(Video) ‘Lebih Melayu’ Daripada Melayu, Wanita Mat Salleh Ini Tabah Diuji Suami S4kit Diser4ng Str0k
Wanita memang dilahirkan dengan tabah dan kuat tetapi sarat dengan kasih sayang. Seperti wanita Mat Salleh ini, kuat meskipun diuji suami s4kit. Malah dikatakan lebih ‘keMelayuan’ daripada generasi masa kini.
Dikenali sebagai Aunty Azizah, wanita kelahiran Amerika Syarikat yang kini menetap di Gerik, Perak.
Menerusi perkongsian Norlaila Dlaila, Azizah sudah berkahwin dengan warga tempatan. Bagaimanapun rumah tangga yang dibina diuji apabila si suami diser4ng Angin Ahm4r atau Str0k.
Tambahnya, wanita itu sering memakai baju kurung Kedah dan kain batik.
Melalui kehidupan seperti wanita tempatan, Azizah dilihat menaiki motosikal di sekitar kampung dan menawarkan perkhidmatan pembersihan. Antaranya mencuci pakaian dan permaidani untuk menampµng sara hidup.
Tidak sekadar itu, Azizah turut gigih mengambil upah memotong rumput dan mencuci pinggan di kedai makan.
“Paling dahsyat kadang kala dia memikµl mesin rumput dan memotong mesin rumput rumah orang. Hari tu dia pernah tolong akak cuci pinggan sekejap. Tapi dia tak larat berdiri lama kerana pahanya pernah pat4h kerana kem4langan,” titip Norlaila.
Selain itu, ada perkara lain yang mengagumkan Norlaila berkenaan Azizah iaitu menitikberatkan ibadah solat selepas azan berkumandang. Menurutnya, wanita itu akan berusaha menunaikan ibadah itu pada awal waktu.
Warga maya rata-rata memuji Azizah. Malah ada yang mengagumi kebolehannya memakai kain batik.
– “Respect, kudrat yang sentiasa kuat, dianugerahkan Allah SWT semangat dan ketabahan jitu bila beban terletak di bahu wanita. Semoga dipermudahkan urusan dan peroleh rezeki yg melimpah ruah buat puan Azizah, Laila dan kita semua Aamiin.”
– “Serius lah pandai pakai kain batik, saya sendiri pun tidak pandai pakai kain batik.”
– “Alhamudullilah.. Didikan agama yang kuat daripada suami untuk isteri mµalaf. Semoga di permudahkan segala urusan.”
– “Perempuan apa yang tak boleh di buat kak. Semua boleh bila keadaan memerlukan.”
– “Salute buatnya, walaupun diuji suami s4kit, masih setia dan sudi buat bermacam kerja untuk menyara kehidupan. Semoga diberikan kesihatan baik, diberikan kesembuhan kepada suaminya, dikurniakan rezeki baik-baik untuk mereka. Aamiin.”
Siapa diantara kita yang rajin melakukan kerja-kerja rencam sepertinya? Semoga ketabahan Aunty Azizah boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.
Sumber: Faceb00k Norlaila Dlaila
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.
Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.