‘On’ Aircond & Kipas Serentak – Rumah Tak Sejµk, Bil Melambµng & Ini Sebabnya

Cuaca yang membahang akhir-akhir ini membuatkan ramai diantara kita merɛngsa kepanasan.

Lebih-lebih lagi negara pada masa ini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September 2022.

Baru-baru ini Jabatan Meterologi Malaysia memaklumkan angin bertiup dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan. Ia menjadi penyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak daripada bilangan hari hujan.

Kipas dan pendingin hawa (aircond) adalah dua alat yang menjadi kemestian buat masa kini. Kadang-kadang rasa hendak pasang kedua-duanya sekali gus supaya tubuh yang pan4s lekas sejuk!

Tahukah anda memasang kedua-duanya serentak bukan sahaja menyebabkan bil elektrik melambung, malah membuatkan aircond juga perlu di selɛnggara dengan lebih kerap.

Menurut perkongsian seorang juruteknik, Muhammad Noramin Mat, tabiat memasang kipas dan aircond dalam masa yang sama adalah sesuatu yang merugikan.

“Tahu tak, bila kita ‘on’ kedua-dua alat ini dalam masa yang sama, suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul.

“Filter aircond pun cepat tersumb4t. Jadi, kita kena kerap cuci filter aircond. Kalau tidak cuci, macam mana nak rasa dingin aircond tu kan? Kita akan hanya rasa rasa angin daripada dingin.

“Kalau begitu rugilah pasang aircond kalau rasa dingin tak ‘best’ kan?” titipnya.

Menerusi gambar rajah yang dikongsikan Muhammad Noramin, ketika aircond dipasang dan kipas tidak dihidupkan, kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.

Sebaliknya apabila kedua-duanya dihidupkan sekaligus, suhu menjadi caca marba.

“Apabila kedua-duanya on, aircond ‘pening’ dengan suhu ruang bilik. Kitaran haba panas dan dingin bercampur. Ini boleh penyebab bil elektrik anda tinggi” tambahnya

Diharapkan bagi yang memiliki dua peralatan ini boleh menghidupkan salah satu daripadanya sahaja. Benar yang kita ingin cepat hilang panas, tetapi rugi pula kerana tidak memberi kesan.

TIPS JIMAT TENAGA ELEKTRIK DARIPADA TNB.

Urus penggunaan peralatan elektrik dan elak pembaziran tenaga. Penggunaan elektrik mungkin meningkat sepanjang cuaca panas di Semenanjung ketika ini.

Sebagai pengguna, anda mempunyai pilihan untuk memantau dan mengurus penggunaan peralatan elektrik bagi mengelak pembaziran tenaga.

Berikut tip bagi mengelak pembaziran tenaga:

1. M4tikan suis dan tanggal plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

– Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) dan modem yang tidak dim4tikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.

2. Ketika menggunakan pendingin hawa.

– Tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik.

– Termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24’-26’C) bagi penggunaan elektrik yang cekap.

– Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.

Semoga bermanfaat!.

Sumber Muhammad Noramin Mat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.