Mengayuh basikal kira-kira lima kilometer setiap hari menghantar nasi dan lauk-pauk – Kisah Pilµ Allahyárhamah Mak Cik Saadiah Yang Jarang Diketahui Umum

Bezanya, jika dulu wanita berusia 84 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Mak Cik Saadiah menghantar makanan dengan mengayuh basikal ke IPD setiap hari, kini dia hanya mampu berbuat demikian sebulan sekali bagi menunaikan hajat dan rutin yang dilakukannya selama 37 tahun sebelum ini.

Selain itu, makanan dihantar bukan lagi nasi dan lauk pauk, sebaliknya makanan ringan seperti gula-gula serta tidak lagi mengayuh basikal sebaliknya membonceng motosikal yang ditunggang anaknya.

Sebelum ini, Saadiah dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, di sini mengayuh basikal kira-kira lima kilometer setiap hari menghantar nasi dan lauk-pauk kepada suaminya, Alias Nik Daud, yang bertugas di IPD itu.

Suaminya terkɛrban dalam tragɛdi sɛrang hɛndap oleh komun1s ketika bertugas pada 28 Ogos 1975, namun Saadiah meneruskan amalan berkenaan demi kasih sayang dan kesetiaan kepada Allahyarham suaminya dan supaya rakan suaminya dan anggota balai itu dapat menjamah masakannya.

Saadiah berhenti melakukan rutin itu selepas terj4tuh basikal pada akhir tahun 2012 dan anaknya yang tinggal bersama pula membuka tayar basikal supaya ibunya tidak mengayuh basikal lagi kerana dikhuatiri berb4haya.

Selepas itu, tabiat gemar menghantar bekalan dilakukan untuk anak dan cucunya di Kampung Pulau Belayar sejauh hampir dua kilometer dari rumahnya dengan hanya berjalan setiap hari sejak dua tahun lalu.

Saadiah berkata, dia kembali menghantar makanan ringan ke IPD Gerik sejak Mei lalu.

“Sekarang mak cik hanya dapat pergi ke balai polis (IPD Gerik) hanya sekali sebulan. Rasa terlepas juga rindu mak cik nak tengok balai polis dan anggota polis kita yang setia berkhidmat untuk orang ramai dan negara.

“Kini, mak cik hanya bawa makanan ringan terutama gula-gula setiap kali pergi ke situ… dah tak masak lauk-pauk dan bawa nasi macam dulu lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Saadiah pergi ke IPD itu dengan membonceng motosikal anaknya, Wan Jelani Alias yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Dia yang tinggal bersama seorang lagi anaknya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kabur penglihatan, Wan Samsul Alias berkata dirinya masih teringin membawa bekalan makanan itu setiap hari seperti dulu kerana masih boleh mengayuh basikal walaupun usia lanjut.

Beliau juga kini berjalan setiap hari hampir empat kilometer pergi dan balik ke rumah anak sulungnya dengan suami pertama, Zulkifli Awang yang tinggal di Kampung Pulau Belayar bersebelahan kampungnya untuk melihat cucu dan cicitnya sambil membawa makanan ringan untuk mereka.

Kisah Saadiah menghantar bekalan makanan nasi dan lauk-pauk ke IPD Gerik sejauh lima kilometer selama 37 tahun dengan hanya mengayuh basikal menjadi perhatian.

Ketika itu, Saadiah berhasrat memiliki rumah selesa bagi menggantikan rumah didudukinya yang hampir r0boh dan hasratnya tercapai apabila ada pihak membina rumah baharu berhampiran tapak rumah lamanya dan mula diduduki sejak awal Ramadan pada Julai tahun yang sama.

MAK CIK SAADIAH SUDAH TIADA.

Saadiah Abdullah, balu anggota polis yang menyentuh hati orang ramai melalui rutin harian menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik selama 37 tahun meninggal dunia di sini pada Sabtu.

Allahyarhamah Saadiah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di Hospital Gerik sekitar jam 12.40 tengah hari selepas beberapa hari dimasukkan ke wad akibat sakit tua.

Anak bongsunya, Wan Jelani Alias berkata, keadaan kesihatan ibunya yang lebih dekat dengan panggilan Mak Cik Saadiah itu mula merosot sejak bulan lalu selepas terj4tuh di bilik mandi yang mengakibatkan str0k sebelah badan.

“Keadaan kesihatan emak memang tak berapa baik dalam beberapa minggu dan sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

“Kali pertama dan kedua, keadaan emak selepas keluar hospital baik-baik sahaja, makan juga masih berselera. Cuma dalam tiga hari lepas, keadaan emak semakin uzur.

“Kami bawa semula ke hospital dan emak terpaksa menggunakan bantuan oksigen kerana keadaannya yang semakin tenat,” katanya.

Wan Jelani berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemɛrgian Allahyarhamah dan turut merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan orang ramai yang turut bersedih dengan pemɛrgian ibunya itu.

Menurutnya, ibunya itu adalah seorang perwira dan pɛjuang sama seperti Allahyarham bapa, Alias Nik Daud yang terk0rban dalam sɛrangan hɛndap komun1s ketika bertugas pada tahun 1975.

“Sepanjang hayatnya, emak tak pernah lupakan peng0rbanan dan sejarah arw4h bapa. Dia adalah perwira sebenar di hati kami,” katanya.

Jɛnazah Saadiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik.

Kisah Mak Cik Saadiah kembali tular tahun 2021 selepas menjadi inspirasi sebuah iklan raya Saji sempena Aidilfitri 2021.

Rutin beliau mengayuh basikal dari rumahnya di Kampung Padang, Kuala Kenderong ke IPD Gerik sejauh lima kilometer setiap hari bagi menghantar makanan kepada petugas di situ walaupun suaminya telah meningg4l dunia.

Saadiah melakukan perkara sama setiap hari selama 37 tahun sebagai tanda ingatan kepada arw4h suaminya yang pernah bertugas di IPD berkenaan.

Pada tahun 2012, Saadiah berhenti melakukan rutin menghantar makanan selepas insidɛn terjatuh basikal.

Sumber Sinar Harian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.