(Video) “Kejujuran lebih baik dari keuntungan” – Peniaga Air Balang Sanggup Rµgi RM 300 Disebabkan Coklat Lupµt Tarikh

Kalau dah bukan rezeki kita, buat la macam mana pun tetap ianya tidak akan menjadi milik kita. Itu adalah konsep rezeki. Semua yang berjinak dengan perniagaan mestilah mahukan keuntungan tetapi kalau sudah bukan rezeki, maka haruslah diterima dengan rela hati.

Lebih-lebih lagi kepada peniaga jalanan, walaupun peniaga jalanan ini mendapat untung yang tidak seberapa dibandingkan dengan kedai makan tetapi jika itu sahaja sumber pendapatan yang ada, bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun rµgi tetapi menjaga kualiti produk yang dijual.

Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga jalanan yang menjual air balang berperisa coklat apabila peniaga itu tidak menyedari bahawa serbuk koko yang dibeli sudah tamat tarikh lupµtnya dan peniaga itu sudah membancuh minuman itu untuk dijual sebagai barang jualan pada hari itu.

Selepas menyedari bahawa serbuk koko itu telah tamat tarikh lupµtnya dan peniaga itu mengambil keputusan untuk membµang air bancuhan koko tersebut ke dalam sebuah parit. Walaupun nilai kerµgian yang dianggarkan bernilai RM300, tetapi mereka mengambil kira aspek kesih4tan yang akan terjejas jika mereka tetap menjual air bancuhan koko itu.

@azharpenjualjalanan

Benda nak rugi nak buat macam mana.. beli serbuk coklat tarihk dah luput.. kalau jual tu boleh dh 300 ringgit.. 😭😭

♬ bunyi asal – PENJUAL JALANAN

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang memuji tindakan mulia yang dilakukan oleh peniaga itu yang hanya tidak memikirkan keuntungan sahaja tetapi aspek kesihatan pelanggan yang meminumnya nanti.

@AkmalAdi0508:X pa abg. Kejujuran lebih baik dari keuntungan.

@Bang Hood:Bukan Membazir, tapi mencegah kemµdaratan 👍👍👍

@Yunk Takim III:allahu , moga digantikn rezki yg lebih luas, Ameen

Sumber TikT0k azharpenjualjalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.