Lepas Terjemah Al-Quran ‘dikɛtuk pintu’ Hati Untuk Peluk Islam, Kisah Padɛri Dari AS Ini Raih Perhatian

Hidayah milik Allah SWT, ia merupakan bimbingan atau petunjuk yang diberikan kepada seseorang hambanya. Semua yang berlaku atas kehendakNya, maka beruntunglah orang-orang yang mendapat petunjuk dariNya.

Bercakap mengenai hidayah dari Allah SWT, pelbagai kisah berkaitan orang bukan Islam yang ‘dikɛtuk pintu’ hatinya untuk memeluk agama Islam menjadi perhatian sebelum ini.

Salah satu darinya adalah kisah seorang padɛri dari Amerika Syarikat yang dikatakan memeluk agama Islam selepas beberapa hari bekerja di Arab Saudi.

MENJADI PENTERJERMAH AL-QURAN DI ARAB SAUDI.

Bekas padɛri yang bernama Samuel Shropshire itu difahamkan mendapat hidayah setelah bekerja sebagai penterjemah Al-Quran dalam bahasa Inggeris di negara Arab Saudi.

Kisahnya yang menyentuh hati itu baru-baru ini kembali menjadi tumpuan setelah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok.

Menerusi video yang dirakam pada tahun lalu, Samuel menceritakan perjalanan rohaninya untuk memeluk agama Islam.

“Hai nama saya Samuel Shropshire, saya warganegara Amerika Syarikat yang tinggal di Arab Saudi.

“Saya datang ke sini ketika tidak tahu apa-apa mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Mengimbas kembali perjalanan hidupnya, Samuel berkata dia telah dijemput oleh sebuah syarikat untuk memeriksa terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris untuk Amerika Syarikat pada bulan November 2011.

“Tugas saya mudah, menyemak dan mengesahkan terjemahan bahasa Inggeris dalam Al-Quran baharu, sama ada ia mudah difahami atau tidak.

“Disebabkan itu saya perlu membaca Al-Quran berulang kali. Seperti yang anda bayangkan, saya langsung tidak tahu apa-apa tentang Islam ketika itu,” ujarnya.

Bermula dari situ, hatinya bagaikan ‘dijɛntik’ setelah membaca pelbagai kisah dan mukjizat Nabi Isa AS dan Nabi Ishak AS.

Menurutnya lagi, dia kagum dengan isi kandungan Al-Quran.

Kemudian, pada suatu hari, dia terdengar azan dan melihat lelaki, wanita dan kanak-kanak sentiasa memenuhi masjid.

Dia merasakan bahawa umat Islam di Arab Saudi tidak seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen AS.

“Saya nampak masjid di seberang jalan. Saya nampak lelaki dan wanita datang dan pergi ke masjid.

“Kanak-kanak bermain bola sepak di halaman masjid, saya lihat ia seperti gerɛja di Amerika Syarikat,” jelasnya.

TERDETIK UNTUK KE MASJID DENGAN LEBIH DEKAT.

Melihat keadaan itu, hatinya tiba-tiba terdetik untuk melawat dan melihat masjid dari dekat. Malah, dia meminta izin daripada muazin untuk masuk ke dalam masjid.

“Ada seorang muazin bernama Syafiq Zubair membenarkan saya masuk ke dalam masjid dan dia juga memeluk saya.

“Saya memerhatikan jemaah sedang berdiri, rukuk dan meletakkan dahi mereka di atas lantai yang dipimpin oleh seorang imam,” katanya.

Selama tiga hari memerhatikan orang solat di masjid, dia merasakan kehadiran Tuhan di dalam hatinya.

Tanpa berfikir panjang, Samuel segera memutuskan untuk memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.

“Saya rasa Allah bagaikan ada di masjid, orang sekeliling juga sangat mesra dengan saya. Selepas tiga hari saya minta Syafiq mengajar surah Al-Fatihah.

“Saya hafal bunyi bacaan itu, tetapi saya tidak tahu maksudnya. Saya membandingkannya dengan terjemahan bahasa Inggeris dan saya menyedari bahawa tidak ada kandungan Al-Fatihah yang bercanggah dengan ajaran Kristi4n,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tersentuh mendengar lafaz ayat Al-Quran dan kasih sayang yang ditunjukkan orang ramai di sekitar masjid.

Untuk makluman semua, Samuel juga telah mengasaskan pertubuhan Muslim Voice for Peace and Reconciliation (MVPR) pada tahun 2014.

Pertubuhan yang berpangkalan di Washington itu diasaskan bagi mempromosikan hak asasi manusia dan perdamaian.

Sumber suara.com via siakap keli.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.