Kisah Dialog Antara Bulan & Matahari Menjelang Hari Kiamát

Walaupun sekadar satu surah yang membicarakan tentang matahari dihilangkan cahayanya apabila berlakunya kiam4t tapi banyak lagi ayat al-Quran lain yang bercerita tentang matahari. Antaranya surah al -A’raf: 54

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang dengan mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”

Begitu juga di dalam surah Ibrahim: 33,

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”

Ujar Sahlawati Abu Bakar, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor, Allah SWT menciptakan matahari dan bulan bukan sekadar untuk memudahkan manusia, juga telah ditentukan masa serta tempat beredarnya. Kedua-dua makhluk itu tidak pernah ingkar dengan perintah Allah SWT, sentiasa tepat waktu terbit dan tenggelamnya malah tidak pernah berlanggar antara satu sama lain. Kepatuhan itu berterusan hingga tamat tempohnya.

Bila sampai masanya tarikh lupµt matahari? Ia juga ada diterangkan dalam surah Luqman: 29

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Apabila tiba hari kiam4t, itulah tempoh yang telah ditetapkan Allah untuk matahari. Ajal bagi manusia apabila ia telah mati, ajal bagi barang apabila ia telah hancur maka ajal bagi matahari adalah tempoh yang telah ditetapkan iaitu kiamat. Di dalam surah Yasin ayat 38 ada dijelaskan matahari beredar di tempat yang telah ditetapkan.

“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.”

Ulama tafsir menjelaskan ayat Mustaqarr, memberi dua maksud, pertama, masa atau waktu peredaran matahari yang ditetapkan sehingga hari kiam4t. Ketika kiam4t matahari akan berhenti beredar lalu digulµng dan alam akan sampai juga pada penghujungnya.

Manakala maksud Mustaqarr yang kedua adalah tempat iaitu di mana matahari beredar. Di dalam Ibn Katsir disebutkan, matahari selalu berada di bawah Arasy. Begitu juga makhluk yang lain, selalu saja berada di bawah Arasy kerana Arasy itu adalah bumbung alam semesta.

Ia disebutkan dalam hadis dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda,

“Wahai Abu Dzar, tahukah kamu di mana matahari terbenam? Saya menjawab, “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui.” Baginda bersabda, “Sesungguhnya ia pergi sampai ia sujud di bawah Arasy. Itulah makna firman Allah; “Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya.”

Matahari dan bulan adalah pasangan, bila kita tengok dalam surah al-Qiyaamah: 6-11 yang bercerita tentang kiam4t. Allah berfirman,

“Ia bertanya; Bilakah hari kiamat itu? Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), matahari dan bulan dikumpulkan, pada hari itu manusia berkata; “Ke mana tempat lari?” Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya pada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.”

Beberapa buah kitab tafsir ada menukilkan sebuah kisah tentang dialog antara matahari dan bulan ketika sampainya hari kiamat. Allah perintahkan matahari terbit dari barat, bulan keluar waktu matahari terbit dan matahari keluar waktu bulan terbit dan dihimpunkan kedua-duanya.

Di dalam kitab karangan Sayyid Qutb yang berkisah tentang kiam4t, katanya Matahari seolah-olah berkata kepada bulan,

“Wahai bulan tahukah apa yang telah berlaku sekarang?” Maka jawab bulan, “Ya, aku tahu. Engkau buatlah apa yang telah Allah perintahkan dan aku akan buat apa yang Allah perintahkan,”.

Kemudian dalam riwayat lain mengatakan bahawa matahari dan bulan menangis kerana itulah tanda kiam4t akan berlaku. Itu bermakna kedua-duanya sudah menamatkan tugas yang diperintahkan Allah sekian lama.

Matahari dan bulan adalah pasangan yang akrab seperti di dalam surah Yasin: 40,

“(Dengan ketentuan yang demikian) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang. Kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”

Daripada ayat itu kita faham bahawa matahari dan bulan ada tugasnya sendiri yang telah ditetapkan oleh Allah. Bermakna bulan tidak boleh mengambil alih tugas matahari dan terbit ketika matahari terbit begitu juga sebaliknya.

Mereka saling bekerjasama yang menjadikan siang malam, namun apabila diperintahkan Allah agar mereka berkumpul terbit pada waktu yang sama, itulah tandanya kiam4t sudah tiba. Makhluk Allah selain manusia paling peka serta dapat merasakan perkara pelik yang bakal berlaku.

MATAHARI TERANG DAN PAN4S.

Apabila menyebut matahari dan bulan masing-masing ada fungsinya yang tersendiri. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia kecuali ada hikmahnya. Begitu juga matahari dan bulan bukan sekadar penghias langit.

Dalam surah Yunus: 15,

“Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.

Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).”

Jelas Sahlawati, matahari yang disebut di dalam ayat itu, ‘matahari bersinar-sinar (terang benderang)’ telah menjelaskan fungsinya memberikan sinar menerangi dan memanaskan untuk manfaat manusia.

Manakala bulan pula bercahaya namun cahayanya tidak terang tapi cukup untuk boleh melihat samar-samar dan tidak meman4skan. Dengan beredarnya matahari dan bulan maka manusia dapat mengetahui bilang tahun serta kiraan masa.

Surah Nuh: 16,

“Dan ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu(yang terang benderang).”

Matahari memang fungsi menerangi dan memanaskan agar manusia menggunakan sinar kepanas4nnya untuk kehidupan. Walaupun matahari itu panas namun tidak boleh menyebabkan manusia terbak4r. Bijaksananya Allah SWT dalam menjadikan makhluk sesuai dengan fungsinya.

Wallahu a’lam.

Sumber Al-Quran Dan Hadis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.