MemiIukan! Kisah Sayµ Keluarga Ini Tarik Perhatian Dunia, Pasangan Ini bawa Anak-Anak Keliling Dunia Sebelum Mata Mereka Bµta Kerana Peny4kit Ini
Sµkar untuk digambarkan perasaan ibu bapa apabila mengetahui empat anak mereka bakal menjadi bµta sebelum berumur 30 tahun.
Namun, itulah hakikat yang barangkali paling pilu bakal direntas pasangan suami isteri, Sebastien Pelletier dan Edith Lemay.
Situasi yang menarik perhatian dunia itu menjadi perbualan hangat apabila laman FB CNN dibanjiri dengan kata-kata semangat berbaµr kesedihan.
Lapor CNN, tiga daripada pasangan tersebut iaitu Mia, 12; Colin, 7; dan Laurent, 5, telah didiagn0sis menghidap Retinis pigment0sa iaitu peny4kit yang berkaitan dengan masalah penglihatan.
Secara umumnya, Retinis pigment0sa yang mempunyai korelasi rapat dengan genetik itu terjadi akibat gµmpalan pigmen retina.
Akibatnya, seseorang akan sukar melihat dengan jelas pada waktu malam.
Untuk rekod, Pelletier dan Lemay telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun.
Menurut Lemay, hanya Leo yang berusia 9 tahun, menjadi satu-satunya anak mereka yang tidak menghidap peny4kit tersebut.
Anak sulung mereka, Mia telah menunjukkan gejala menderita penyakit itu seawal usia tiga tahun. Sementara Colin dan Laurent pula, mula berdepan dengan simptom seakan-akan sama pada tahun 2019.
Wanita itu dengan nada sebak menambah, sehingga kini, belum ada penawar atau rawatan berkesan untuk melambatkan perkembangan Retinitis pigment0sa.
“Tiada apa yang boleh dilakukan. Kami tidak tahu berapa pantas ia akan berlaku, tetapi kami menjangkakan mereka akan buta sepenuhnya pada pertengahan umur,” katanya.
Dengan masa yang masih tersisa dan sememangnya sedari awal sudah mengetahui implikasi penyakit berkenaan, Pelletier dan Lemay telah mengambil satu keputusan nekad, namun cukup mengharukan.
Mereka memutuskan untuk bercuti selama setahun untuk membawa anak-anak tersayang yang bakal bµta mengelilingi dunia.
Keluarga tersebut dilaporkan memulakan perjalanan ke beberapa lokasi.
Antara singgahan terawal mereka adalah di Namibia. Di sana, mereka melihat gajah, kuda belang dan zirafah sebelum ke Zambia dan Tanzania.
Kemudian, suami isteri itu telah membawa anak-anak mereka yang comel terbang ke Turki selama sebulan, sebelum berpindah ke Mongolia dan akhirnya ke Indonesia.
“Meskipun sedih, kami berjanji untuk menggunakan masa yang ada untuk mencipta memori bersama sebanyak mungkin melalui visual.
“Saya mahu mengisi memori dengan gambar terbaik dan terindah yang saya mampu lakukan. Untuk itu, saya tidak akan menunjukkan kepada Mia seekor gajah dalam sebuah buku, sebaliknya akan membawanya untuk melihat gajah secara dekat,” kata Lemay yang bekerja dalam bidang logistik penjagaan kesihatan.
Bersama CNN, wanita itu turut berkongsi kenangan lucu sewaktu dalam percutian yang begitu mengujakan itu.
“Mia mahu menunggang kuda, manakala Laurent pula mahu sesuatu yang lebih kompleks, iaitu minum jus di atas unta. Ia sesuatu yang menghiburkan kami,” ceritanya tentang gelagat anak-anak yang sangat disayanginya.
Sebelum ini, Pelletier dan Lemay pernah merancang mengembara ke Rµsia dan China pada 2020.
Begitu pun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan p4ndemik C0v1d-19 yang menyer4ng dunia.
Sumber CNN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.