Konsep jualan secara lɛlong yang diketengahkan menarik minat ramai pembeli – Dari Berniaga Di Kaki Lima, Kini Seorang Jutawan
Jualan minyak wangi di kaki lima yang mendapat sambutan luar jangka membuatkan Rizahuddyn Md. Ithnan jatµh cinta dengan dunia perniagaan.
“Keluarga saya sµsah, kadangkala nak beli baju raya pun tak dapat, apabila dapat jual rasa seronok,” kongsi pengasas Lelong Seremban Trading itu.
Sebelum menjalankan perniagaan menjµal perabot terpakai berkualiti, barang gajet dan elektronik pada harga lelong, Rizahuddyn berpengalaman menjual pelbagai jenis produk.
“Saya jual barang seperti pakaian, kasut dan pisaµ, apabila musim buah, jual buah. Tular produk baharu, saya tukar lagi.
“Isteri yang merupakan kakitangan kerajaan bantu buat pinjaman di Bank Rakyat, tetapi perniagaan tak menjadi,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.
Melihat kegagalan itu, isteri Rizahuddyn memberi cadangan supaya menyertai seminar bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Beliau mengikuti program Intensif Magnet Kekayaan Dan Kejayaan (IMKK), Millionaire Marketing Mastery (MMM) serta Spire dan kini sudah berada dalam Titanium.
Pada 2021, syarikatnya meraih RM2.9 juta dan menyasarkan jualan RM9 juta tahun ini.
“Sebelum ini, jualan saya sekitar RM38,000 sahaja, malah tidak mempunyai rekod perniagaan lengkap.
“Paling seronok apabila dapat menggembirakan isteri yang banyak berk0rban dengan menghadiahkannya kereta dan baik pulih rumah kami,” ujarnya.
Bagi yang berminat mendapatkan maklumat lanjut, produk dan perkhidmatan ditawarkan Rizahuddyn anda boleh ke Faceb00k goodangmall.com.
Sumber Kosmo.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.