Kisah Si Anak Kecil Yang Memberi Tegµran Kepada Kedua Ibu & Bapanya

Dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat 23 dan 24:

Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaanmu dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kas4r) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengk1ng dan menyerg4h mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihar dan mendidikku semasa kecil.”

Suatu kisah yang berlaku kepada seorang lelaki tua uzµr yang tinggal bersama anak lelakinya, menantu dan cucunya yang berusia empat tahun. Keadaan lelaki tua itu yang sudah mengalami tahap penglihatan yang kabµr, tangannya menggeletar dan langkahnya yang perlahan.

Suatu hari, keluarga ini makan bersama di meja makan. Tetapi, tangan datuk tua itu menggeletar sehinggakan kacang dari sudunya berguling jatµh ke lantai dan apabila dia memegang gelas susu, susu itu tertµmpah pada alas meja dan masalah penglihatannya menyµkarkan untuknya makan. Anak dan menantunya berasa mar4h melihat keadan yang bersepah itu.

“Kita perlu lakukan sesuatu pada ayah,” kata anaknya.

Sudah cukuplah dengan susunya tumpah, makan bising dan makanan bersepah diatas lantai. Lalu, suami isteri ini menyediakan meja kecil dia di bahagian sudut rumah.

Disana, datuk tua itu makan seorang diri manakala kedua anak dan cucunya menikmati makan malam bersama dimeja makan. Sejak datuk tua itu sering memec4hkan pinggan, maka makanannya kini dihidang didalam mangkuk kayu.

Apabila keluarga itu mengerling ke arah datuk tua itu, kadang-kadang terlihat bergenang air matanya kerana dia makan seorang diri. Dan kata-kata pasangan itu seakan tegµran yang taj4m kepadanya apabila garpunya jatµh dan makanannya bersepah diatas lantai.

Cucunya empat tahun itu hanya diam melihat sahaja. Satu petang sebelum makan malam, si ayah perhatikan anaknya sedang bermain dengan sisa kayu dilantai. Dia bertanya kepada anaknya.

“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Lalu anaknya membalas.

“Saya sedang membuat mangkuk kecil untuk kamu dan mak guna untuk makan apabila saya besar nanti.” Anaknya senyum dan sambung kembali dengan kerjanya.

Kata-kata tersebut sangat memukµl kedua ibu bapa ini sehingga tidak mampu bercakap apa-apa. Air mata mula mengalir di pipi keduanya.

Tiada perkataan yang ingin dikatakan, keduanya mula sedar dengan apa yang dilakukan kepada ayah mereka. Pada malamnya, si anak memegang tangan dan perlahan-lahan membawa kembali ke meja makan.

Untuk baki hayatnya, dia kembali makan bersama keluarganya dan untuk sebab-sebab tertentu, baik si suami mahupun isteri kelihatan mengambil berat apabila sudu jatµh, susu tµmpah dan alas meja kotor.

Wallahu a’lam.

Sumber Kisah Ghaib.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.