Kepala Tidak Ditutup Serta ‘Diselimut’ Dengan Kain Berbeza Warna Jɛnazah Di Mekah, Ini Penjelasan & Penerangan

Aj4l dan m4ut semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Apabila telah tiba saatnya, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat.

Ikuti perkongsian Najmi Farisham.

Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jɛnazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.

Baiklah, begini kawan.

Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jɛnazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jɛnazah-jɛnazah lain iaitu kain putih.

“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jɛnazah?”

Antara sebabnya adalah, jɛnazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.

Contohlah, si fulan meningg4l di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan.

Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.

Iyalah, setiap hari bukan sedikit jɛnazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jɛnazah masing-masing, mengiringi ke tanah perkvburan.

“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”

Jɛnazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan.

Jɛnazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti kɛranda di atasnya. Logiklah juga, kehormatan jɛnazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meningg4l dunia. Boleh tengok dalam gambar, saya ada bulatkan. Nampak? Berbeza kan dengan jɛnazah lelaki.

Kalau mereka yang meningg4l itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meningg4l dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.

Sumber Najmi Farisham dan Haramain

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihãrãmkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.