“Kalau tak Harun, mesti Rizal ni” – Siapa Baca al-Quran Di Surau Tadi, Baru Pukµl 2.10 Pagi

Pastinya anda biasa mendengar tentang kejadian-kejadian mistɛri di surau dan masjid. Di kampung mentua saya di Kedah, kejadian-kejadian pɛlik itu bukan suatu yang luar biasa lagi.

Menurut mentua saya yang juga bilal surau, dia pernah bersolat Subuh seorang diri beberapa tahun lalu. Masuk saja waktu, mentua saya pun melaungkan azan. Selepas itu dia menunggu jemaah datang, tapi tiada seorang pun yang kelihatan. Mungkin kerana hujan terlalu lebat, penduduk lebih selesa bersolat di rumah.

Selepas lebih lima minit menunggu, mentua saya mula mengangkat takbir. Tapi ketika sedang membaca Al-Fatihah, kedengaran orang mengambil wuduk di kolah. Selepas itu orang tersebut terkocoh-kocoh naik tangga dan bersembahyang di belakang mentua saya. Bau pewanginya harum menusuk hidung, seperti bunga yang sedang kembang.

Sewaktu memberi salam, ekor mata mentua saya nampak seorang lelaki tua memakai jubah putih dan berkopiah. Mentua saya membaca doa dan lelaki itu mengaminkannya. Tapi bila habis berdoa dan hendak bersalaman, lelaki tersebut tidak ada lagi. Hanya bau harum saja yang ditinggalkan.

Jiran mentua saya yang bernama Pak Tam Zubir pula ternampak sekumpulan lelaki sedang berjemaah solat Subuh. Dia yang ketika itu sudah terlewat cepat-cepat mengambil wuduk dan naik ke surau. Tapi sebaik masuk ke dalam surau, dia menggelɛtar. Tiada sesiapa pun di dalamnya.

Namun yang paling istimewa mungkin bekas Imam kampung tersebut. Dia pernah bersalaman dengan seorang lelaki tua berjubah selepas bersembahyang Subuh. Malam esoknya dia bermimpi didatangi lelaki tua itu dan seorang lagi lelaki berjubah putih lalu dibawa ke sebuah tempat yang amat cantik. Pagi itu pak imam menceritakan mimpi tersebut kepada isterinya. Selepas solat Maghrib, pak imam meningg4l dunia.

Sekarang saya ingin ceritakan pula pengalaman yang saya lalui lebih 20 tahun lalu. Begini, sudah menjadi rutin pelajar asrama, setiap kali Subuh, kami dimestikan bangun untuk bersolat jemaah. Begitu juga saya yang ketika itu menuntut di tingkatan tiga sebuah sekolah di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, entah bagaimana pagi itu saya terlewat. Saya cuma terjaga apabila terdengar suara orang membaca al-Quran. Suaranya cukup nyaring kerana dialunkan dengan bantuan pembesar suara.

“Kalau tak Harun, mesti Rizal ni,” kata saya di dalam hati.

Sepanjang ingatan saya, memang dua orang senior inilah yang kerap membaca al-Quran sebelum solat Subuh. Kadangkala pula diganti oleh Hamizan dan Nasir, juga pelajar tingkatan lima. Tapi jarang. Lagipun, kalau Hamizan dan Nasir yang membaca al-Quran, mereka tidak menggunakan pembesar suara.

Selepas menyarung kain pelekat dan baju Melayu, saya capai kopiah. Saya tidak menoleh ke kiri dan kanan lagi sebab kebetulan pula katil saya di sebelah pintu. Saya sarung selipar dan terus berjalan ke surau yang letaknya 50 meter sahaja dari asrama.

“Sejuknya…” kata saya sambil menggetap bibir bila embun menyentuh lengan. Hembusan angin yang lembut menyebabkan terasa begitu sejuk.

Sampai di pintu surau saya terpaku kerana pintu surau masih terkunci dari luar. Lantas saya menurunkan anak kunci di atas dan menarik batang kunci di bawah daun pintu. Namun serentak dengan pintu terkuak, alunan ayat-ayat suci serta-merta terhenti.

“Apahal gelap sangat ni?” kata saya di dalam hati apabila mendapati tiada sebiji lampu pun dipasang. Serta-merta timbul pertanyaan di hati saya, bagaimana Harun atau Rizal boleh membaca di dalam gelap.

“Dia nak t4kutkan oranglah ni,” saya mengagak.

Lalu saya berjalan ke suis lampu dan memetiknya. PAP…lampu menyala, tapi tiada seorang pun di dalamnya. Saya memerhatikan sekeliling, di balik almari atau di sudut surau, tiada kɛlibat mereka. Hati saya bertambah gundah kerana suis pembesar suara tidak dihidupkan manakala al-Quran teratur kemas di dalam almari.

Saya tutup pintu, sarung selipar dan berlari balik ke asrama. Sampai di dom saya terus menatap jam di dinding. Pukul 2.10 pagi.

Mulai hari itu, saya bertiga tidak akan ke surau seorang diri pada waktu subuh.

M1STERI PERKAMPUNGAN BUNIAN DI GUNUNG JERAI.

Setiap kenderaan yang memasuki Kedah menerusi Lebuhraya Utara Selatan, pasti terpegun melihat kegagahan dan ketinggian Gunung Jerai.

Ketika dilihat dari jauh berserta sawah padi menghijau, pemandangan gunung setinggi 1,217 meter dari aras laut itu kelihatan sangat indah.

Bagaimanapun ramai yang tidak mengetahui antara gunung tertinggi di Kedah itu penuh dengan mistɛri dan mit0s yang masih belum terungkai.

Bagi penduduk yang tinggal di sekitar pergunungan tersebut, pelbagai cerita kejadian anɛh sering didengar oleh mereka, malah ada yang mendakwa berlaku di depan mata.

Antara mitos Gunung Jerai dikaitkan dengan kedatangan Raja Bersiong yang dikatakan orang pertama membuka kawasan penempatan di kaki gunung berkenaan.

Malah, kerja cari gali arkeologi menemui tapak dipercayai Kuil Kolam Air Sembilan yang kononnya menjadi tempat bersiram Raja Bersiong.

Pada zaman dahulu, Kedah berada di bawah pemerintahan Siam. Kebanyakan Raja Kedah menggunakan nama dalam bahasa Siam.

Raja Ong Maha Perita Daria adalah salah seorang daripada mereka, namun baginda lebih dikenali sebagai Raja Bersiong.

Raja Bersiong terkenal dengan tabiatnya yang suka meminum d4rah manusia.

Mit0s lain yang dikaitkan dengan Gunung Jerai adalah sebuah batu besar di atas puncak yang berbentuk sebuah kapal dipercayai disump4h Sang Kelembai.

Sang Kelembai adalah gɛrgasi yang mempunyai kuasa sakti.

Namun, mit0s yang paling popular bagi setengah penduduk tempatan seperti Wan Teh Wan Shaari, Gunung Jerai dikenali sebagai lubuk bunian.

Lelaki berusia 54 tahun itu memaklumkan, gunung itu dikatakan menjadi penempatan bunian terbesar diperintah oleh seorang raja.

“Penduduk di sekitar Gunung Jerai percaya bahawa kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya tiga buah perkampungan bunian.

“Bunian ini dikatakan akan menjelmakan diri mereka menyerupai sesiapa sahaja yang disukainya termasuk perempuan cantik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

RUMAH DALAM HUTAN.

Wan Teh yang sering keluar masuk ke pergunungan Gunung Jerai untuk mencari sumber hutan sejak tahun 1980-an juga pernah melalui pengalaman aneh.

Ceritanya, pernah satu hari, dia bersama seorang rakan masuk ke kawasan pergunungan itu untuk mencari akar kayu sebelum tersesat ketika dalam perjalanan pulang.

Tambahnya, ketika itu waktu sudah senja dan hujan lebat sehingga menyebabkan mereka sukar mengesan laluan denai yang sering digunakan.

“Dalam keadaan cemas , saya ternampak beberapa buah rumah kayu yang berlampu di satu sudut hutan di gunung ini. Saya panggil kawan yang sedang berteduh di bawah pokok untuk pergi meminta bantuan.

“Lepas saya pusing balik, rumah itu sudah hilang. Selepas itu, baru kami jumpa jalan pulang. Pelbagai tanda tanya bermain dalam minda dengan bulu roma merɛmang,” katanya.

Tegasnya, dia berasa amat bersyukur kerana tidak masuk ke perkampungan bunian tersebut, kalau tidak mereka berdua mungkin tidak akan jumpa jalan keluar hingga hari ini.

Cerita mengenai bunian di Gunung Jerai juga pernah menggemparkan negara dengan kehilangan seorang pemuda berusia awal 20-an pada tahun 2000.

Pemuda itu dikatakan mengikut seorang gadis cantik yang berada di gunung tersebut. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari pemuda tersebut, namun gagal ditemui.

Setelah seminggu mistɛri kehilangannya heboh diperkatakan, akhirnya m4ngsa dijumpai m4ti di sekitar kawasan air terjun.

M4yat m4ngsa ditemui dalam keadaan ngɛri tanpa kepala dan badannya dicɛraikan.

Dikatakan tempat pemuda itu ditemui adalah penempatan bunian.

Meskipun gunung tersebut terkenal dengan pelbagai kisah anɛh, namun ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terutamanya bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan menikmati keindahan alam.

Wan Teh turut mengakui, terdapat individu yang datang ke situ semata-mata untuk bertapa terutamanya dalam kalangan pengamal perubatan tradional.

Justeru, dia menasihati pengunjung supaya jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita yang diperkatakan supaya tidak menjerat diri.

“Saya selalu bawa orang luar mendaki gunung ini. Saya sering menasihatkan mereka supaya tidak bercakap besar.

“Paling penting, perlu ada niat yang baik ketika mendaki. Jangan sesekali ada niat tidak elok, takut-takut tidak jumpa jalan pulang,” tuturnya.

Sumber Mohd Salleh Ayob.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya…Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihärämkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.