“Meskipun Sudah Tɛrlalu Lama Menetap Di Bumi Perancis Dari Sudut Hati, Saya Masih Melayu” – Datuk Shake
Legenda sepanjang zaman. Itu ungkapan yang dapat saya gambarkan tentang figura yang saya tampilkan dalam ruangan ini, kali ini. Jangan sesekali kita tidakkan jasa dan peng0rbanan anak seni ini. Ia terlalu besar.
Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres atau lebih terkenal sebagai Datuk Shake ialah insan yang cukup istimewa.
Lagu-lagu dendangan beliau, dari dahulu sampai sekarang kekal menjadi siulan segenap generasi. Malar segar.
Kehadiran beliau dalam industri berimpak tinggi. Karya seni seorang Datuk Shake berkualiti. Beliau dianugerahkan bakat tersendiri.
Datuk Shake setakat ini telah mengeluarkan 10 album termasuk Kau Bungaku pada 1983, Bicara Tentang Cinta (1984), Cinta Dan Hidup (1984) dan Chameleon (2012).
Namanya melonjak dengan beberapa lagu ‘berh4ntu’ seperti Umi, Anugerah Dari Kegagalan, Pulanglah, Lina dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, Datuk Shake juga membuktikan dia mampu membawa lagu berbahasa Perancis antaranya Tu Sais je t’aime dan Avec elle.
Semestinya, figura ini masih dirindui. Meskipun sudah terlalu lama menetap di bumi Perancis, hatinya tidak jauh meninggalkan tanah kelahiran sendiri.
Peminat masih berharap beliau pulang. Sekurang-kurangnya, sekali-sekalapun tidak mengapa. Keinginan melihat Sheikh Abdullah menghiburkan di depan mata, menebal.
Bercerita tentang kehidupan dalam era pandemik, beliau mengakui turut terkesan. Katanya, gaya hidup sekarang telah berubah. Hanya yang mampu menyesuaikan dan melindungi diri.
“Saya ada cucu, anak-anak dan kenalan di sini. Banyak benda yang perlu dibuat. Tetapi, pasal pandɛmik ini, kami tak boleh keluar sangat. Duduk di rumah. Nampak gaya, kena ikut peraturan.
“Industri di sini (Perancis) sama seperti satu dunia. Sedikit tergendala. Orang tak berani keluar. Tak selesa. Kena pakai pelitup separuh muka lagi. Tengok konsert kalau boleh kita nak nyanyi, terjerit-jerit.
“Bila sudah ada vaks1n, kita jadi lebih yakin. Pada pendapat saya, vaks1n menyelamatkan nyawa. Ramai yang ambil (vaks1n), semua okey apa. Cuma, sejak 2019 hingga sekarang, banyak yang tiada pekerjaan,” ceritanya.
Tentu sekali ramai tertanya-tanya. Bagaimana Datuk Shake menyesuaikan diri di kala pandɛmik ini. Dan bagaimana pula kerjaya seorang anak seni sepertinya yang merantau jauh membina kehidupan di bumi asing.
DATUK SHAKE BERSAMA ISTERI DATIN MILENA.
Sukar untuk menyangkal kejayaan yang telah dicapai oleh Datuk Shake. Penyanyi yang popular menerusi lagu Lina dan You Know I Love You ini mula menempa nama di Perancis sejak tahun 70-an lagi.
Sejak itu, anak kelahiran Johor ini tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan semangat yang gigih, beliau terus melebarkan sayap seninya di negara-negara Eropah.
Sungguhpun sibuk dengan jadual karier seninya, Datuk Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdulla Sheikh Ahmad tetap tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.
Hasil perkahwinannya dengan wanita Perancis, keturunan Czechoslovakia, Datin Milena Shake Abdullah, Datuk Shake dikurniakan empat cahayamata iaitu Amiir, Amaro, Natacha dan Mina.
Datuk Shake bukan setakat berjuang dengan kariernya sebagai penyanyi tetapi pada masa yang sama turut mengambil berat soal pendidikan anak-anaknya.
Sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa, adakah Datuk menghadapi masalah membahagikan masa untuk keluarga?.
Datuk Shake: Saya tidak menghadapi banyak masalah untuk membahagikan masa kerana aktiviti saya diuruskan oleh isteri saya, Milena. Di samping itu, saya juga ada beberapa orang pembantu. Jadual waktu kerja saya termasuk promosi, rakaman album dan persembahan saya sudah diatur serta dirancang.
Bagaimana Datuk membesarkan anak-anak sewaktu di perantauan?.
Datuk Shake: Sewaktu di Perancis, saya tidak menghadapi masalah. Namun, sewaktu saya dan keluarga baru berhijrah dari Paris ke LA (Los Angeles) pada tahun 1989, anak-anak saya menghadapi sedikit masalah. Ketika itu anak kembar saya Amir dan Amaro baru berusia lapan tahun. Pada mulanya, mereka sukar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana sebelum itu mereka hanya bertutur dalam bahasa Perancis.
Bagaimana Datuk memberi pendidikan agama kepada isteri dan anak-anak?.
Datuk Shake: Saya mengajar sendiri isteri dan anak-anak saya mengaji semasa berada di rumah. Saya terangkan juga tentang ajaran Islam supaya mereka tahu tentang latar belakang keluarga kami. Alhamdulillah anak-anak saya boleh menerima apa yang telah saya ajarkan kepada mereka.
Nyatakan satu pengalaman pahit dan manis Datuk sepanjang bergelar penyanyi?.
Datuk Shake: Pengalaman manis saya ialah ketika lagu You Know I Love You nyanyian saya pertama kali disiarkan oleh sebuah stesen radio di Perancis pada tahun 1976. Ketika itu saya sedang berada dalam teksi.
Pada mulanya pemandu teksi itu tidak percaya, tetapi selepas saya menyanyikan semula lagu itu baru dia percaya. Pengalaman pahit saya pula ialah ketika ibu saya, Sharifah Zaleha Mohamad meninggal dunia pada tahun 1986. Ketika itu saya sedang mengadakan persembahan anjuran RTM di Kuching, Sarawak.
Saya marah kerana hanya diberitahu tentang berita itu selepas saya habis menyanyi. Malah, ayah saya, Sheikh Ahmad meningg4l dunia pada tahun 1979 juga ketika saya sedang mengadakan persembahan. Ketika itu saya sedang muncul di sebuah stesen TV di Paris (Perancis).
Album manakah yang paling meninggalkan kesan di hati Datuk?.
Datuk Shake: Album berjudul Sebelum Kau (1994) adalah album yang saya tidak boleh lupakan. Bunga Sar4jevo adalah lagu yang paling popular daripada album tersebut.
Album itu dihasilkan selepas saya balik dari LA. Johari Teh adalah antara orang yang bertanggungjawab dalam penerbitan album itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini saya tidak pernah mendapat sebarang royalti pun daripada penjualan album itu.
LATAR BELAKANG DATUK SHAKE.
Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres atau lebih dikenali sebagai Datuk Shake (dilahirkan pada tahun 1950) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Perancis.
Berketurunan Hadrami (Hadramaut, Yaman), beliau berasal dari Johor namun kini tinggal di Beverly Hills, California dengan isterinya Datin Milena dan mereka memiliki empat anak. Beliau datang daripada keluarga besar empat lelaki dan lima perempuan, di mana beliau merupakan yang ketiga.
Abang beliau, Sheikh Abu Bakar merupakan pemilik SBBS Music Centre iaitu kedai muzik terawal di Johor Bahru. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Dato’ Sri Azalina binti Othman Said.
Sumber Utusan Malaysia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.