Pemuda kurus bercermin mata itu tersenyum. Mukanya agak cengkµng dan pµcat – Tu Bukan Adam, Benda Tu Memang Selalu Kacaµ

“Hello Encik Mizan, awak kat mana ya? Saya dah on the way pegi jumpa encik ni.” Razif menekan butang loudspeaker memandangkan dia tengah memandu.

“Alamak, saya mintak maap banyak-banyak, saya lupa nak inform awak lah. Hari ni saya takde, saya kena pergi Sebana Cove. Ada meeting kat sana.”

Suara Encik Hamizan kedengaran dari corong speaker.

“Ooh. Okay, so surat ni macam mana ya?”

“Okey takpe, surat tu awak pegi ofis saya, bagi kat Cik Aina di Finance Department.”

“Okey, thanks.”

Sesaat lepas meletakkan telefon, baru Razif terfikir yang ini kali pertama dia pergi ke pejabat Encik Hamizan.

“Kat mana pulak Finance Department tu, aduh. Ah, nanti tanya je lah sesiapa kat situ.”

Sejurus keretanya melintasi pagar keselamatan di perkarangan B***** Golf and Country Club Razif terus mencari parking. Lepas itu laju dia menuju ke meja penyambut tetamu.

Jam sudah melewati pukul 4 petang, Razif kena cepat hantar surat penting itu sebelum habis waktu pejabat.

“Assalamualaikum, bang tumpang tanya. Finance Department kat belah mana, ya? Nak jumpa Cik Aina.”

“Oooh, kalau Finance Department bukan kat sini. Tu kat depan tu. Kat bangunan sana tu. Kalau awak masuk mula-mula kat pondok sekuriti tu tadi kan? Lepas tu belok kiri.”

“Ooh. Ingat kat sini. Okay, terima kasih.”

Razif menggaru keningnya yang tak g4tal.

Dia berlari-lari anak pergi ke kereta. Masa dah semakin suntuk. Berdɛcit tayar keretanya sewaktu mengambil selekoh menuju ke bangunan tersebut. Keretanya betul-betul berhenti di hadapan pintu utama. Malas dia nak cari parking sebab dah lambat.

Bangunan itu nampak sµram walau catnya diwarnakan dengan tona yang terang. Mungkin sebab kurangnya cahaya matahari yang dilindungi pohon kayu ara besar terletak bersebelahannya.

Razif melangkah masuk apabila pintu sensor automatik terbuka. Agak pelik juga dia bila melihat hanya terdapat satu meja dan kerusi berserta sebuah komputer lama yang terletak betul-betul di tengah lobi bangunan tersebut.

Razif segera menuju ke meja itu dan menekan loceng panggilan.

Ting… ting..

Senyap.

Dia menekan lagi loceng sambil memberi salam.

“Assalamualaikum, ada sesiapa kat sini?

Hello?”

Hampir seminit senyap dan masih tiada tanda-tanda ada orang di kawasan berkenaan.

Razif meninjau ke sebelah kiri lobi. Hanya terdapat rak-rak yang mungkin menyimpan fail-fail lama. Di sebelah kanan pula terdapat beberapa kepingan kayu plywood yang sudah berhabuk disusun rapat-rapat seolah-olah cuba menutupi pintu tangga untuk naik ke tingkat atas.

Sedang dia meninjau-ninjau…

” Ye bang, nak carik sapa ek?”

Hampir lvruh jantung Razif bila disapa dengan suara lelaki. Mana tidaknya, sebab dia dari tadi khusyuk memerhati sekeliling lobi sampai tak sedar pekerja reception itu dah sampai.

” Ooh… sorry-sorry, ingat takde orang tadi. Saya cari Cik Aina, Bahagian Kewangan. Nak bagi surat Encik Hamizan kat dia.”

Pemuda kurus bercermin mata itu tersenyum.

Mukanya agak cɛngkung dan puc4t.

” Ooh, Cik Aina… dia pergi solat tadi. Kalau encik dah lambat, bagi aje kat saya. Nanti saya bagi dia.”

“Macam tau-tau je aku nak rushing brader ni. Tapi ok jugak tu.”

Razif bermonolog sendiri dalam hati.

“Eh, boleh ke? Saya tak susah kan awak?”

“Tak lah, encik. Dah memang tugas saya.”

” Okeylah kalau gitu. Terima kasih. Err…nama siapa ya?”

“Saya Adam. Jangan risau, semua orang kenal saya. Lama dah saya kat sini. Makan, minum, tidur pun kat sini.”

Berkɛrut juga dahi Razif nak memahamkan istilah ‘Makan, minum dan tidur kat sini’, padahal brader tu bukan sekuriti pun. Belum sempat dia berfikir bukan-bukan, handphonenya berbunyi. Tertera nama Encik Hamizan.

“Waalaikumussalam, Encik Mizan,”

Panggilan disambut.

“Awak kat mana ya? Dekat satu jam Cik Aina tunggu awak kat atas tadi. Saya call awak banyak kali. Yang ni baru dapat. Nak bagitau ni, Cik Aina dah balik dah. Dah dekat pukul 6 dah ni Encik Razif. Takpelah, surat tu bagi kat saya je esok ya.”

“Eh, ya ke? Alamak, mintak maaf lah. Saya kat lobi bawah ni. Surat tu saya dah bagi kat Encik Adam. Dia cakap tadi Cik Aina solat, surat tu dia boleh bagi kat Cik Aina dia cakap.”

Hampir tak percaya Razif bila melihat jam tangannya menunjukkan pukul 5.50 petang.

“Hah? Awak bagi kat siapa?”

“Encik Adam… yang kat meja receptionist tu.”

Tiba-tiba talian terputus.

Selang 5 saat, Razif mendapat wasap dari Encik Hamizan.

Hamizan : Awak kat situ lagi ke?

Razif : Ye… Kenape Encik Mizan?

Hamizan : Awak keluar dulu lah.

Razif : Nak keluar, tapi pintu sens0r tak bukak pulak.

Hamizan : Allahuakhbar… dia buat lagi.

Razif : Tak faham lah encik.

Hamizan : Zif…awak pergi sebelah kiri tu. Ada pintu keluar. Bacalah ayat kursi sekali. Tu bukan Adam. Bɛnda tu memang selalu k4cau.

Fuuhh. Jantungnya berdegup kɛncang.

Razif faham maksud Encik Hamizan.

Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke pintu.

Razif tak berani menoleh ke arah meja Adam.

Dan lututnya mula lɛmah bila dengar suara Adam yang bergema panjang…

“Kenapa encik? Dah tau ke tuuuuuuuu…”

Pandangan Razif terus gɛlap.

#Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber FB sick.ntired.353.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini