‘Iron Man’ Taw4n Puncak Gunung Kinabalu, Ambil Masa 7 Jam Bawa Misi Kesedaran Peny4kit Otot Ganjil

Memakai sut adiwira Iron Man tidak menghalang deejay dan pengacara, Yohan Charles Jayasuriya, 41, untuk menakluki gunung tertinggi di Malaysia.

Jayasuriya adalah salah seorang daripada 13 pendaki yang mendaftar untuk penyertaan Ekspedisi Tahunan Coalition Duchenne ke-10 Gunung Kinabalu pada 24 Julai lalu.

Pendakian mendaki Gunung Kinabalu yang juga gunung tertinggi di Asia Tenggara itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pembiayaan bagi peny4kit Duchenne muscµlar dystrophy (DMD), iaitu sejenis peny4kit ganjil berkaitan otot.

“Ini adalah percubaan kedua saya untuk mendaki Gunung Kinabalu dengan mengenakan sut Iron Man.

“Percubaan pertama saya adalah pada tahun 2020, apabila saya ingin mengumpul dana untuk golongan malim gunung Gunung Kinabalu yang kehilangan sumber pendapatan akibat p4ndemik.

“Malangnya, saya tidak dapat sampai ke puncak kerana cuaca buruk,” kata Jayasuriya.

Pertubuhan Coalition Duchenne yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat diasaskan oleh ibu saudara Jayasuriya, Catherine Jayasuriya yang juga seorang penerbit filem kelahiran Sabah.

Anak lelaki Catherine, Dusty Brandom, 29, disahkan menghidap peny4kit itu pada 1990-an.

“Saya sangat teruja kerana sekali lagi dapat mendaki Gunung Kinabalu dalam kostum Iron Man. Kali ini, ia lebih bermakna, kerana saya melakukannya untuk sepupu saya,” kata Jayasuriya, yang memakai kostum itu sepanjang pendakian dan penurunannya.

Dia mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke Laban Rata, dan tiga jam lagi untuk sampai ke puncak pada pagi berikutnya.

Lelaki tersebut mengakui tugas mendaki gunung dengan sut yang beratnya kira-kira tiga kilogram itu, bukan satu kerja mudah.

“Pergerakan saya agak terhad dalam sut berperisai penuh ini selain sµkar untuk berjalan di atas permukaan licin.

“Bahagian paling sµkar ialah menaiki denai ke Low’s Peak dalam kegelapan. Untuk menambah pencahayaan, saya menggunakan lampu suluh kepala.

“Saya juga bergantµng pada arc reactor (bebola bercahaya pada sut Iron Man) sebagai lampu,” kata Jayasuriya.

Bagi memanaskan badan, dia mengenakan pakaian bersesuaian di bahagian dalam sut selain menggunakan kasut mendaki untuk pendakian yang lebih selesa dan selamat.

Jayasuria yang berpengalaman mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 12 kali berkata, untuk mempersiapkan setiap pendakian, dia akan mendaki Bukit Padang di Kota Kinabalu, berjoging dan melakukan latihan otot.

Dia merancang untuk menjejakkan kaki di Kem Pangkalan Everest pada tahun depan sebagai usaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang DMD.

Sudah tentu rancangan itu mahu direalisasikan Jayasuriya dengan mengenakan sut Iron Man.

“Buat masa ini, saya berehat kerana masih belum pµlih daripada pendakian Gunung Kinabalu baru-baru ini.

“Jadi selepas itu, saya akan meneruskan latihan untuk cabaran seterusnya,” kata bapa kepada seorang anak lelaki berusia 10 tahun itu.

Selain Iron Man, Jayasuriya turut memiliki koleksi sut adiwira Marvel lain termasuk Spiderman.

Dia juga mempunyai sut Transformers dan Power Rangers dalam simpanannya namun mengakui sµt Iron Man menjadi kegemarannya.

“Watak Tony Stark, yang dikenali sebagai Iron Man menjadi inspirasi dan mencerminkan diri saya dalam banyak cara.

“Kadangkala saya terlalu yakin tetapi perkara yang baiknya ialah saya sentiasa menyelesaikan tugas yang diberikan,” kata Jayasuriya, yang merancang untuk mengemµkakan kejayaan mendaki Gunung Kinabalu dalam sut Iron Man kepada Malaysia Book of Records.

Sumber The Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.