam masjid untuk mengikuti solat Jumaat dan sebelumnya mendengar dua khutbah Jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah, ayat 9)

3. Hari mustajab untuk berdoa.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada ALLAH sesuatu kebaikan, melainkan ALLAH memakbulkan doanya atau ia meminta ALLAH melindunginya daripada sesuatu kejahatan.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:

a) Imam duduk di atas mimbar sehingga selesainya solat Jumaat.

b) Pada akhir waktu Asar.

Ibnu Qayyim al-Jauzi mengatakan bahawa di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.

4. Hari meraih pahala.

Orang yang hadir dan menunaikan kewajipannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.

Aus bin Aus berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan)

5. Meningg4l pada hari Jumaat sebagai tanda ‘Husnul khatimah’.

Meningg4l dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘husnul khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitn4h (az4b) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah bersabda: “Setiap Muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitn4h kubµr.” (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

6. Hari berlakunya Kiam4t

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘kiam4t’ iaitu hari pembalasan. Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga kiam4t akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat. Hari yang disaksikan ialah hari Arafah, dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Sabda Rasulullah juga: “Pada hari itu kiam4t akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi ALLAH melainkan ia takut pada hari Jumaat, tetapi tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).

Kesimpulannya, hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan, dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain.

Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini terutamanya pada hari-hari yang agung seperti hari Jumaat ini agar kita tidak mensia-siakan kebesaran hari tersebut.

Akhirnya, semoga Allah menjadikan kita hamba-hamba-NYA yang ikhlas dalam beribadah kepadaNYA serta memberi kita kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan amal soleh.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.