“Ma! Jaga-jaga ma!” jerit suami – Dihimp!t Kereta Proton Saga Putih Yang Muncul Di Selek0h Berbukit Di Jemaluang
Setiap kali melalui jalan Kota ke Mersing, Johor, setiap kali itulah ingatan saya menggamit kejadian yang mɛnimpa kami sekeluarga pada tahun 1994.
Kejadian yang takkan saya lupakan sepanjang hidup kerana hampir mer4gut nyawa kami sekeluarga.
Saya masih ingat lagi, ketika itu saya sarat mengandungkan anak keempat. Saya bercadang untuk pulang awal ke kampung di Muar dan mahu bersalin di sana. Kebetulan hari itu suami menghantar saya ke kampung kerana ada satu jemputan kenduri oleh kawannya di Endau, Mersing. Jadi kami mengambil keputusan untuk sekali jalan. Selepas kenduri, suami akan menghantar saya pulang ke kampung.
Kami bertolak jam 10.00 pagi. Pada mulanya kami mahu konvoi dua buah kereta dengan rakan suami. Tapi disebabkan kami lambat sedikit bert0lak, kawan suami saya bergerak dahulu. Tapi jarak masanya tidaklah jauh sangat. Sekitar 10 minit sahaja.
Sampai di Jemaluang, keadaan ketika itu hujan renyai. Sebelum itu, perjalanan kami menempuh hujan yang sangat lebat. Kereta juga tidak banyak lalu di kawasan itu. Disebabkan keadaan masih hujan, suami tidaklah membawa laju kerana jalan licin.
Sedang saya melayan kerenah anak perempuan yang berusia setahun lebih yang duduk di pangkuan saya di hadapan, tiba-tiba suami saya menjɛrit.
“Ma! Jaga-jaga ma!” jɛrit suami.
Di hadapan kami ketika itu ada satu selekoh dan sebuah kereta proton saga berwarna putih yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan kami. Kereta itu benar-benar menghala ke arah kami. Selekoh itu pula berada betul-betul di satu bukit.
Suami saya cuba mengelak dari kereta itu dengan mengh1mpit ke kiri jalan, tapi disebabkan keadaan jalan yang licin membuat kereta kami terb4bas ke bahu jalan dan terus terjun4m masuk ke bawah jurang yang dalamnya lebih kurang lima meter.
Waktu itu serta-merta pandangan saya jadi gɛlap. Hanya suara riuh rendah sahaja yang sayup-sayup kedengaran. Kepala saya berpusing. Saya tidak tahu apa yang berlaku dan berapa lama saya dalam keadaan sebegitu.
Apa yang saya ingat, badan saya dig0ncang dan beberapa kali suami saya memanggil nama saya. Saya juga mendengar suara tangisan anak-anak saya.
Apabila sedar, saya berada di bawah tempat duduk bahagian hadapan bersama anak perempuan saya di pangkuan. Dalam keadaan masih terp1nga-p1nga, suami saya membantu mengeluarkan saya dari kereta.
Anak-anak masih lagi tidak berhenti menangis. Mereka dalam keadaan t4kut dan terkɛjut. Dalam keadaan begitu, saya gagahkan diri mendukung anak perempuan saya manakala suami pula membawa dua anak lelaki kami memanjat tebing hingga ke atas.
Waktu itu saya masih mamai dengan apa yang berlaku. Yang saya sedar apabila sudah sampai di atas, ada seseorang menepuk belakang saya sambil menghulurkan sebotol air.
Suami cuba mendapatkan bantuan dengan menghubungi kembali rakannya yang berada di depan kami. Mereka berpatah balik ke tempat kejadian. Waktu itu sudah ada dua atau tiga buah kereta berhenti untuk membantu kami.
Saya masih lagi tidak sed4r apa sebenarnya terjadi. Setelah agak lama saya duduk, barulah ingatan saya kembali kepada asal.
Saya pandang ke bawah tempat tempat kereta kami terjun4m. Jurangnya agak tinggi. Nasib baik kereta kami terjun4m dan terus tersangkut dalam selut di situ. Tidak sampai setengah meter dari situ, terdapat pokok sawit. Kalaulah kami tidak tersangkut di situ dan terlajak, pasti kami akan terlanggar pokok-pokok sawit di situ. Alhamdulillah, Allah SWT masih membantu kami.
Saya kemudian melihat keadaan jalan. Jalannya lurus. Saya cuba mengingati saat sebelum kejadian. Saya bertanya sendiri dalam hati, bukankah tadi jalan ini jalan selɛkoh dan ada kawasan berbukit?
Saya melihat ke arah kiri dan kanan. Juga di bawahnya jur4ng. Mana perginya kereta proton saga putih yang saya nampak tadi?
Memang tiada langsung kereta proton saga putih di kawasan itu. Kalau betul kami bertembung dengannya, mana pergi kereta itu?
Tadi jalan di depan kami berselekoh, tapi selepas kem4langan saya lihat jalannya memang tegak dan lurus. Langsung tiada selekoh, tiada bukit seperti yang saya lihat sebelum itu.
Selesai semua sewaktu balik pun, saya masih amati jalan di situ. Memang jalan lurus! Langsung tiada selekoh dan bukit. Kiri dan kanan adalah ladang kelapa sawit. Amat berlainan pemandangan dengan apa yang saya lihat sebelum kem4langan berlaku. Anɛh…
Saya tanyakan pada suami, pun sama. Suami juga melihat jalan selekoh dan bukit itu sebelum kem4langan. Malah, suami juga nampak kereta saga putih itu. Maknanya, bukan mata saya seorang yang melihatnya. Tambahan pula kejadian itu waktu siang, dah tentu jelas apa yang kami lihat.
Banyak benda yang anɛh yang kami rasakan, tapi kami tiada jawapan untuk menghurainya.
Apa pun, saya bersyukur kepada Allah SWT menyelamatkan kami sekeluarga daripada kem4langan yang tɛruk. Yang penting kami semua selamat.
Selepas itu, saya batalkan niat untuk balik ke Muar. Sebaliknya kami terus ke rumah ibu saudara sebelah suami di Mersing. Seminggu selepas itu, saya selamat melahirkan bayi lelaki.
Sehingga kini, kejadian itu masih menjadi mistɛri bagi saya. Dari mana datangnya kereta putih itu? Di mana sebenarnya kawasan selekoh dan bukit yang saya nampak itu sebelum kem4langan itu? Adakah ia hanya mainan ilusi ‘sesuatu’ di situ yang menyebabkan ramai kem4langan? Entahlah.
#Gambar Sekadar Hiasan.
Sumber Lily Azura, Johor.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.