Lihat Gambaran Penonton Disɛksa Api Ner4ka Ketika Sedang Menyanyi Insafkan Penyanyi Rock Kumpulan Melissa
“Allahyarh4m Ustaz Radzi mendakwa nampak gambaran penonton disɛksa api ner4ka ketika sedang menyanyi, sejak itulah dia banyak termenung dan menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kumpulan,” kata pemain gitar bes kumpulan Melissa, Ajak.
Ajak atau nama sebenarnya Nor Razak Yas berkata kejadian berkenaan berlaku ketika mereka mengadakan konsert di Mersing, Johor, pada 1992.
Katanya, dia pada mulanya memujuk Radzi atau nama penuhnya Mohd Radzi Abdul Hamid dengan memaklumkan, apa yang dilihatnya hanya khayalan.
“Namun, ketika itu kami leka dengan duniawi… Kami bagaimanapun membiarkan dia menunaikan solat. Selepas itu, dia sering menyebut mengenai hasratnya untuk berhenti menyanyi. Pada masa sama, kami mendapat kontrak untuk album ketiga,” katanya.
Ajak berkata, selepas penyanyi terbabit meningg4lkan kumpulan Melissa, mereka terputµs hubungan sehinggalah kembali bersua pada 2008 menerusi sebuah rancangan televisyen.
Katanya, sejak itu mereka selalu berhubung dan Ustaz Radzi sering menjadi rujukan bagi setiap kemµsykilan agama yang dihadapi.
Bagi kembar Allahy4rham, Zauyah dia kagum dengan adiknya apabila sanggup menukar kerjaya menjadi pembantu di stesen minyak dengan gaji RM300 sebulan ketika graf kerjayanya sebagai penyanyi sedang meningkat naik.
Mengimbau kisah lalu, Zauyah berkata, adiknya membawa duit poket 50 sen setiap hari sewaktu keluar bekerja di Alor Setar.
“Allahy4rham sanggup meninggalkan kemewahan dunia. Dia hanya membawa duit sebanyak itu untuk membeli nasi lemak sebagai sarapan. Ramai juga peminat yang menegµr sewaktu dia membantu mereka mengisi petrol.
“Dia akan balik mengadu, dirinya berasa agak malµ, namun tetap teruskan kerja itu selama beberapa bulan sebelum beralih kerjaya menjadi pengawal keselamatan di perpustakaan dengan gaji RM600,” katanya ketika ditemui di Kampung Kemunting, di sini.
Bagaimanapun katanya, dalam tempoh itu juga dia kembali mendalami ilmu agama dan banyak membaca buku berkaitan.
Katanya, Allahy4rham diberikan kelebihan oleh Allah SWT apabila dirinya seorang yang cepat belajar dan dianugerahkan otak yang cergas.
“Banyak kitab yang dibacanya dapat difahami dengan cepat, sambil dibantu arw4h bapa kami yang juga guru agama di sebuah pondok di sini. Dia juga boleh menguasai bahasa bahasa Arab dengan baik, begitu juga bahasa Inggeris, tanpa pengajian formal.
“Selepas itu, rezekinya semakin murah apabila diterima kerja sebagai pembantu am rendah di Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) Kota Setar pada 1994. Ketika itu, dia ditugaskan menjaga Masjid Zahir dan Allah SWT makbulkan doanya untuk menjadi petugas di masjid,” katanya yang bertugas sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur.
Sementara itu, isteri Allahy4rham, Zaimah Mokhtar berkata sebelum berkahwin, dia tidak mengetahui arw4h ialah seorang penyanyi terkenal.
Katanya, dia melalui kehidupan sµsah senang bersama Ustaz Radzi dan sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT.
“Saya tidak kisah dengan keputusan Allahy4rham untuk berhenti menyanyi dan bekerja di kampung. Walaupun hidup sµsah, ia hanya untuk seketika. Selepas arwah mendapat kerja di pejabat agama dan mula dinaikkan pangkat, kehidupan kami bertambah baik.
“Malah, Allahy4rham turut diberi kepercayaan untuk menjadi penterjemah bagi majlis disertai rombongan dari negara Arab. Ketika itulah dia mula berdakwah dan dijemput ke sekolah dan masjid,” kata ibu kepada enam anak ini.
Zaimah berkata, Ustaz Radzi menggunakan pendekatan dakwah yang sangat lembut dan tidak pernah menggunakan perkataan ‘jangan’ dalam dakwahnya, sebaliknya mengajak orang ramai membuat kebaikan.
Bagi anak saudara Allahy4rham, Azrul Ibrahim pendekatan dakwah Ustaz Radzi sangat terkesan dalam jiwanya apabila dia pernah didekati beliau ketika berusia 18 tahun.
“Pak Su datang ke rumah selepas dia sering melihat saya melep4k di gerai sambil bermain gitar. Dia masuk ke dalam bilik saya dan bermain gitar bersama. Kemudian dia akan menyanyi mengikut lagu yang saya minta.
“Kemudian, dia akan mengajak saya solat bersama dan mula menasihati saya supaya menyambung pelajaran mengikut kursus yang saya minat.
“Pak Su selalu datang ke rumah dan berpesan kepada saya, nak jadi r0ck tidak salah, tetapi tidak solat itu yang salah,” katanya.
Azrul berkata, dia sangat selesa dengan pendekatan Ustaz Radzi yang mampu mendalami jiwa anak muda.
Sekadar info Ustaz Radzi meningg4l dunia pada usia 55 tahun, selepas rebah ketika menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari, pada jam 11.15 malam, 22 Disember 2018.
Semoga Allahy4rham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Sumber BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.