Merɛmang! Lalu Tepi Padang. Rupanya Ada ‘benda’ Bertenggek Atas Pokok Besar
Berpeluang pindah ke rumah sewa baharu di pangsapuri lima tingkat di Bayan Lepas, Pulau Pinang memang menyeronokkan.
Manakan tidak, lokasinya pula terletak dekat kawasan bukit yang menghijau dan cantik.
Kata Azura, tuan rumah pun dah ubah suai kediaman menjadikan ia lebih selesa dan kelihatan luas. Masuk rumah dah boleh nampak balkoni.
Semuanya okay, cuma masalah di sini hanyalah isu tempat parkir kerana sangat terhad.
“Siapa cepat, dia dapat. Selalunya tak dapat parking la, terpaksa parking dekat tepi-tepi jalan je jawabnya,” kata Azura berkongsi cerita.
Pada satu hari sekitar pukul 8 malam, dia tiba di kawasan perumahannya dan berlegar-legar mencari petak parkir.
Mal4ngnya tak ada pula, nak tak nak kena letak kereta di tepi jalan.
“Dapat parking kat lorong tepi padang. Lorong tu cerah juga dengan bantuan lampu jalan. Daripada tempat saya park kereta nak ke rumah, saya perlu lalu tepi padang.
“Kat padang tu ada sebatang pokok yang besar dan rimbun. Tak tahu la pokok apa. Saspens juga nak lintas pokok tu. Macam-macam terfikir kat kepala.
“Saya huznuzon. Baru pukul 8 malam kot, tak ada apa-apa. Saya jalan cepat-cepat. Mata tepat tengok rumah je, tak tengok kiri kanan dah,” katanya.
Tiba-tiba rasa merem4ng sebaik melintas di hadapan pokok yang besar itu, terasa seperti ada mata yang memerhati.
RAMBUT PANJANG CECAH LANTAI.
Tanpa berfikir panjang, Azura mempercepatkan langkah dan terus berjalan sambil tunduk dengan harapan tidak melihat apa-apa yang aneh.
“Tolong la jangan nampak apa-apa. Jarak kereta nak sampai pintu masuk pondok pengawal tu tak jauh sangat pun. Kalau jalan cepat kejap je dah sampai.
“Peliknya, saya masih kat situ. Masih dekat pokok tu. Saya p4nik!” ujar Azura.
Ketika itu juga dia melihat satu makhluk yang bertenggek di atas dahan pokok tu. Rambµtnya panjang mencecah tanah, manakala tangan dan kaki pula terjµlur panjang.
Makhluk itu mencangkung sambil memandang dengan matanya bersinar macam mata anj1ng.
“Apa lagi, saya buka langkah seribu. Tapi saya masih lagi kat situ! Macam mana saya lari pun masih kat pokok tu. Saya dah nangis macam orang gila dah. Lari-lari tapi masih kat tempat sama dan makhluk bermata anj1ng tu masih memandang,” tambahnya.
Tiba-tiba dia terdengar suara suaminya yang entah dari mana muncul di hadapannya: “Allahuakbar!”
Makhluk yang dilihatnya dekat pokok yang besar itu terus hil4ng.
“Sayang, awak jalan depan. Tak ada apa, saya kat belakang awak,” kata-kata suami membuatkanya terpinga-pinga sambil terus berjalan balik ke rumah.
JARI PANJANG MENCENGK4M LEHER.
Kejadian yang berlaku sebentar tadi terus mencetµskan tanda tanya tentang apakah yang berlaku sebenarnya?
“Saya cakap kat suami, saya lari sebab nampak hantµ kat pokok tepi padang tu. Suami pula cakap, dia nampak saya keluar kereta tapi saya berdiri je kat pokok tu.
“Dia cakap dekat lima minit juga saya berdiri kaku kat situ. Masa tu dia dah rasa pel1k dan sebab itu dia keluar pergi jemput saya kat kereta,” kata Azura.
Tidak terhenti sekadar itu, pada malam yang sama dia mahkluk bermata anj1ng yang mengejar untuk mencek1knya tadi muncul dalam mimpi.
Dalam mimpi itu, makhluk tersebut berjaya mencek1knya dengan jari-jari panjang mencengk4m lehernya sampai lµka.
“Astaghfirullahalazim. Mimpi tu macam betul je. Bangun pagi tu, leher dan bahu saya s4kit. Leher teleng, tak boleh nak pusing. Orang tua kata silap tidur.
“Badan pun mula rasa tak sedap. Saya ajak suami pergi klinik dan doktor kata muscle cr4mp je,” kata Azura.
Malam itu, rasa s4kit masih tidak berkurangan walaupun mengambil ubat-ubatan daripada klinik.
Berkongsi tentang mimpinya dicekik hantµ, suami mula membaca doa dan berzikir termasuk menyediakan air penawar selepas solat Isyak.
“Dia syak ada benda yang dok bertenggek atas bahu saya dan cek1k leher saya. Gulp! Takµt la pula.
“Selepas kejadian tu semua okay. Dah tak s4kit lagi. Kadang-kadang tu aku terpaksa juga parking kereta dekat lorong tepi padang tu. Masih lagi lalu dekat pokok tu.
“Tapi dah tak jumpa apa dah, Alhamdulillah. Nasib baik suami selalu ada. Suami ni ada kebolehan berubat sikit-sikit, cuma dia tak praktikkan.
“Dia belajar dengan arw4h Abah dulu, untuk dia jaga keluarga dia. Nak berubat orang tu dia belum sedia lagi,” kata Azura.
Sumber Faceb00k KCHM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.