Letµpan Tunguska 1908 Yang Membingungkan Pengkaji, Seribu Kali Lebih Kuat Dari Ledakan B0m At0m Di Hiroshima

Pada pagi 30 Jun 1908, kedengaran letµpan yang sangat kuat dalam julat 40 megatan TNT (trinitrotoluena) telah membingitkan telinga sejauh 483 kilometer, berhampiran sungai Stony Tunguska di Yeniseysk Governorate (kini dikenali sebagai Krasnoyarsk Krai) di Rµsia.

Peristiwa yang digelar letµpan Tunguska itu umpama gempa bumi 5.0 skala Richter dan menelanj4ngkan kawasan hutan seluas lebih 2,000 kilometer persegi.

Cerita seorang saksi yang ketika itu berada di anjung rumah, dia melihat langit seakan terbelah dua dan keluar bebola api berekor panjang terbang turun dari jarak 65 kilometer sebelum meledak kuat di kawasan hutan berdekatan.

Kesan kemµsnahan itu dianggarkan kira-kira 1,000 kali lebih kuat berbanding ledakan b0m at0m di Hiroshima, Jepun pada tahun 1945.

Ramai saintis memerah otak untuk membongkar m!steri letupan itu. Namun, kebanyakan rekod awal telah hilang atau mµsnah sewaktu Per4ng Dunia 1, Rµssian Revolution 1917 dan Rµssian Civil War.

Selepas lebih sedekad peristiwa itu berlalu, pada tahun 1921, ahli mineralogi Rµsia, Leonid Kulik direkodkan sebagai penyelidik pertama melakukan ekspedisi ke daerah letµpan itu.

Pada pemerhatiannya mendapati, letµpan yang meninggaIkan kemusnahan besar itu berpunca daripada hentaman mete0rit gergasi.

Christopher F. Chyba dari NASA Ames Research pula mendakwa, letµpan asteroid menjadi serpihan kecil beberapa meter di udara sebelum terhempas ke permukaan tanah adalah punca kepada letµpan itu.

Namun, ramai mempertikaikan teori itu. Jika benar meteorit atau asteroid terhempas di situ, mengapa tiada kawah ditemui di tempat kejadian? Mustahil saiz meteor atau asteroid berukuran diameter 10 meter yang jatuh dari angkasa lepas dengan kelajuan 21,600 meter per saat (mph) langsung tidak membentuk kawah di atas permukaan tanah.

Serge J. D D’Alessio dan Archie A. Harms dari Universiti Waterloo, Kanada, menjelaskan, sesetengah deuterium dalam komet yang memasuki bumi mungkin menjalani reaksi perlakuan seperti b0m nµklear. Mungkin juga ketiadaan kesan kawah disebabkan objek yang jatµh bukan meteor besi, tetapi objek mudah pecah.

Pada tahun 1930, ahli astronomi British, F. J. W. Whipple pula berkata bahawa habuk yang berselerak di atmosfera merupakan bekas pergerakan ekor komet. Justeru, dia berpendapat serpihan-serpihan komet adalah penyebab kepada kemµsnahan itu. Namun, teorinya diragµi kerana saintis tidak pernah menjumpai serpihan batu komet di kawasan kejadian.

Kemudian, seorang jurutera S0viet, Alexander Kazantsev menulis dalam bukunya berjudul, A Visitor From Outer Space, mendakwa peristiwa Tunguska itu berlaku akibat letupan kapal angkasa atau senj4ta milik makhluk asing di atmosfera.

Teorinya itu kemudian dikaitkan pada tahun 2004 dengan sekumpulan pengkaji dari Tunguska Spatial Phenomenon Foundation bersama presidennya, Dr. Yuri Labvin yang mendakwa menjumpai serpihan pesawat UF0 dan tanda-tanda kuarza pelik di tempat led4kan.

Namun, teori makhluk asing itu dipandang sepi oleh saintis lain. Maka, timbullah beberapa idea lain dan mengaitkannya dengan letµpan ujian senj4ta nµklear yang dieksperimenkan oleh Nikola Tesla menggunakan Wardenclyffe Tower.

Pada tahun 1941 pula, Lincoln LaPaz mengeluarkan pendapat bahawa ledakan itu akibat ketulan anti jirim dari ruang angkasa yang jatµh ke permukaan bumi.

Manakala ahli fizik dari Universiti Bonn di Jerman, Wolfgang Kundt pula memperjuangkan teori letµpan gas metana. Jelasnya, lebih 10 juta tan gas metana daripada kerak bumi boleh meletµp dengan ledakan yang sangat dahsyat seumpama letupan Tunguska.

Namun, teori-teori itu masih mendatangkan pelbagai persoalan dan membingungkan para saintis kerana tiada keterangan dan bukti kukuh untuk menyokongnya.

Kemudian, pada tahun 1993, penyelidik Rµsia, Chris Chyba, Paul Thomas dan Kevin Zahnle yang meninjau kawasan Tunguska menemui bukti serpihan batu kecil terbenam di celah pokok-pokok di tempat peIanggaran.

Apabila dikaji, serpihan itu sepadan dengan komposit batu meteorit tulen. Justeru, mereka menyimpulkan bahawa meteorit besar telah meletµp di atmosfera sebelum jatuh ke permukaan bumi.

Kawah Hentaman Meteor.

Namun, di mana kawah akibat hentaman meteor itu? Sedikit terjawab pada Jun 2007, sekumpulan saintis dari Universiti Bologna, Itali telah mengaitkan sebuah tasik berdekatan tr4gedi yang dikenali sebagai Lake Cheko sebagai kawah kesan hentaman mete0r.

Kenyataan itu disokong dengan penemuan magnet anomali bersaiz kecil di tasik berbentuk bulat sedalam 50 meter dengan lebar 364 meter dan sepanjang 708 meter itu.

Bahkan, kajian ke atas tanah paya gambut di sekitar tasik tersebut menunjukkan kewujudan bahan kimia yang juga ditemui dalam meteor. Analisis kimia ke atas tanah itu juga menunjukkan banyak anomali yang dianggap konsisten dengan peristiwa hentaman mete0rit.

Tetapi, ramai yang membantah teori itu dan mendakwa tasik tersebut sudah wujud sebelum letupan Tunguska pada 1908. Namun apabila diselidiki peta tentera Czarist Rusia bertarikh tahun 1880, para penyelidik gagal menunjukkan kewujudan tasik tersebut yang dikatakan sudah wujud lebih awal sebelum letupan berlaku.

Sehingga kini, pelbagai teori masih dikaitkan dengan led4kan Tunguska ini. Namun tiada siapa tahu apa sebenarnya objek yang menyebabkan letµpan aneh itu.

Dari sisi lain, peristiwa letµpan Tunguska ini secara tidak langsung telah membangkitkan perbincangan di kalangan saintis dalam usaha untuk mencegah hentaman asteroid ke bumi.

Sumber Infiniti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Media Islam tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.