“Kurangkan merµngut, mengkritik & sentiasa mencari kecac4tan” – Isteri Bukan Insan Sempurna, Suami Kena Belajar Tolak Ansur
Mencari pasangan tidak semudah mencari baju di butik, cari saiz dan warna yang sesuai dan terus bayar di kaunter. Tiada saiz atau spesifikasi sempurna dalam mencari pasangan hidup, semuanya bergantµng kepada penerimaan diri masing-masing.
Jangan mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan, jangan terlalu mengkrit1k dan mencari kesilapan sehingga akhirnya merµntuhkan mahligai yang dibina.
“Kalau kamu mahu lantai berkilat sentiasa, di mop 5 kali seminggu, pakaian disetereka tanpa kedµt sedikitpun, dapur kemas pinggan sentiasa mencuit bersinar, sinki berkilat sentiasa, habuk di lantai langsung tiada, bakul baju kosong tanpa pakaian tak berlipat, kamu upahlah pembantu rumah yang berpengalaman dan mahir mengurus semua itu, sanggup bayar beribu pada beliau.
Kalau kamu mahu kualiti makanan yang sama tara seperti ibumu, sikit pun tak kurang termasuk kuantiti gula garamnya, pastikan kamu makan di rumah ibu kamu untuk sarapan, makan tengahari dan malam.
Kalau kamu mahu layanan batiniah yang sempurna seperti mahumu, yang ini kamu perlu letakkan ekspektasi pada isteri kamu, bukan pada orang lain kerana itu adalah antara tujuan kamu berkahwin, menjaga kehormatan dan keperluan seksual agar tidak bertempiaran kepada orang-orang yang tidak halal untuk kamu, agar terjaga kewarasan fizikal, emosi dan mental kamu.
Maka hiasilah dia dan layani dia menjadi seperti yang kamu mahu. Bila dia tidak sentiasa dikrit1k, dimar4h, diherd1k, dipertikai, dikerah, dipaksa melakukan kerja-kerja rumah dan memµaskan selera makanmu yang dari kecil dijaga ibumu, jiwa raganya pasti cukup sihat untuk melayan kemahuanmu.
Kamu tentu tertanya, habis tu takkan itu saja kerja si isteri, melayan suaminya? Ya. Itu tugas utamanya, jika kamu mahu dia melakukan tugasan lain dalam rumahtangga, pastikan ia tidak menjejaskan tugasan utama tadi dan segala keperluan untuk dia jalankan tugasan itu disedia secukupnya oleh kamu.
Eh .. mengapa?
Kerana tugasan lain dapat diupah gaji dan tak perlu dimeterai dengan pernikahan. Tapi tugasan utama ini perlukan ikatan pernikahan untuk membolehkannya.
Faham?
Eh.. mana aku mampu upah pembantu rumah dan sentiasa ulang alik rumah ibu untuk makan dari air tangannya.
Maka sebab itu kamu kena merasa cukup dengan apa yang isteri kamu mampu lakukan untuk kamu. Selagi dia masih mentaati Allah SWT dan RasulNya, itu memadai, jika ada antara kemahuan kamu yang sukar dia penuhi, bertolak ansurlah dengan dia, belajarlah pejam mata pada kelemahannya, berikan galakan, pujian dan masa untuk dia pertingkatkan kualiti kerjanya.
Belajar kurangkan merungµt, mengkrit1k dan sentiasa mencari kecac4tannya. Kerana kalau itu yang kamu cari ternyata yang cac4t itu mungkin cara kamu melihat sesuatu. Hati kamu cac4t.
Untuk lebih faham, buka Quran, sebahagiannya diterangkan dalam Surah An-Nisa:34. Namun saya nak menarik perhatian pada bahagian akhir ayat :
“…Kemudian jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyµsahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”
“ .. makanan kamu tak sesedap masakan mak aku..” (sedangkan isteri telah bersusah payah memasak untuk kamu).
“.. kamu buat apa hari ni?. Baju tak berlipat.. lipat pun tak kemas” (isteri keletihan seharian melakukan yang utama dan keperluan mendesak, melayan kerenah anak, mengurus makan pakai anak dan anda sendiri).
“.. engkau derhaka! Nusyuz!..” mudah ya melabel isteri begitu sedangkan dia sendiri sedang bertarµng mengisi keperluan kamu yang melangit tinggi indikatornya.
Ingatlah.. saat kamu merasa diri kamu lebih berkuasa ke atas isteri kamu, Allah SWT ingatkan kamu bahawa diriNya Maha Tinggi dan Maha Besar.. sekaligus mengingatkan kamu bahawa kamu juga punya banyak kekµrangan di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya kamu dan kita sangat mudah lupa, sedangkan saya cuma mengingatkan..
Sumber Safura Ahmad Sharkawi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.