( Video) “Kawan saya cakap, kalau kau dah habis sekolah nanti, kau nak kerja apa?” – Pernah Diperlɛkeh, Pemuda 0KU Tetap Gigih Berniaga Kuih Peneram

Kelainan ataupun kekurangan diri bukannya alasan untuk gagal mencapai impian, kerana semua makhluk ciptaan Allah SWT layak menggapai cita-cita atas tiket usaha serta kegigihan.

Selagi diri ada kudrat untuk berkerja, maka perkataan pvtus asa tiada dalam hidupnya meskipun dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan tidak seperti manusia biasa, itu azam yang dipegang seorang pemuda, Muhammad Hijjaz Shaffie.

Hijjaz menjadi tµlar di media sosi4l menerusi sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang gigih berniaga kuih peneram di bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak, Selangor sehinggakan ada warganet tertanya-tanya bagaimana dia berniaga di sebalik kekurangan diri.

Menurut lelaki itu, perniagaan peneram itu adalah perniagaan keluarga sejak 2019 dan dia mulai membantu berniaga di pasar malam Taman Melawati, Ukay Perdana dan Lembah Keramat.

Pada bulan Ramadan, rutin pekerjaan lelaki itu selalunya akan dimulai pada waktu petang iaitu sekitar pukul 3 petang hingga ke 7 malam dengan tugasnya membantu dalam menggoreng kuih berkenaan di bazar tersebut.

“Pagi selalu mak dengan adik yang uruskan. Saya kerja dalam pukul 3 sampai 7 malam. Habis goreng, kemas-kemas sikit selepas itu pulang,” katanya.

Lelaki berumur 23 tahun itu tidak menafikan, ada juga yang mengejek dirinya selain memperlɛkehkan pekerjaannya, namun baginya perkara negatif seperti itu yang memb4kar semangatnya untuk terus maju ke hadapan.

“Bagi saya kalau orang nak kata apa pun, tiada masalah pun. Sebab itu saya dah terbiasa.

“Kawan sekolah pernah perlɛkeh. Kawan saya cakap, kalau kau dah habis sekolah nanti, kau nak kerja apa? Boleh ke kau nak kerja itu, kerja ini. Tapi saya diam saja, tidak cakap apa-apa pun,” kongsinya.

Anak sulung dari adik-beradik itu akui, pernah terdetik dalam dirinya perasaan seakan-akan menjadi bɛban keluarga kerana dilahirkan kvdung tetapi lama-kelamaan perkara itu hilang kerana keazamannya.

“Sebelum ni ada saja rasa seperti menyusahkan. Sebab itu saya nak kerja lebih baik dan tunjuk dengan ahli keluarga yang saya sebagai anak masih boleh berjaya macam orang lain.

“Saya praktis menjual sejak berniaga pasar malam di Taman Melawati. Sebelum berniaga pasar malam, saya pernah menyertai Sukma (Sukan Malaysia) Perak 2018,” katanya.

Pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu pernah menjadi wakil negeri tersebut sebagai atlet olahraga dalam acara larian 100 meter dan 200 meter di peringkat Sukma Perak 2018.

Untuk rekod, sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, dia turut menyertai sesi latihan di bawah Majlis Sukan Negara.

Dalam pada itu, saat ditanya mengenai impian, Hijjaz berharap dalam satu ke dua tahun lagi, dia akan berjaya membuka kedai makan atau kafe yang berasaskan kuih peneram.

“Bagi saya, selagi kita boleh bergerak, carilah kerja jangan m4las-m4las. Jangan sampai sudah lumpuh baru nak menyesal kerana masa itu sudah tak berguna,” jelasnya.

Video tular yang berdurasi 25 saat itu membuatkan warganet berasa kagum dengan ketabahan dan kegigihan Hijjaz, mereka juga mendoakan yang terbaik untuk rezeki serta perniagaan miliknya.

Rakaman yang tular Hijjaz semasa berniaga di bazar Ramadan Taman Melawati:

Sumber Majoriti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.