Jika Tiada Di DaIam Diri Sepotong Ayat Al-Quran Ibarat Seperti Rumah Yang DitinggaIkan Kosong

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa di mana turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang kita baca pada hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘nuzul’ bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW ialah lima ayat pertama surah al-Alaq, melalui perantaran Malaikat Jibril.

Al-Quran adalah mukjizat ilmu dalam segala perkara, malah turut diakui oleh mereka yang ahli dalam segala lapangan sama ada ilmuwan agama mahupun ilmuwan dunia.

Berikut Antara Kelebihan Membaca Al-Quran.

1.MENJADI SYAFAAT Di AKHIR4T.

Daripada Abu Umamah RA Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” (HR Muslim).

2.SEBAIK-BAIK AMALAN ADALAH ORANG YANG BELAJAR, MENGAJAR AL-QURAN.

Daripada Usman bin Affan RA telah berkata Rasulullah SAW “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.” (HR Bukhari).

3.ALLAH SWT ANGKAT MARTABATNYA.

Daripada Umar al-Khattab RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran.” (HR Muslim).

4.MENDAPAT KETENANGAN HIDUP.

Daripada Barra bin ‘Azib RA “Seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW dan menceritakan peristiwa tersebut. Maka Baginda SAW bersabda, “itulah sakinah (ketenangan) yang turun disebabkan bacaan al-Quran.” (HR Bukhari).

5.UMPAMA RUMAH YANG KOSONG.

Daripada Ibnu Abbas RA dari Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang tiada di dalam dadanya sepotong pun ayat al-Quran adalah ibarat seperti rumah yang ditinggalkan kosong.” (HR Tirmizi).

6.MEMBACA AL-QURAN BEBERAPA AYAT LEBIH BAIK DARI MENDAPAT UNTA YANG GEMUK.

Dari Rasulullah SAW : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat al-Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor, demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya.” (HR Muslim).

Rasullullah SAW membuat perbandingan dengan unta yang gemuk kerana unta adalah haiwan ternakan yang dianggap mewah ketika itu. Baginda menyifatkan membaca al-Quran lebih berharga daripada unta.

7.IBU BAPANYA DIBERIKAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN DI SYURGA.

Dari Buraidah al-Aslamiy RA bahawa Baginda SAW bersabda : “Akan dipakaikan dikepalanya mahkota dan kedua ibu bapanya akan diberi perhiasan yang tidak boleh dinilai oleh penduduk dunia.

Lalu mereka bertanya, “mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?” Allah menjawab, “kerana anak kamu mempelajari al-Quran.” Kemudian dikatakan kepadanya, “bacalah dan naiklah ke tingkat syurga dan bilik-biliknya.” Dia akan terus naik selama mana dia membaca (al-Quran),” (HR Ahmad)

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)” (Surah Ad-Dukhaan : 3).

Wallahu a’lam.

Sumber Pedoman Iktibar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Media Islam tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sertai kami di Mutiara Kata Islamik, sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… InsyaAllah bermanfaat di sana…Terima Kasih.

Sila Klik Di Sini

Diharamkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.