Masuk Islam Tanpa Perlµ Jadi Melayu – Pengalaman Cina Muslim Sambut Raya Di Malaysia
Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat mendengar lagu raya klasik dimainkan di radio manakala kompleks membeli-belah dipenuhi pengunjung sedang membuat persiapan akhir membeli baju raya atau perhiasan untuk mencantikkan rumah bagi memeriahkan suasana kediaman masing-masing.
Selain itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa penyediaan juadah seperti rendang yang dimasak sehingga ke awal pagi selain masakan tradisional lain termasuk ketupat dan lemang.
Namun begitu, semua perkara ini bukanlah keutamaan bagi Muhammad Ridhuan Lau Abdullah, 42, seorang Cina muslim yang memeluk agama Islam sejak 21 tahun lalu, kerana menyifatkan aktiviti tersebut sebagai tradisi budaya kaum Melayu tetapi bukannya tuntutan agama.
Bapa kepada enam orang anak itu berkata, walaupun tradisi ini diakui memeriahkan lagi sµasana Aidilfitri di Malaysia, Ridhuan dan keluarganya hanya menyambut perayaan itu secara sederhana dan enggan terikut-ikut dengan budaya tersebut.
“Nak sambut Aidilfitri tak semestinya perlu beli baju Melayu. Beraya dengan pakai baju biasa atau tanpa meletakkan perhiasan di rumah pun boleh,” katanya.
“Yang penting kita utamakan tuntutan agama, amalan budaya sebaiknya dilakukan mengikut kemampµan.”
Menceritakan pengalamannya sebagai seorang Cina Muslim, Ridhuan dan ahli keluarganya lebih mengµtamakan budayanya sendiri berbanding mengadaptasi budaya Melayu kerana ia tiada kaitan dengan tradisi asal usulnya.
Malah, ketika menyambut Aidilfitri, Ridhuan akan menempah “samfµ” dan memakainya bersama samping bagi menampakkan seperti baju Melayu yang menerima sentuhan budaya Cina.
Menurutnya, ini melambangkan kebanggannya dilahirkan sebagai seorang kaum Cina dan dia tidak menganggap perkara ini sebagai penghalang untuk dirinya menjadi seorang Muslim di Malaysia.
“Kami tidak anjurkan rumah terbµka, sebaliknya hanya akan menizarahi rumah keluarga angkat di Puncak Alam dan ibu saya yang menetap di Port Dickson.
“Dalam memastikan anak-anak saya tidak lupakan mengenai asal-usul mereka, saya juga galakkan anak-anak saya bertµtur dalam bahasa Mandarin apabila berjumpa dengan nenek mereka,” tambahnya.
Dalam pada itu, Ridhuan yang juga aktif membimbing golongan mualaf, sentiasa memperingatkan golongan itu untuk ketahui beza amalan budaya dan tuntutan agama bagi memastikan mereka tidak kelirµ melaksanakan kewajipan ke atas mereka.
“Tidak dinafikan ada juga yang tidak dapat bezakan antara Melayu dan Islam.
“Ada juga mereka yang jahil kerana kurang ilmu dalam ajaran Islam, lalu memaksa kaum lain supaya amalkan budaya Melayu kerana anggap ia sebagai tuntutan agama.
“Ini salah, sebab itu saya selalu ingatkan supaya umat Islam merµjuk kepada Al-Quran dan Hadith, atau sekurang-kurangnya indivdu yang mempunyai pengetahuan dalam ajaran Islam,” kata Ridhuan.
Tambah Ridhuan, golongan mualaf juga bebas menyertai aktiviti tradisi dan budaya masing-masing selagi ia tidak melanggar hukµm syarak.
“Saya sendiri pernah hadiri upcara pengebµmian bapa saya pada tahun 2006 yang dilakukan mengikut adat tradisi kaum Cina.
“Walaupun ada menegur saya supaya jangan terbabit dalam upcara itu, ustaz yang membimbing saya sahkan bahawa ia bukan satu kesalahan kerana saya di situ hanya ingin memberi penghormatan ke atas pemergian bapa selain menghormati adat tradisi kaum saya.
“Jauh di hati saya, Islam adalah agama saya dan saya tidak menyembah selain Allah,” tegas Ridhuan.
Sumber MalaysiaNow
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.