“Memang betul. Suatu ketika saya tidak punya kereta kerana saya tidak ada wang untuk semua itu” – Eman Manan Jawab Dakwaan Kononnya Dia ‘artis miskin’

” Keje nak tampor orang jer Muda Primula..memang gedɛbe sungguh”

Itu antara komen warganet merujuk kepada lakonan hebat pelakon lagenda, Eman Manan menerusi drama terbaru Pok Ya Cong Codei:Memburu Siti yang mula ditayangkan di Astro Ria dua minggu lalu.

Drama arahan pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus itu hangat diperkatakan di media sosial kerana berjaya memenangi hati penonton yang sudah bosan dengan drama mengarut cintan cintun.

Eman Manan adalah satu nama besar dalam dunia seni perfileman dan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Berkongsi satu artikel lama yang menceritakan perjalanan karier Eman Manan, jatuh bangun beliau dalam dunia seni lakonan yang sangat menarik untuk dikongsikan.

SIAPA EMAN MANAN.

Kebanyakan daripada kita barangkali terlupa, aktor yang saya temui baru-baru ini pernah melalui zaman kegemilangan yang bukan kecil.

Pastinya ada juga yang terlepas pandang dengan pelakon ini dengan membuat pelbagai tafsiran yang tidak tepat mengenainya hanya kerana tidak pernah mengenalinya dengan dekat.

Lantas kerana terjemahan segelintir pihak yang bersumberkan akal yang dangkal menjadikan dia dilupakan dan dipinggirkan.

Apa salah Eman Manan kalau dia mahu menjadi pelakon yang pemilih…

Di mana kesilapan Eman yang lebih selesa menjalani kehidupan yang jauh daripada arus populariti, tidak memandu kenderaan mewah, tidak menggatal dengan aktres-aktres muda yang cantik dan sɛksi?

Kita mudah menj4tuhkan hukum4n. Itu sifat orang kita (maaf kalau pandangan ini kurang disenangi).

Hakikatnya, hero Melayu yang pernah dipuja ramai ini sudah lali dengan pandangan kurang elok sesetengah orang padanya.

Pertemuan dengan Eman atau nama sebenarnya, Abd. Manan Embong baru-baru ini merungkai banyak persoalan yang sudah lama bersarang di fikiran.

Pada pertemuan yang berlangsung cukup santai itu, Eman menjawab dakw4an dia seorang pelakon yang kɛntal egonya.

Memberanikan diri, kepada Eman saya meminta dia menjawab juga isu kononnya dia pernah dimasukkan ke Pusat Serenti kerana pengambilan d4dah.

Tidak ketinggalan, persoalan mengenai alam perkahwinan serta dakwaan kononnya dia ‘artis m1skin’ turut dijawab oleh Eman.

Saya gembira kerana semua soalan itu dijawab oleh Eman dengan rasa terbuka dan tanpa perlu menjadi artis hip0krit atau plastik…

Sebagai seniman, Eman mengakui, apa saja peluang lakonan yang diterima semuanya bersandarkan kepada keinginannya berteraskan elemen realisme.

Eman tidak gemar dengan kepura-puraan dan kerana itu dia tidak akan berlakon naskhah yang tidak masuk akal.

Pendek kata, dia rela menolak tawaran jika skripnya tidak menepati piawaiannya.

Anak seni yang berasal dari Terengganu ini mengakui, dia sanggup hidup susah kerana enggan ‘menggadai’ bakat lakonannya hanya semata-mata memenuhi tuntutan kehidupan yang memerlukan duit.

Berpegang pada prinsip itulah menyebabkan timbul cerita-cerita kurang manis yang sering sampai ke telinga wartawan.

TIDAK MEMANDU, HANYA TUMPANG KAWAN.

Apabila tiada tawaran berlakon, tiada duit. Lalu, kesimpulan yang dibuat kepada Eman oleh mereka yang kurang senang dengan prinsip seni seniman itu ialah, dia ‘artis m1skin’.

Apa lagi, Eman tidak memandu dan sering menumpang kawan-kawan.

Realiti pada senario ini berbalik pada sikapnya yang tidak suka berpura-pura.

Kata Eman, mengapa dia harus memikul bɛban kalau tidak mampu untuk memiliki semua perkara itu.

Bahkan, andai dalam poketnya hanya ada sejumlah wang hanya sekadar untuk menampung keperluan harian dia sudah bersyukur.

” Baru semalam saya menolak tiga tawaran berlakon daripada tiga produksi yang berlainan. Saya bukan ego tetapi dalam usia begini saya rasa perlu memilih kerana buat masa ini duit bukanlah segala-galanya.

” Saya lebih mementingkan kepuasan dalam berlakon. Sebab itu apabila membaca skrip yang klise, biarpun tawarannya tinggi menggunung saya sanggup menolaknya,” jujur Eman berkongsi caranya ‘berurusniaga’ dengan tauke drama atau filem.

Kata Eman lagi, dia tidak pernah ambil peduli kalau ada produser melabelkannya sebagai pelakon yang ego tidak bertempat kerana enggan menjadi h4mba kepada duit semata-mata.

” Saya suka berlakon dengan naskhah yang manis dan apabila divisualkan ia nampak lebih manis.

” Naskhah yang manis ialah naskhah yang ada jiwa di dalamnya, naskhah yang ada emosi, naskhah yang kaya dengan budayanya.

” Sekiranya saya menerima tawaran daripada sesebuah syarikat penerbitan, soalan pertama saya bukan berapa mereka mahu membayar saya.

” Tetapi saya akan bertanya kepada pereka naskhah siapa dan setelah saya membaca naskhah itu saya akan berikan kata setuju atau tidak.

” Biarlah saya hanya muncul setahun tiga empat drama yang penting ia meninggalkan kesan di hati para penonton,” akui Eman Manan.

Lantaran pendiriannya itu, pembaca tidak perlu terkejut jika Eman memberitahu, sepanjang 29 tahun bergelar anak seni, dia hanya membintangi tidak sampai 100 drama televisyen.

Jumlah filem lakonannya pula hanyalah 15 buah.

ADAKAH BETUL EMAN MANAN TIDAK MAMPU MILIKI KERETA.

Bagi seorang pelakon hebat yang beberapa kali ditabalkan sebagai pelakon terbaik negara, jumlah lakonannya amat kecil berbanding ‘budak-budak baru’ dalam gelanggang filem.

Kerana kurang berlakon, maka benarlah Eman tidak punya wang yang banyak dalam akaunnya?

Disebabkan ‘kesɛmpitan’ itu juga, Eman tidak mampu memiliki kereta?

” Memang betul. Suatu ketika saya tidak punya kereta kerana saya tidak ada wang untuk semua itu. Wang yang saya miliki hanya untuk menampung keperluan harian saya.

” Tapi semua itu tidak meninggalkan kud1s bagi saya. Biarlah apa pandangan orang kerana bagi saya bekerja dengan bakat yang saya miliki.

” Biarlah saya tidak kaya dengan matɛrial, memadai dengan bakat yang saya miliki, jiwa saya tenang,” Eman menyuarakan suara hatinya.

BIODATA RINGKAS EMAN MANAN.

Abdul Manan bin Embong atau lebih dikenali sebagai Eman Manan (lahir 1 Januari 1958) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal melalui peranan lakonan di televisyen dan filem. Beliau telah lapan kali tercalon untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan menang tiga kali daripadanya.

KEHIDUPAN PERIBADI.

Beliau berkahwin dengan pelakon Ogy Ahmad Daud pada 23 Disember 1990, perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada media ketika itu. Pasangan ini memfailkan percɛraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

KERJAYA SENI.

Beliau pertama kali memijakkan kakinya dalam bidang lakonan pada 1981 menerusi filem Tsu Feh Sofiah arahan Datuk Rahim Razali ketika beliau berusia 23 tahun. Beliau meneruskan rentetan kerjasama bersama Rahim menerusi dua lagi filem, M4tinya Seorang Patriot (1984) dan Puteri (1987).

Pada tahun 1990, Eman membintangi drama pertamanya ialah Marlia. Lapan tahun kemudian, beliau berlakon di samping Rosyam Nor (kini Datuk) dan Nina Juren (kini Datin) menerusi filem Lɛnjan, arahan Ismail Yaacob. Menerusi watak Amir, beliau berjaya menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 1998.

Eman paling dikenali menerusi gandingannya bersama Betty Banafe dalam filem drama Buai Laju-Laju arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 9 September 2004. Persembahannya dalam filem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17.

Sumber tentangartiskita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.