Jutawan Hartanah Azlan Al-Amin Beli Toy0ta Fortuner & Prot0n Inspira Bagi Menghargai Pekerja
Usahawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin berkongsi di akaun FB miliknya membeli dua buah Toyota Fortuner, sebuah Proton Inspira dan backhoe buat pekerjanya.
Peneraju syarikat Azlan Al-Amin Group Sdn Bhd itu menghadiahkan kenderaan tersebut bagi menghargai pekerjanya.
Malah seorang pengguna Faceb00k bernama Noor Azuan turut meninggalkan komen bersyukur dengan janji yang ditunaikan itu.
“Alhamdulillah tertunai jugak janji abang lan..lima buah kereta cash tuk team, derma 1 juta… amin..,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, Azlan menyatakan kesemua kenderaan tersebut dibayar secara tunai tanpa pinjaman sewa beli bank.
“Hari ini selepas anak-anak buah masing-masing dihadiahkan dua biji Toy0ta Fortuner, sebiji Prot0n Inspira dan sebiji backhoe sesuai dengan peranan kerja masing-masing, maka saya hadiahkan juga untuk diri sendiri sebuah kereta Jaguar XJL 5.0.
“Perbincangan yang singkat saja untuk membeli empat biji kereta dengan izinNya. Syukur kerana semua pembelian empat biji kereta ini tidak menggunakan apa apa loan dan TANPA HUT4NG!.” tulisnya.
Beliau juga berseloroh meminta netizen mengabaikan selipar Jepun yang dipakainya ketika urusan membeli kenderaan tersebut.
Namun, setelah selesai urusan pembelian keempat buah kenderaan tersebut tanpa perancangan Azlan melihat sebuah kenderaan yang sekian lama diminatinya iaitu P0rsche Cayenne.
“Saya terus panggil salesman dan minta untuk test drive. Lepas test, Alhamdulillah rasa selesa sangat.
“Saya terus deal harga untuk bayar tunai tanpa perlu susah payah buat loan bank. MasyaAllah, memang sedap dan selesa kereta P0rsche ni. Semuanya milik Allah swt, kita hanya peminjam sahaja!,” kongsinya.
Ini bermakna dalam masa sehari Azlan memborong lima buah kenderaan bagaimanapun harga total yang dibelanjakan tidak tidak dikongsi oleh jutawan itu.
Berdasarkan tinjauan kami di platform online jualan kenderaan terpakai bagi Jaguar XJL 5.0 model 2012 dianggarkan sekitar RM100,000 manakala Porsche Cayenne pula dianggarkan sekitar RM200,000 bagi model 2013.
Sumber BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.
Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.