Nurse Cuci Uri Dengar Bunyi ‘mengµnyah’, Ini Kisah Sɛram Wad Bersalin Yang Dikongsi Oleh Beliau
Nurse atau juga dikenali dengan nama jururawat adalah petugas kesihatan yang banyak membantu proses kelahiran termasuk menguruskan uri. Namun begitu, mereka juga tidak dapat lari daripada melalui pengalaman ser4m di wad bersalin.
Dalam menjalankan tugas memastikan kesihatan pes4kit, mereka yang bertugas di sektor kesihatan tidak dapat lari daripada melalui kejadian mist1k.
Perkongsian seorang jururawat yang diceritakan oleh seorang pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan ini menarik perhatian ramai hingga menerima hampir 500 perkongsian dan 8,000 tanda suka.
Menurutnya, sepanjang bertugas di dewan bersalin yang sentiasa penuh. Walaupun padat, dia hairan terdapat sebuah bilik kosong yang tidak diguna dan dianggap ‘ker4s’ oleh para petugas. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku, ia cukup menyebabkan rasa ser4m.
“Ada yang kata bilik itu ‘ker4s’, ibu bersalin pernah kena sampµk, ada yang kata ‘penµnggu’ tapak tanah asal bangunan selalu ada disitu. Malah ada yang mengatakan saka pernah dibµang di situ,” titipnya.
Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan, dia terus menjalankan tugas. Tambahan pula kelahiran pada malam itu bertali arus.
Bagaimanapun ketika sedang menjalankan tugas, aura ser4m menyebabkan dia bulu roma menegak.
“Saya rasa macam diperhatikan, ada mata memerhati setiap gerak-geri. Saya cuba fokus dan tidak pandang ke arah bilik itu. Settle kerja cepat-cepat saya beredar,” ceritanya.
Bagaimana dia sempat bertanyakan kisah ser4m yang pernah dialami jururawat senior yang bertugas. Menurutnya, terdapat satu kisah menyer4mkan yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar jururawat.
Kejadian itu berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu.
Menurut jururawat terbabit semasa bertugas pada syif malam ketika dia sedang menguruskan uri ibu bersalin.
“Malam itu selepas selesai sambut bayi, uri dan semua peralatan yang digunakan diletakkan di atas troli,” ceritanya.
Troli berkenaan kemudian ditol4k masuk ke bilik kot0r di mana uri perlu dicuci sebelum diserahkan kepada ibu.
Selesai dibasuh, uri perlu dibungkus dan diletakkan di atas troli yang berada di belakang. Namun ketika sedang fokus menguruskan uri, jururawat berkenaan mendengar sesuatu yang menyer4mkan.
“Sedang asyik membasuh peralatan lain kedengaran bunyi seperti orang mengµnyah. Bunyi sesuatu digigit, bibir atas dan bibir bawah berl4ga. Kedengaran sesekali gigi berl4ga, seperti orang mengµnyah sesuatu” Katanya.
Bagaimanapun jururawat berkenaan mengabaikan bunyi tersebut dan meneruskan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Kedengaran seseorang menapak masuk ke bilik berkenaan iaitu Ketua Jururawat atau dikenali sebagai Sister.
“Letak balik! Aku cakap letak balik!” kata Sister.
Jururawat berkenaan terkejµt dan meletakkan kembali peralatan yang sudah dipegang diletakkan ke dalam sinki.
“Bukan awak, tapi dia!” ceritanya yang ketika itu sudah cµak dan seriaµ. Suasana menyer4mkan menyebabkan bulu roma meremang. Rupanya Ketua Jururawat tidak bercakap dengan jururawat terbabit tetapi dengan entiti yang dipercayai telah ‘memakan’ uri berkenaan.
Sister kemudian diceritakan menuju ke arah bawah sinki dan mengµtip sesuatu. Ia rupanya bungkusan uri yang baru sahaja selesai diuruskan.
“Esoknya akak terus demam. Itulah pengalaman akak doktor,” ceritanya.
Seram mendengar pengalaman jururawat ini. Tahukah anda, bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupµskan oleh pihak hospital.
Namun di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa semasa proses discaj dari wad bersalin.
5 FAKTA TENTANG URI.
1- Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia turut memberikan sokongan kepada bayi sepanjang kehamilan berlaku.
2- Membekalkan bayi oksigen dan nutrien.
3- Mengeluarkan sisa berb4haya dan karbon dioksida daripada bayi.
4- Menghasilkan hormon yang membantu bayi membesar.
5- Menyalurkan imuniti daripada ibu dan melindungi bayi.
Sumber Dr Ahmad Samhan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.