(Video) Ibu Kongsi Anak Kembar Tiga Menangis & Sambung Tidur Selepas Buat Kembar Lain Terjaga

Kembar tiga. Bukan biasa-biasakan? Memang patut mana-mana ibu pen1ng kepala. Bukan apa, biasanya layan seorang, tetapi kali ini tiga orang sekali gµs.

Betul orang kata, selepas lahirnya anak, maka hilanglah nikmat tidur dan rehat ibu bapa. Pelbagai karenah dan ragam terpaksa dilayan terutama waktu nak tidurkan atau ketika menyusµkan.

Apatah lagi jika dikurniakan anak kembar seperti pasangan suami isteri yang tµlar di laman TikT0k baru-baru ini.

Kadangkala tengah tidurkan si abang, tiba-tiba adik terjaga atau adik tengah menyusu, si abang pula terjaga dan menangis minta susu.

Ibu pun macam lipas kudµng ‘bersilat’ melayan si kembar. Soal penat memang tidak dapat dielakkan, namun, sesungguhnya mereka itu adalah anugerah yang cukup istimewa kurniaan Allah SWT.

Menerusi satu hantaran dalam dalam TikT0k, wanita yang dikenali sebagai Akmasyafira berkongsikan gelagat anak kembarnya.

Video yang dikongsi menunjukkan kembar tiga berkenaan sedang tidur.

Menurutnya, mereka sekeluarga ketika itu sudah tidur apabila salah seorangnya anaknya terjaga dan menangis di tengah malam.

@akmasyafira

Macam ni lah rupa kalau dorang menangis serentak. 😄 #triplets

♬ original sound – Mama Triplet ❤️ – Mama Triplet ❤️

PURA-PURA TIDUR

Bayi yang dinamakan Nelda dikatakan akan bangun setiap malam dan menangis. Kemudian akan diikuti oleh adik-beradik kembarnya yang lain.

“Ini Nelda, dia akan mula-mula menangis. Kemudian yang turut terjaga. Naida ikut sana Nelda menangis. Selepas semua menangis, Nelda akan pura-pura tidur,” ujar si ibu sambil mengakui tangisan bayi kembarnya serentak membuatkan beliau dan suami turut sama menangis.

@akmasyafira

Punca mama&papa menangis malam malam 😅 #triplets

♬ original sound – Mama Triplet ❤️ – Mama Triplet ❤️

Ternyata, video yang dimuat naik itu meraih perhatian ramai. Pelbagai komen diberikan warga maya.

Rata-rata terhibur dengan gelagat Nelda, lebih-lebih lagi pada penghujung video berkenaan, kelihatan wajah si kecil itu seolah-olah berpuas hati membuatkan kembarnya yang lain turut sama terjaga.

Macam-macam gelagatkan si kecil ini. Tidak padan masih kecil sudah pandai ‘berlakon’. Panjang akal betul ya Nelda ni.

Komen netizen:

@rozitadaud83:ya Allah saya jaga sorang pun x mampu, nie pulak 3. Alhamdulillah Allah bg awak kekuatan jaga 3 orang sekali

@fathi:dulu adik kembar aku macam ni , sorang nangis sebab follow sorang lagi tanpa sebab

Kredit TikT0k @akmasyafira

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Dihárámkan ‘copy’ tanpa meletakkan kredit.